Syabas TS Isa
Angin membawa khabar dari Bagan Pinang - tempat dimana semua berkumpul - ahli politik, pemberita, para blogger, petugas dan perayu undi serta tak ketinggalan pecacai politik parti PAS Ajaran Sesat dan sekutu haramjadahnya.
Blogger Pahang secara resminya tidak tersenarai atas sebab-sebab yang tak pasti, tetapi kerana ada hubungan kekeluargaan disana dan rasa insaf serta simpati untuk membantu maka BH pergi atas inisiatif dan biaya sendiri.
Masih awal untuk membuat kenyataan siapa yang bakal memenangi PRK ini, namun kita boleh andaikan bahawa TS Isa Samad bolehlah senyum dan menarik nafas lega kerana mengikut perkiraan lebih 60% undi adalah miliknya.
Ini berdasarkan pada apa yang tersurat dan yang tersirat selama dalam tempoh berkempen. Yang jelasnya adalah setiap siri ceramah anjuran UMNO kehadirannya ramai, ini berkaitan dengan ketokohan TS Isa sendiri sebagai bekas MB N9 yang jasanya masih dikenang. Sedangkan siri-siri ceramah PAS kelihatan lengang melainkan dipenuhi oleh syaitan-syaitan yang tidak kelihatan oleh mata manusia biasa seperti kita.
Hanya, pihak UMNO harus terus pertahankan keadaan sekarang ini dan jangan biarkan Parti Ajaran Sesat ini meneruskan provokasi ganasnya yang boleh menakutkan pengundi-pengundi dari keluar untuk membuang undi.
Bercakap mengenai provokasi, Parti Ajaran Sesat ini sangat pandai dalam hal ini. Mereka yang membaling batu, namun tangan mereka disembunyikan didalam jubah yang dipakai. Serban mereka itu gunanya untuk melindungi kepala mereka yang ditumbuhi tanduk syaitan.
Tidak hairanlah bila ada macai dan pencacai mereka yang 'kununnya' diserang dan ditetak dengan parang, baju koyak rabak tetapi hairan badan langsung tak calar. Namun sehingga kini masih belum berani untuk tampil membuat laporan polis secara resmi berkaitan insiden itu. Sungguh pandai mereka berlakon sebagaimana pandainya mereka buat lawak. Hehehehe! Parti Ajaran Sesat ini tidak akan berpuas hati selagi tidak menyesatkan lebih ramai orang.
Jika tidak menyesatkan orang, tidaklah ulamak mereka berani keluarkan kenyataan bahawa Allah itu samseng. Kita tidak akan lupa pada pernyataan ini:
"Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
Klik link utk tambah bacaan:
http://abangtuah.blogspot.com/2009/10/kalau-tak-disaksikan-dengan-mata.html
http://bumiyang.blogspot.com/2009/10/penyokong-pas-serang-penduduk-bagan.html
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/10/keadaan-semakin-kritikal.html
http://www.masterdedah.com/2009/10/bogel-pun-boleh-masuk-syurga.html
Aku setuju dengan beranikan hati, Isa mampu senyum bila 60% undi di Bagan Pinang boleh dibeli.
ReplyDeleteSalam TokMudim,
ReplyDeleteItulah, bila BN menang undi beli dan rasuah, bila BN kalah itu kerana Allah. Dimana tuan letakkan Tuhan? Apakah Tuhan PAS dan Tuhan UMNO berlainan? UMNO salah dari dunia hingga akhirat dan PAS akan bersih dari zaman Nabi Muhammad hingga kiamat? PAS bukan agama, PAS adalah parti politik PARTI POLITIK. Kenapa kita masih belum faham. Hitamnya hati tuan ~ bRAVEhEART
tokmudim tak nak komen pasal ahli pas diserang dan ditetak tetapi tak luka? mungkin mereka itu dari tentera Allah atau mungkin juga dari tentera neraka. Jihad pas untuk membunuh sesama melayu. Kebodohan pas memang tahap melampau.
ReplyDeletekenapa cakap pasal undi beli, kenapa tak cakap pasal ucapan nik aziz bahawa Tuhan samseng atau fatwa2 nik aziz lainnya? setujukah dengan fatwa tuan GARU nik ajiz tu? hehehe, patutlah..kah kah kah...taksubnya.hehehe
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMembaca tulisan tuan, dapat disimpulkan tuan seorang berani bertanggungjawab "di dunia apatah lagi di akhirat" dengan penulisan yang tuan kemukakan.
Semoga Allah sentiasa membimbing dan memberi ilmu serta hidayahNya kepada kita, agar kita sentiasa selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Islam itu sejahtera.
afja02
Hanya penyokong/penerima rasuah saja yang seronok pilih calon kaki rasuah.
ReplyDelete