20 November, 2009

PEDALAMAN PAHANG: KAMI MERDEKA DAN AMAN TETAPI BELUM MAKMUR

Menteri Besar Pahang DS Adnan aka Abang Long,
..bukan tak nak tolong, tapi dia bukan Along.




“Saya tak percaya orang Cina akan balik Tongsan, balik China. Saya pun tak mahu balik Indonesia walaupun ada tok-nenek saya di Indonesia. Dan saya tak percaya Dato’ Murugiah mahu balik India.

“Tetapi, bagi kita untuk terus aman-makmur, syarat utama ialah adanya perpaduan antara kaum. Sebab negara kita ni agak pelik sedikit.
Inilah satu-satunya negara yang boleh berbagai-bagai kaum duduk, tinggal bersama-sama di dalamnya.” Demikian ucap Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob dalam satu majlis di Kuantan tidak lama dulu.


Kita setuju bahawa keamanan adalah teras kepada kemakmuran negeri dan negara, namun begitu peluang pengagihan pendapatan harus juga diberikan secara yang adil dan saksama. Kerana itulah, pembangunan dikawasan-kawasan diluar-luar bandar dan pedalaman harus diberikan tumpuan khusus.


Kawasan di Ulu Tembeling yang dipetakkan sebagai ’Fruits Belt’ perlu dibangunkan segera dengan menyempurnakan segala keumudahan asas. Kita percaya bahawa kawasan disekitar Ulu Tembeling mampu mengeluarkan produk seperti yang dirancang kerajaan serta mampu menjana pendapatan penduduk disana bila dilaksanakan dengan betul, soalnya bagaimanakan produk yang akan dikeluarkan itu dapat dipasarkan selagi kemudahan asas yang terpenting iaitu jalan raya masih belum terbina lagi.


Seingat saya, sejak di zaman Dato’ Sharif Ahmad lagi sebagai Ahli Parlimen, soal jalan raya di kawasan Ulu Tembeling disuarakan. Namun sehingga kini yang terbina hanyalah lakarannya diatas sekeping kertas ’pelan’. Orang-orang kampong kecewa bila mendengar bahawa bajet untuk pembinaan jalan tersebut telah dipindahkan bagi membina jembatan ke Tanjung Lumpur. Selepas itu wakil rakyat yang datang dan pergi berjanji lagi, dan lagi dan lagi sehingga telinga kami telah dipenuh dengan janji-janji.


Apakah maknanya kemerdekaan dan keamanan buat kami dipedalaman jika sekiranya kami masih tidak dapat mengecap kemakmuran negeri kami sendiri. Apakah kerana kawasan merupakan kawasan ’putih’ sokongan kepada kerajaan maka segala kehendak kami boleh dikemudiankan atau dikira bukan keperluan mendesak? Apakah kami harus bangkit dengan menyokong pembangkang baru kehendak kami akan dikira sebagai mendesak?


Kami sedara bahawa kerajaan negeri merasa sangat selesa sehingga kini bila diukur kejayaan mereka dalam PRU12 lalu namun saya ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negeri bahawa PRU13 bukanlah sangat jauh lagi. Kami juga mendengar dah faham hasrat pembangkang dalam misi tawan Pahang. Kami juga boleh berfikir untuk sesekali mencuba ’berubah arah’ - jika itulah yang akan dapat memberikan kami kemakmuran, yang diterjemahkan sebagai satu desakan kepada pemerintah, kerana selama ini kami sangat memahami bahawa, mana kawasan yang menentang maka segalanya untuk mereka akan dikira sebagai keperluan mendesak untuk disegerakan.



Huhu, aku yang sedang berjuang ditengah rakyat untuk rakyat ~ bRAVEhEART


(Sila Klik disini untuk bacaan seterusnya)


4 comments:

  1. yang ni...malas cakaplah la bro...

    ReplyDelete
  2. senang aje.tendang ajelah menteri besar yg ambik peruntukam tu bawak ke tempat lain.yg pengundi masih undi UMNO lagi buat apa?

    ReplyDelete
  3. BH, ada yang beri komen dalam blog kawan, berbunyi Tong Kiat dan Sri Jaya maju kerana Jengka dan Lepar..... Tapi kita kena ingat juga, pekan kecil Cina di Tong Kiat dan Sri Jaya sudah wujud sebelum wujudnya Jengka dan Lepar, mereka sudah lama kedepan dengan perniagaan mereka..... bila orang-orang Melayu dari Jengka dan Lepar meraih pendapatan lumayan, mereka ini mendahului mempromosikan dagangan mereka kepada Melayu.......

    Kesimpulannya, DEB yang direncanakan kepada Melayu Jengka dan Lepar juga memberi habuan pada kaum Cina.......

    Pembangunan jalan di Ulu Tembeling, kawan pernah buat satu kaji selidik di Kg Mat Darling, Kg Bantal dan Kg Jusai, sebahagian besar dari mereka lebih senang kalau tiada jalan ke kampung-kampung mereka kerana untuk mengekalkan suasana adventor bagi pelancung luar melalui sungai Pahang ke tempat mereka.

    Mereka tidak mahu jadi macam di Kuala Tembeling, pekan dan kedai-kedai hak 100% Melayu ibarat hidup segan mati tak mau, kerana wujudnya jalan ke Kuala tahan......

    Kawan pun sukar juga menerima pandangan mereka yang sudah beratus tahun menghuni di Ulu Tembeling..... siapa yang salah agaknya ?

    ReplyDelete
  4. Tengok lah cara lagak GANGSTER si ADNAN YAAKOB.....tunjuk sign Kurang Ajor...Mcm ni ke pemimpin UMNO yg kita nak pilih lagi??? P.R.U.13(2012) kasi TENDANG KELUAR AJE.....!!!!!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”