27 November, 2009

PEMBALAKAN HARAM DI PAHANG - Laporan Pahang Daily Online

Pembalakan - gambar hiasan




26NOV - Fuziah: Pahang Lulus Pembalakan Tanpa Pengetahuan Exco dan EIA

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kebimbangan dengan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang meluluskan aktiviti pembalakan di negeri itu tannpa melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Beliau menyatakan demikian di TV Selangor Online dan turut disiarkan oleh Pahang Daily Online pagi ini (27hb. November 2009)

Menurut beliau lagi, seluas 42 ribu ekar atau 17 ribu hektar kawasan yang melibatkan 2 hutan simpan telah diterokai sejak oktober 2007 hingga mei 2009 lalu. Beliau mempunyai bukti surat kelulusan pembalakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Pahang. Apa yang mendukacitakn adalah pembalakan berkenaan tidak mendapat kelulusan exco kerajaan negeri serta EIA.

Dalam usaha menghalalcarakan pembalakan berkenaan, pihak terbabit dengan terancang telah meluluskan kawasan yang kurang dari 500 ekar setiap satu, bagaimana pun diakhirnya, setelah lebih satu setengan tahun kawasan yang diteroka mencapai keluasan 42 ribu ekar.
Beliau juga turut mempertikaikan kerajaan negeri tidak menyedari atau tidak terbabit dalam kelulusan pembalakan berkenaan.

Sudah tentu rakyat negeri Pahang merasa dukacita sekiranya pentadbiran kerajaan negeri tidak prihatin dengan kejadian terbabit. Justru kita harap ada pihak-pihak berkenaan yang akan tampil dan memberikan jawapan yang memuaskan, bukan hanya melepaskan batuk ditangga.

Rakyat semakin mudah mendapat maklumat dewasa ini berbanding masa-masa lalu, justru pihak kerajaan harus lebih telus dalam apajua hal yang melibatkan kepentingan umum sekiranya kerajaan masih mahu dilihat sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. Kegagalan kerajaan berbuat demikian sudah pasti akan dibalas rakyat dengan mengundi parti lawan dalam PRU13 nanti.

Cerita mengenai penjawat awam yang tidak jujur sudah lama kedengaran, dan jabatan perhutanan adalah antara yang tertinggi dikesan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa selain dari kastam dan imigresen. Adalah menjadi harapan rakyat agar dibawah kepimpinan 'Satu Malaysia' ini kerajaan akan lebih telus dalam segala hal dan membenteras rasuah dengan lebih berkesan lagi.


4 comments:

  1. yg suka pada keje2 haram ni mungkin dia tu anak agaknya le tu

    ReplyDelete
  2. Salam.Semoga para pemimpin UMNO akan lebih telus jika ingin mengambil hati pengundi semua jika masih ingin menjadi parti memerintah.Jika tidak ada kemingkinan UMNO akan kalah di PRU13 nanti. fikir fikirkanlah wahai pemimpin UMNO

    ReplyDelete
  3. umno ada 3 golongan saja,yg no1 org yg masok umno ialah org bodoh,dia masok umno krn dah dari dulu umno sampai sekarang pun umno...apa nak ubah2 parti,yg no2 org masok umno krn takut...takut kena pulau,takut kat jkk,takut tak dapat bantuan dari kerajaan,yg no3 org yg masok umno krn kepintiungan,mcm kroni tu dapat projek2,mcm pimpinan tu boleh dapat rasuah dan boleh selewengkan duit rakyat.dan boleh bina kekayaan,betul bodoh klu org kata org masok umno krn keikhlasan,penipu besar org2 mcm tu,nak cari org yg benar2 ikhlas dlm umno mcm pimpinanumno dulu2 dah takde lagi dah....JGN SOKONG UMNO PENIPU RAKYAT

    ReplyDelete
  4. Betul tu cucu mamak kutty, anwar ibrahim tu pun memang bodoh dan bangang sebab dulu masuk UMNO dan jadi Timb. Presiden. Zahid Ibrahim bingai tahap babi sebab masuk umno dulu...dan banyak lagi contohnya..tetapi sekarang mereka dah masuk PRK pula, habislah PKR jadi bodoh dan bingai tahap babi nanti.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”