Baca edisi jam 3: Memperkasa atau memperkosa UMNO?
Selepas negara mencapai kemerdekaan, kita lihat orang Melayu sangat cenderung dengan berpolitik. Kita tumpukan banyak masa dalam berpolitik dan memang suatu ketika kita menguasainyanya, sepenuhnya sehingga kita meninggalkan keutamaan yang sangat utama iaitu ekonomi.
Kita beranggapan bahawa dengan hanya menguasai politik kita akan mempu kuasai negara namun kita lupa bahawa kuasa wang boleh membeli segalanya termasuk politik. Kerana itu kita lihat dalam banyak kes, rasuah berlaku berleluasa dengan membeli semua kuasa yang ada dalam politik bahkan kuasa pentadbiran juga.
Kerana itu kita lihat bangsa yang berjaya menguasai ekonomi itu, walaupun tidak mempunyai kuasa dalam politik dan pentadbiran namun masih berupaya mengubah sebarang keputusan seperti yang dimahukannya dengan pengaruh wang.
Mari kita renungkan dan amati dengan sebaik-baiknya, siapakah yang berada diatas kepala pegawai pentadbir itu, yang berdiri dibelakangnya dan memutuskan itu dan ini? Siapa juga yang berdiri di atas kepala tokoh politik bangsa kita yang kita sanjungi? Mesti ada sesuatu kuasa yang mempengaruhi mereka, kuasa yang mempu membantu mereka membuat keputusan iaitu kuasa wang.
Saya tidak mahu memberikan contoh yang specifik kerana ini melibatkan pegawai-pegawai daerah tertentu dan juga pemimpin-pemimpin politik tertentu kerana skop tulisan saya bukan untuk menghukum mereka tetapi untuk mendedahkan perkara tersebut. Dan ini bukan hanya berlaku kepada individu-individu yang cenderung kepada arus politik tertentu sahaja, dan bukan juga hanya berlaku kepada pemimpin-pemimpin dari parti tertentu sahaja, ia melibatkan parti dari semua fahaman walaupun tidak melibatkan semua orang.
Namun yang lebih buruk dalam politik orang Melayu adalah apabila mensasarkan kepada individu, atau pembunuhan karektor. Si anu akan memburukkan si anu, dan si anu pula akan menelanjangkan si anu. Akhirnya kesemua tokoh politik kita akanb kelihatan cacat, kotor dan hilang maruahnya sehingga akhirnya kita tidak mampu memilih sesiapa lagi calon kita yang kelihatan bersih.
Kita menyangka bahawa tokoh dari parti yang kononnya perjuangkan Islam itu semestinyalah bersih, namun apa yang berlaku tidaklah sedemikian kerana sifat mereka itu sebagai manusia biasa. Lalu kita mendengar bahawa mereka itu juga terlibat dengan penyalah gunaan kuasa, terlibat dengan skandal keruntuhan moral serta terbaru, seorang pemimpinh tertinggi parti yang juga Menteri Besar kelihatan terlibat dengan rasuah atau tumbuk rusuk atau..apa-apalah dalam bahasa manis yang mereka gunakan untuk kumpulan mereka, namun perlakuannya adalah menerima sumbangan dan tajaan untuk melaksanakan sesuatu yang adalah hanya untuk kepentingan diri sendiri dan kroni.
Apa pun, saya namai politik sedemikian sebagai 'politik conteng-conteng' yang bermaksud menguris, mrwarnai dan memburukkan rupa tokoh lawan bagi maksud tertentu. Ianya bukan bermaksud sebagai fitnah kerana sebahagiannya adalah kenyataan bukannya tohmahan melulu.
Setakat mana benar dan berasasnya dakwaan DS Najib terlibat dengan skandal Altantuya? Beliau telah bersumpah menyatakan beliau tidak terlibat. Setakat mana pula berasasnya dakwaan terhadap salah laku sek pintu belakang terhadap DS Anwar, namun beliau masih belum berani melakukan sumpah laknat sedangkan yang mendakwa diliwat sudahpun mengakui dan beresumpah laknat?
Apapun, sila klik (disini) dan baca blog berkenaan yang ada kaitan dengan perkara yang kita bincangkan. Klik juga (disini) untuk bacaan diblog lain.
salam, betul apa yg tuan ckpkan itu.kuasa wang boleh menukar yg hitam ke putih serta yg salah kpd yg betul.hanya keimanan yg akan menentukan yg salah itu tetap salah.
ReplyDeleteSalam, Terima kasih RAM
ReplyDelete