Posting saya pagi ini adalah respon kepada posting di blog Selangor Bangkit.
Blogger berkenaan meluahkan rasa kecewanya yang teramat sangat dalam posting beliau. Kecewa atas sikap ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang dianggap masih leka dan merasa selesa dalam keadaan sekarang ini walaupun sudah bukan parti memerintah lagi seperti dulu.
Inilah yang ingin kita tekankan dan kita bongkarkan. Berapa ramaikah ahli-ahli UMNO di negeri-negeri dan bahagian-bahagian yang benar-benar berjuang dengan penuh keikhlasan untuk UMNO? Maaflah jika saya katakan bahawa kebanyakan mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
Kerana itu kita lihat, apabila mereka diminta untuk menghadiri sesuatu kursus umpamanya, mereka tidak benar-benar serius bahkan masih sempat lagi menonjolkan watak sombong dan tinggi diri mereka kepada umum.
Dikala kita para blogger bejuang dalam media untuk mempertahankan UMNO bermati-matian apakah penghormatan dan penghargaan yang mereka berikan kepada kita? Saya beberapa kali menegur kerajaan negeri Pahang mengenainya. Begitu juga Unit Media Baru Pemuda, apa kejayaan yang mereka capai setakat selama ini?
Dalam soal blog sebagai alat sebaran media alternatif, sekiranya usaha bersungguh-sungguh dilakukan saya percaya yang pihak UMNO hanya perlu lakukan adalah ’me-monitorkan’ blogger yang sedia ada supaya dapat berjalan dalam satu barisan dan menuju arah yang sama dalam membina kekuatan. Mengujudkan blogger UMNO yang baru adalah langkah kedua kerana itu tentu memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapat hasil darinya.
Namun, memang benarlah bahawa UMNO masih leka dan lena tertidur. Kepada DS Najib dan TS Muhyiddin, silalah berikan peringatan kepada pemimpin-pemimpin yang suka tidur ini supaya hentikannya dan berusaha keras untuk memperkasakan kembali UMNO.
Kepada mereka yang hanya memperkosakan UMNO selama ini, pecat, buang dan singkirkan mereka supaya mereka tidak menyebarkan virus kepada ahli-ahli lainnya kerana kita bimbang nanti yang akan berjuang ditengah medan hanya akan tinggal DS Najib dan TS Muhyiddin.
salam.inilah kesilapan pengundi.kenapa masih memilih pemimpin yg kuat tidur? adakah mereka memilih calon kerena wang sogokan yg tak seberapa tetapi akhirnya calon yg dipilih tidak tau buat kerja.Rendahnya nilai diri pengundi.
ReplyDeleteBeginilah kalao pemimpin borek, pengikut dan ahli2 rintek, Kalau sebagai ketua kencing berdiri, pengikut dan ahli2 kencing berlari. Presiden Parti Ds Najib harus bersikap tegas. Masa untuk berlemah lembut dan berdiplomasi sudah berlalu. Ahli2 yg tak amanah, tak buat kerja, yg menjadi konco2 Aljuburi Yahudi dan yg menjadi duir dalam daging Parti, harus diberi pelempang 10 jari, dilondehkan di khayalay ramai dan disisih jauh2. Era lemah lembut macam zaman Pak Lahap sudah berlalu, dan kita semua sudah tahu apa natijahnya dari zaman Pak Lahap. Jatuh dalam kemaluan. Sekarang dajjal2 bermaharajalela, mereka lebih berkuasa, Bar Council lebih kuat bersuara, DAPig, Hindraf, Komunis berpesta. Dimana kah kerajaan BN yg memerintah negara? Dimana kuasa kerajaan yg memerintah? Dimanakah keadilan untuk rakyat jelata seperti Saiful yg sudah jadi mangsa dan sampai sekarang masih tunggu keadilan, sedangkan bekas banduan dan orang yg dituduhnya boleh bebas kemana saja. Apakah kerajaan lemah dan tak bermaya? Ds Najib harus tegas mengambil tindakan. Rakyat sudah muak melihat dajjal2 bermaharajelela. Jangan samapai kesabaran rkayat hilang dan natijahnya PRU13 di beri pelajaran yg memalukan kepada BN dan Ds sendiri. Sudah tidak ada masa lagi. Pikiq2 kan lah.
ReplyDeleteSalam setuju. itulah hasil peningalan pak lahap. so najib kena tukarlah minda pemimpin UMNO sekarang.kalau tak nanti UMNO akan berkubur terus.
ReplyDeleteSalam setuju. itulah hasil peningalan pak lahap. so najib kena tukarlah minda pemimpin UMNO sekarang.kalau tak nanti UMNO akan berkubur terus.
ReplyDelete