Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut mengulas mengenai isu-isu yang menghangatkan pentadbiran MB Pahang tak berapa lama dulu (klik sini). SPU merujuk kepada beberapa laman blog: Merdeka Review (klik sini) GoMalaysia (klik sini) dan Nur Aflah (klik sini).
Maka berhempas pulaslah Tok Gending menangkisnya di blog beliau ’Small Talk’. Sakmongkol AK47 juga turut mengulas isu berkenaan dan sempat menyindir (klik sini) .
Membaca ’Small Talk’ dalam usahanya melindungi bosnya, Dato’ Sam aka Tok Gending menyertakan salinan penyata kewangan. Saya perhatikan dengan teliti dan saya dapati unjuran kewangan pada tahun 2000 dan 2001 sangat menarik dimana kutipan hasil dan belanja mengurus adalah dalam niaian yang sangat tepat iaitu RM358,733,848 dan RM341,763,323
Saya terfikir, pandai sungguh kerajaan berbelanja sehinggakan mendapat angka yang tepat. Saya teringat akan kira-kira dalam persatuan-persatuan belia serta UMNO cawangan yang selalunya sebegini. Kira-kira PIBG pun boleh dikatakan sama seperti ini juga, perbelanjaan berimbang kata mereka. Akhir sekali baru saya teringat bahawa DS Adnan ini dahulu adalah seorang Guru Besar, jadi tak heranlah kira-kira kewangan kerajaan negeri sama seperti kira-kira perbelanjaan sekolah dan PIBG yang antaranya lebih kurang begini: duit masuk RM725.00, perbelanjaan RM725.00 dan baki RM0.00.
Dalam pada Tok Gending ’Small Talk’ berusaha mempertahankan bosnya, kita tertanya-tanya kemana perginya blogger UMNO yang dilatihnya dulu? Mungkin dia rasa dah cukup kuat dan melawan seorang diri dan tak perlukan blogger Pahang yang lain? Berapa orang baca blog 'Small Talk’ dalam sehari dan berapa orang baca PDO (klik sini) yang menghentam MB? Mampukah menepisnya?
Komen diblog SPU:
MANTRA said...
Tok Gending memang sentiasa dengan big talknya... maklumlah hayat dah di hujung tanduk!!!
Tok Gending memang mahir dengan personality assasination... sesiapa yang baru kenal beliau akan terpesona dengan gaya warlordsnya... tapi sesiapa bijak akan dengan mudah terbau langkah serba sumbangnya.
Kejatuhan Tok Nan adalah disebabkan bencinya mereka kepada Tok Gending... lebih sudu dari kuah!!!
Lihat saja bila Tok Gending berFB, memang memalukan... inikah orang harapan MB Pahang???
’Small Talk’, ’Big Talk’, ’Big Head’, ‘Big Heart’, ... huhu ~ bRAVEhEART nak perjuangkan kebenaran, bukan pemimpin dan bukan parti kerana pemimpin datang dan pergi serta kedekut memberi selain hanya nak makan seorang diri.
Salam.Kalau pemimpin mcm ni masih ada dlm UMNO,sure UMNO akan kalah PRU13 nanti huhu.selamat berlayar.
ReplyDelete