04 December, 2009

Gempar - Sesi Baring-Baring Bersama Pas Di Kota Bharu

Allahuakbar! Hidup Palestin! Eh, betul ke apa aku kata tadi? Betul ke apa aku buat ni?

Ishh! macam lalok je!



Hari ini, di Kota Bharu akan diadakan perhimpunan dan perarakan aman menyokong kepimpinan Tok Guru, masa berkumpul jam 10.00 pagi dan bertempat di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu (di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan) Demikian menurut sumber dari blog pengohet lancha / penarik beca.


Kononnya perhimpunan terbesar di Kelantan ini adalah sebagai balasan kepada perhimpunan terdahulu yang dikatakan dianjurkan / dicadangkan atau dirancang oleh UMNO, kalau tidak pun oleh Datuk Ibrahim Ali. Maka busuklah seluruh negara bau UMNO atau bau Ibrahim Ali yang dicanang oleh puak-puak Pas ini. Dan memang sejak lama lagi dahulu, segala apa yang busuk datangnya dari UMNO dan segala apa yang wangi dan baik adalah datang dari Pas juga, kerana Pas ini parti yang perjuangkan Islam. Kerana itu juga jika nak masuk syurga kena lah memangkah Pas - itu kata-kata masa kempen pilihanraya dulu. Tetapi jikalau kita tanya sekarang ini, sudah tentulah mereka kata tidak pernah menyatakan begitu. Dan kita mesti percaya sebab mereka itu ulamak dan tok-tok guru.


Pas pun mungkin sudah gian nak buat tunjuk perasaan dan demonstrasi. Mungkin nanti akan ada yang tunjuk aksi baring-baring tengah jalan sekitar Bandar Raya Kota Bharu sepertimana atau sebagai kesinambungan kepada sesi baring-baring di Kuala Kangsar dahulu. Dan akan meriahlah bandar serambi Mekah itu nanti. Cuma kita harap kalau ada yang baring-baring tu, janganlah keterlaluan kerana Kota Bharu ini walaupun di panggil Serambi Mekah, namun ianya tidak lah sebersih di Kuala Kangsar. Kalau ada yang berani baring-baring pada malam hari mungkin akan jadi mangsa gigitan tukus yang berkeliaran keluar dari lubang-lubang dan longkang-longkang.


Apapun kita ucapkan tahniah kepada puak-puak Pas ni kerana berusaha menganjurkan sesi baring-baring bersama Pas di Kota Bharu. Elok lah juga, kerana tak kan nak berceramah di surau-surau dan masjid sahaja, tentu terasa juga penatnya, jadi eloklah sesekali lakukan eksesais begitu. Cuma kalau ada juga sesi baca-baca sajak, macam yang Mat Sabu lakukan di Stardium Malawati, Shah Alam pada malam kesenian di Muktamar PAS ke 55 dulu dimana Mat Sabu telah bacakan sajak berjuduk 'Altantuya', kita harap akan adalah seseorang yang akan membaca balas sajak untuk Mat Sabu seperti dibawah ini, yang saya petik dari satu laman blog (Klik sini) - Baca juga blog ini mengenai demonstrasi jalanan.



Sajak Entetoya Untuk Mat Sabu



Agama kau junjung tinggi
diatas kopiah serta serban
menutupi jambul dan tanduk setanmu yang becabang,
jari jemarimu pantas memetik butir-butir tasbih
mengira berapa untung akan kau dapat pada akhirnya
dari setiap derma dan sedekah -
pada setiap ceramah.

Ibadah apakah kau namakan ini - adalah ceramah
menghamun dan mencaci-maki
lalu kau penuhi seluruh ruang masjid dan surau
dengan kata dusta dan nista
bersambut dekahan ketawa makmum
engkaulah imam mereka menuju neraka
menjahanamkan bangsa.

Bukankan syurga dicipta untuk umat manusia
penuh bidadari didalamnya?
namun didunia ini kau dambakan juga wanita
anak dara, bini orang atau janda
salahnya kau wahai manusia
bertopengkan agama
rakus mengutip harta dunia.

Semasa ’dia’ kau musuhi
dialah sedunia antara yang terbenci
kerana itu kau menghinanya dan mencaci
kau namai Al-Juburi pencinta lelaki
maka syurganya kau cipta dipenuhi bidadara
dan kau menjaja kisahnya
diseluruh ceruk negara.

Tetapi bila angin sudah berubah arah
kau dan dia bisa tidur sebantal, seselimut
namun katamu, kau sudah pasrah
cuma sebelum lampu terpadam
pastikan pintu belakangmu sudah kau tutupi
kemas terkunci jeriji besi
supaya tidak nanti
roh’ku’ meresapi tubuhnya dan
memberi bencana
ketika bangun esok pagi
kain kamu sudah bertukar ganti
dan basah berkanji.


( Nukilan: Entetoya Sabuu )








4 comments:

  1. Hakikatnya berdemonstrasi adalah juga menunjukkan kekuatan.

    Ada dua bentuk kekuatan. Satu yang berteraskan iman dan ketuhanan. Kedua yang berlandaskan kefasikan / nafs amarah.

    Dan selalunya apa yang tampak zahir amat berlainan dari yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Salam. yang pasti demonstrasi menampakkan kebodohan. tak ubah mcm lembu baring atas jalan.nampaklah kekurangan akalnya

    ReplyDelete
  3. nukilan yang menunjukkan tahap kecerdikan penulisnyer...

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Walau pun apa pandangan tuan, namun ianya tetap satu pandangan dari kaca mata tuan sendiri.

    Namun secara haknya, setiap negara yang berlandaskan demokrasi perhimpunan untuk menyatakan perasaan, luahan dan sebagainya adalah satu perkara yang halal dan ianya merupakan salah satu kaedah.
    Perkara 10 didalam perlembagaan Malaysia juga jelas memberi jawapan dan itu tidak boleh dipertikaikan.

    Sejarah membuktikan perhimpuanan seperti ini bukannya satu perkara baru dalam demokrasi, malahan ianya telah diamalkan berpuluh - puluh tahun yang lalu,mungkin tuan belum wujud di dunia ini lagi, ianya telah berlaku.Di negara kita sendiri pernah berlaku ketika rakyat menuntut kemerdekaan dengan kerajaan penjajah iaitu british.

    Justeru itu pada saya tak perlulah tuan memperlekahkan apa yang di halalkan dalam demokrasi, sola baring tengah jalan ke apa ke tak perlulah tuan persendakan kerana itu hak mereka dan cara mereka.Kalau hak tuan dipersendakan dan diperlekehkan oleh orang lain apa peresaan tuan sebagai manusia.

    Kesilapan pemimpin umno ialah kerana telah memberi tafsiran yang salah tentang perhimpunan. bagi mereka perhimpunan dijalanan tidak sesuai dengan demokrasi. Kini mereka terpaksa menelan ludah sendiri dan turut sama mengadakan perhimpunan seperti mana yang terbaru berlaku di P. pinang dan terbaru dikelantan.Walau pun mereka tidak mengakui terlibat, Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dalam politik itu adalah hakikatnya.

    Satu lagi tuan saya ulas sedikit kata - kata tuan iaitu

    (Dan memang sejak lama lagi dahulu, segala apa yang busuk datangnya dari UMNO dan segala apa yang wangi dan baik adalah datang dari Pas juga).

    Pada saya, tuan terlalu bias dalam membuat ulasan kerana tuan membuat ulasan dari kacamata umno. Pernah atau tidak tuan mendengar pemimpin dan pengikut umno menyatakan pas itu baik. bagi umno pula segala yang busuk itu datangnya dari Pas dan yang baik itu datangnya dari umno. itu hakikatnya tuan,

    Kesimpulannya, DALAM DEMOKRASI PERHIMPUNAN RAKYAT MERUPAKAN SALAH SATU KAEDAH UNTUK RAKYAT MELUAHKAN APA YANG RAKYATN INGINKAN.JANGAN MEMPERSENDAKAN APA YANG HALAL.

    sekian.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”