18 December, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat

Bukan susah sangat jadi wakil rakyat, datang Parlimen ambil-ambil gambar dah okey. Tak boleh bercakap pun tak apa. Buat temberang lebih kurang pun boleh juga. Ada sebahagian wakil rakyat yang hadir dan buat-buat bodoh saja, ada juga yang memang benar-benar bodoh telah dipilih jadi wakil rakyat.



Hari esok (Sabtu 19hb. Dis. 2009) Pakatan Rakyat akan mengadakan Konvensyen-nya di Shah Alam di Dewan MBSA bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tentu mereka akan membincangkan bagaimana lagi untuk membohongi rakyat dan bagaimana untuk mendapatkan mandat memerintah negara.

Mungkin mereka merasa kemungkinan masih ada berikutan keluluskan bajet 2010 yang baru lalu Barisan Nasional hanya menang dengan undi majoriti 3 undi sahaja. Mungkin mereka sedang memikirkan bagaimana untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada kerajaan pimpinan DS Najib.

Kemana agaknya ahli-ahli parlimen BN ketika undian belah bahagi diadakan? Apakah mereka berjunang dan benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat yang memberikan mereka mandat untuk berada di Parlimen? Andai mereka merasakan tugas ini berat atau mereka hilang fokus serta minat, eloklah mereka undurkan diri kerana itu lebih baik dari terus membohongi rakyat.

Rakyat menyeru kepada Ahli-ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang agar lebih fokus, atau undurkan diri bagi memberikan laluan kepada mereka yang lebih komited terhadap tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

1 comment:

  1. Bro, semoga Wakil-Wakil Rakyat BN, tak kiralah di Parlimen atau DUB mendapat pengajaran dari senario yang terjadi......, di Pahang juga perlu lebih peka jangan sampai pembangkang boleh membuat perkara yang sama......

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”