11 December, 2009

Pas – petiklah buah dari pohon yang kamu tanam

Kalu kito tak adok semejid pong tak apo, kmito semaye dale tokong cino pong bulih



Isu terhangat kini adalah DAP mempertikaikan peruntukan kerajaan dalam membina masjid-masjid diseluruh negara. DAP yang berjuang mencari syurga dari Pas akhirnya menemui syurga mereka sendiri, merek tidak lagi mengharap Pas namun Pas masih takut, malu atau rendah diri untuk menegur sahabat karib mereka itu. Duri dalam daging Pas ini membuatkan tokoh-tokoh Pas meneguk air namun terasa menelan duri-duri. Masih belum dapat mengukur tinggi rendahnya langit dan dalamnya lautan? Akhirnya Pas diperbodohkan sampai ke akarumbi, huhu.

  1. Ahli Parlimen Taiping (DAP), YB Nga Kor Ming mempersoalkan pembangunan masjid yang juga bermakna mempersoalkan Islam sebagai agama resmi Negara serta mempersoalkan tumpuan kerajaan terhadap pembangunan Islam di Malaysia.

  1. Pas sangat bertolak ansur dengan DAP selama ini dan menganggapnya sahabat, sanggupkah lagi bertolak ansur dengan membiarkan DAP mempertikaikan pembangunan Islam di Malaysia atau dalam kata lain menghalang pembangunan Islam di Malaysia?

  1. Sehingga kini hanya Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang membuat kenyataan menyelar kenyataan Nga Kor Ming itu sedangkan tokoh Pas lainnya masih membisu.

  1. Ada blogger yang bertanya, manakah Nik Aziz dan kenapa tak doa bala terhadap Nga Kor Ming yang sah dan nyata menentang agama dan menghina orang Islam?

  1. Hari saya tak hendak menulis banyak, namun pembaca laman blog saya masih boleh membaca banyak dari laman-laman blog yang saya linkkan dibawah ini nanti mengenai persoalan yang sama. Saya bukan hendak memberi reaksi positif atau negativ tetapi saya mahu pembaca sendiri yang menentukannya. Saya sedar sebagai blogger, bahawa saya selalunya dipersalahkan. Bila saya kata A betul merekk kata B yang betul dan begitulah sebaliknya, mereka sajalah yang betul.

  1. Saya cuma nak kata kepada orang-orang Pas: Pohon yang kamu tanam telah berbuah, maka petiklah hasilnya. Kita telah terlalu banyak memberi jalan kepada bangsa asing untuk menikam kita sendiri. Bangsa kitalah petualangnya dan kita tidak pernah sedar bahawa bangsa itu sentiasa ada agenda mereka sendiri dan mereka mengamal ’ultra kiasu’. Bangsa kita selalu membantu perjuangan mereka tetapi mereka akan selalu menentang perjuangan kita. Bila mereka mengata saudara kita rasis, kitapun ikut kata saudara kita rasis. Ingat apa yang telah kamu lakukan? Mansuh ISA, Sokong Hindraf.... dan banyak lagi, semuanya sudah berbuah dan masak ranum, petiklah hasilnya.......

http://www.paradigma.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=258&Itemid=57

http://depa-kata.blogspot.com/2009/12/dap-pertikai-dana-masjid-akhirnya-pas.html

http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/12/10/isu-masjid-mana-nik-aziz-kenapa-tak-doa-bala-pada-dap/

http://www.suaragenerasimuda.com/2009/12/nga-kor-ming-tidak-patut-persoalkan.html

http://parpukari.blogspot.com/2009/12/nga-komunis-memang-kurang-ajar-pas.html

http://malaysiaheaven.blogspot.com/2009/12/orang-melayu-penakut.html

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/12/edisi-pagi-dap-memang-biadap-pertikai.html

http://utusan.com.my

3 comments:

  1. Salam...

    Saya menyokong pandangan tuan 100% jika apa yang tuan tafsirkan ini benar berlaka.

    Tetapi persoalannya:
    1. Apakah apa tuan perkatakan ini benar.
    2. Boleh tuan buktikan dengan bukti yang sahih.
    3. Semasa tuan mengambil berita ini, adakah tuan telah selidiki kebenarannya.
    4. Apakah tuan benar - benar yakin
    berita ini tidak mengandungi unsur fitnah kerana bermotifkan sesuatu.

    Kalau tuan boleh menyakinkan saya dengan 4 bukti ini, saya sokong pandangan tuan.

    sekian

    ReplyDelete
  2. Salam sdr Berani Iman,
    Saya menulis berdasarkan pendapat dari pemerhatian saya. Saya juga melihat sekeliling kita, kerana itu saya linkkan blog-blog lain yang memberikan pendapat mengenai perkara yang sama. Saya tidak kata bahawa apa yang saya tulis itu adalah kebenaran yang hakiki, hanya Allah yang lebih mengetahui atau mungkin masa akan menentukannya nanti kerana kebenaran akan tetap terserlah juga diakhirnya mengatasi kebatilan, wallahuallam!
    Saya hanya menyatakan pendapat saya seperti mana sdr menyatakan pendapat sdr dan saya tidak perlukan sokongan sesiapa kerana pembaca bebas men buat penilainnya masing-masing ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  3. braveheart ni org kuat chedet,tentu le apa yg dia fikir tentu mcm chedet,dia tulis apa yg dia fikir mcm che det fikir,chedet det tu dalam otak dia,dia fikir dia aje betul,mana ada pernah che det mengaku kesilapan dia,dia kata memang anuar tak salah tapi dia takmahu mintak maaf kat anuar pun,kau berani iman lebih baik kau jgn layankan braveheart ni,buang masa aje,aku masuk komen ni pun cuma aku nak kutuk aje si braveheart yg banggang dan bodoh ni,pirrrrrah dgn pemikiran chedet kau tuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”