Banyak kali dalam posting lalu saya menghentam penjawat awam. Mereka yang berkerja dengan kerajaan tetapi jadi duri dalam daging. Mereka berkerja untuk kerajaan yang diperintah UMNO/BN tatapi bertindak menghancurkan UMNO dari dalam. Mereka mengagalkan dasar-dasar kerajaan yang kerajaan ingin laksanakan sehinggakan kebanyakan apa yang kerajaan ingin laksanakan tidak sampai kepada rakyat.
Selain dari menyelewengkan dasar kerajaan, mereka juga menyeleweng dari segi kewangan sehinggakan berlakunya rasuah pada ketika perlaksanaan pemberian sesuatu tender dari kontrak kerajaan. Justru, janglah salahkan kerajaan semata-mata kerana kitapun terlibat sama.
Terbaru saya mendengar rungutan dari kontraktor-kontraktor (yang berjawatan dalam UMNO) yang memang mencari makan dari kerajaan tetapi gagal mendapat apa-apa kontrak pada kali ini. Ini berlaku didalam kementerian pelajaran. Kononnya mereka dari G-7 juga gagal mendapat apa-apa kerana adanya pegawai yang dinamakan (Zul (bukan nama sebenar) yang dikatakan talibarut PKR) yang menyaring semua tender-tender berkenaan hingga menyebabkan tidak ada lagi orang-orang UMNO yang mendapatnya melainkan semuanya diberikan kepada penyokong-penyokong PKR dan PAS.
Kita maklum bahawa sebagai pemimpin di peringkat bahagian, apakah lagi sumber pendapatan mereka selain itu sedangkan mereka harus juga bergerak dan memberikan perkhidmatan kepada ahli-ahli diperingkat cawangan. Tanpa bantuan sumber kewangan berkenaan, bagaimana mereka akan membantu?
Bagaimana mereka akan membantu No. 2 seperti sebelum ini jika mereka tidak dibantu? Bagaimana PRU13 nanti mereka akan membantu UMNO/BN jika mereka tidak dibantu. Yang kita nampak adalah anggota pembangkang sedang mengumpul harta rampasan perang dan mengagihkannya untuk persiapan perang akan datang.
Pembangkang, sebelum mereka benar-benar berkuasa merekapun telah dapat menguasai kerajaan dari dalam melalui penjawat awam yang menyokong perjuangan mereka.. Di negeri-negeri yang mereka kuasai sudah tentu orang-orang UMNO tidak mendapat peluang langsung untuk mendapatkan kontrek begini. Ketelusan bagi mereka adalah apabila mereka yang mendapatnya, jika orang lain yang dapat mereka akan canangkan sebagai tidak telus. Yang ruginya adalah orang-orang UMNO bila kerajaan yang diterajui UMNO gagal membantu ahli-ahli UMNO sendiri. Menteri berkenaan harus melihat semula dengan teliti, jika tidak kerusi No. 2 akan terlucut nanti.
Saya sedang mendapatkan bukti kesahihan dakwaan yang menyatakan seorang tokoh PAS di temerloh juga mendapat kontrak dibawah kementerian pelajaran dengan pertolongan ‘orang dalam’ berkenaan sedangkan orang-orang UMNO termasuk ketua-ketua Wanita dan Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian di Pahang hanya mampu mengigit jari. Dari lebih 100 kontraktor ahli UMNO yang mendapatnya dulu kini hanya 6 sahaja yang mendapatnya, yang lain diagihkan kepada penyokong serta ahli PKR dan Pas. Kenapa jadi begini?
Pembangkang semakin kuat dan UMNO/Kerajaan semakin lemah. Musuh dalam selimut harus dimusnahkan dan menteri berkenaan patut lebih peka pada membela nasib orang-orang UMNO sendiri. Menteri-menteri besar juga perlu memantau perkara berkenaan. Soalnya adalah; jika kita menyokong kerajaan tetapi tidak mendapat apa-apa sedangkan mereka yang menentang kerajaan mendapat sesuatu dari kerajaan, apakah tidak lebih baik kita tidak menyokong kerajaan atau terus menentang kerajaan?
ya...saya menyokong 100% cadangan anda..mengapa kita perlu mengaji orang2 yang tidak menyokong kita walhal banyak lagi pengundi dan ahli UMNO tidak bekerja..jangan Anak kera disusukan tetapi ahli Sendiri dibiarkan..kebanyakkan pula adalah guru dan pensyarah..tidak pernah bersyukur dan sedar rezeki mereka itu duit kerajaan persekutuan..
ReplyDeletehttp://suarabaling.blogspot.com/
Setuju di temerloh penyokong umno banyak gigit jari tetapi penyokong pembangkang dpt lebih tak tau samaada dasar umno nak tarik penyokong pembangkang kpd BN tapi harus di ingat jangan nanti yang dikejar tak dapat yg di kendung berciciran tangan pulak berbau taik.atau sikap kakitangan awam yg pro pembangkang lalu menangguh2kan kerja utk kws2 penyokong BN atau mengalihkan ke kws pembangkang cth di kampung sempadan bantuan awal untuk membaiki rumah yg mencecah RM10 ribu keatas diperolehi penyokong pembangkang tegar sedangkan kami penyokong setia merasa dianak tirikan bila kami ahli umno bising kelam kabut ambil gambar rumah2 ahli umno tapi lepas tu senyap sampai kini.begitu juga jln tar, penyokong pembangkang dpt sampai kedepan rumah, kami juga gigit jari bila ahli umno caw bising kami dijanjikan semua rumah akan ditar dan tiada tindakan terhadap pegawai bertugas yg juga pengerusi KRT di kg.sempadan tapi sampai sekarang senyap. Harap kerajaan BN tak tunduk dgn suara pengkhianat dlm umno yg cadang begitu takut nanti ahli umno pakat sokong pembangkang krn itu modal mereka utk menekan ahli umno akar umbi dgn pertanyaan kamu sokong umno dapat apa tengok mereka sokong pembangkang dapat macam2.
ReplyDeleteSebenarnya penjawat awam ini patut dah lama diambil tindakan drastik.Kerja tak seberapa,ambil kesempatan,buat pejabat macam rumah sendiri,keluar sesuka hati,masuk sesuka hati,kerja tak serius,asyik bersembang sahaja,sombong dan kalau nak cerita satu malam pun tak habis.Sudah sampai masanya pihak kerajaan membuat tindakan yang telus dan pastikan mereka ini di beri amaran,dan kalau berterusan sikap mereka buangkan sahaja.Ramai di luar menunggu untuk berkerja dengan kerajaan.Mereka-mereka yang tak sedar untung,tak tahu mengenang budi dan seperti kacang lupakan kulit.
ReplyDeleteHari ini boleh dikatakan melebihi 65% peratus kakitangan kerajaan yang anti walaupun mereka tahu siapa yang membayar gaji mereka.
Gunakan balik sistem yang lama,Hantar mereka ke pendalaman,kalau tak suka berhenti dan jangan memperbodohkan diri sendiri.Seperti meludah dilangit,percik ke muka sendiri.
Sudah sampai masanya kakitangan yang pro Pakatan Rakyat diambil tindakan drastik,perlu di tukar,tukarkan,perlu dibuang,buang,perlu di kena tindakan,ambil tindakan secepat yg mungkin.
Nak gaji tinggi,kerajaan sediakan tetapi tak mengenang budi...
Hampeh......
Salam tuan semua,
ReplyDeleteakhir kita mendengar tuan-tuan bersuara, saya telah mendengar ini tetapi hanya dari jauh, harap dapat tuan-tuan perjelaskan, mungkin saya juga boleh siarkan diblog ini dengan lebih jelas jika mendapat kerjasama tuan-tuan semua, terima kasih sekali lagi ~ bRAVEhEART
Kita cakap bukan dengki
ReplyDeleteSalahguna kuasa dibenci
Pengalaman telah dapati
Penyokong Pas berbakti
Aturan sedia dilanggari
Tender kantin dicemari
Cukup masa, metri peti
Melepasi masa ditolongi
Hanya kerna ahli separti
Langgar aturan anugerahi
Salahguna kuasa sah jadi
Keadilan Pas buat separti
Begitu urusan tabung haji
Kempen PRU tabor benci
Calon BN diserang berapi
Jadi ustazah bimbing haji
Pada mereka kongsi razeki
Kerusi pegawai dimanfaati
Sesama partinya ditolongi
BN/UMNO dibual mimpi
Teramatlah menusuk hati
Orang depa hebat beraksi
Ahli UMNO dilekeh perli
Awasi PRU13 dah hampiri
cuba lah semak orang-orang yang disyaki musuh dalam selimut ini..ramai dari mereka datangnya dari Kelantan..telah ada satu kecenderungan bila ketuanya dari Kelantan, maka berlelusalah penjawat dari Kelantan akan "mastautin" di jabatan atau kementerian itu..dan mereka ini pula menjalankan aktiviti yang dibincangkan ini..jabatan yang terlibat pula adalah jabatan yang banyak beri projek pembangunan..di Pahang dan sebelah pantai timur memang telah penuh orang Kelantan ini..maka tidak terkejut lah kalau situasi di Temerloh berlaku sedemikian rupa..begitu juga berlaku di agensi pusat di bawah PM sendiri..so bagaimana nak bersuara..nanti undi orang Kelantan lari ke PR..tapi sampai sekarang pun orang Kelantan tak sokong BN..
ReplyDeleteTerima kasih Bengah @ Serling dan haizor, saya rasa jika inilah keadaannya dimana penjawat awam dikuasi oleh pembangkang maka mini menawan Pahang dalam PRU13 nanti bukan perkara mustahil. Mungkin tak sempatlah ornang Temerloh nak menjadi MB, huhu ~ bRAVEhEART
ReplyDelete