UMNO perlukan pemimpin yang tegas dan berani memperjuangkan bangsa dan mempertahankan agama macam yang ni, bukan yang macam tu!
Saya menemui blog ini (klik sini) yang menulis sepertimana yang saya CnP sepenuhnya dibawah ini, mohon izin kepada blogger berkenaan.
Rujuk tulisan Tun Dr. Mahathir di blog beliau (Klik sini)
Terpanggil untuk memberi respon kepada posting Tun Dr.Mahathir dari blog beliau yang mengulas mengenai UMNO, namun skop yang saya juruskan lebih mengecil yakni kepada negeri Pahang dan bahagian Jerantut.
PRU13 hanya tinggal 2 tahun lebih saja lagi, perubahan yang kita harapkan dari UMNO dalam memperkasakan parti itu masih sangat mengecewakan. Pucuk pimpinan nampaknya semacam masih tidak tahu apa sebenarnya yang patut diubah atau diperbetulkan dalam UMNO.
Di peringkat tertinggi bercakap tentang perubahan dalam UMNO, namun di peringkat perhubungan negeri seakan tidak menyahut seruan itu mungkin kerana sibuk dalam menjaga kedudukan mereka masing-masing untuk penggal seterusnya. Diperingkat bahagian masih tertanya-tanya dah ternanti-nanti manakala diperingkat cawangan masih lena tidur diulit mimpi.
Mungkin nasib akan membantu kita kerana perkembangan mutahkir kini menampakan Pakatan Rakyat menghadapi kemelut yang sangat hebat dan akan melumpuhkan mereka. Gagasan pakatan yang mereka bentuk tanpa kesatuan hati dan matlamat sedang retah dan menunggu belah. Inilah satu-satunya ‘advantage’ kepada UMNO dalam menyaingi pembangkang pada PRU13 nanti kerana semangat mereka nanti tidak lagi sehebat semasa PRU12 lalu.
Sebahagian rakyat juga sudah tidak mempercayai pakatan lagi setelah segala kepercayaan yang diberi dan janji-janji mereka dulu tidak tertunaikan, malahan yang jelas kelihatan adalah tembelang mereka yang hanya mahir berkata-kata namun tidak langsung mampu melakukan sesuatu untuk mengotakan kata-kata mereka itu.
Bagaimanapun UMNO tidak boleh berharap kepada kelemahan lawan tanpa adanya kekuatan sendiri untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya memenangi pilihanraya kelak. Kerana itu, walau apapun, UMNO mesti berubah dan diremajakan supaya ianya tetap ‘relaven’ dan mampu menarik golongan muda untuk menyertainya.
Yang terpenting sekali adalah sikap ahli-ahli UMNO dicawangan dan bahagian haruslah berubah lebih positif. Sedia menerima kemasukan ahli-ahli baru sebanyak mungkin, jangan ada sebarang sekatan dan diskriminasi untuk menjadi ahli, jangan takut pada persaingan dalam merebut jawatan dalam parti, dan mesti mengakui hakikat bahawa yang terbaik harus dipilih.
Masalah utama dalam UMNO sekarang adalah sikap ego pemimpin-pemimpin mereka, di semua peringkat. Saya ulangi, DISEMUA PERINGKAT. Mereka sentiasa merasakan bahawa merekalah yang paling pandai, yang paling pintar, yang selalu betul dalam segala hal. Maka mereka tidak pernah ingin mendengar atau menerima pendapat orang lain sehingga akhirnya mereka tetap tinggal dalam kebodohan mereka sendiri.
Ketika peringkat tertinggi UMNO mengiktiraf media baru sebagai media yang turut menyumbangkan kepada kekalahan BN dalam PRU12 lalu, namun di peringkat perhubungan negeri dan bahagian masih belum melakukan apa-apa. Apakah mereka fikir mereka akan cukup masa untuk mengejar si arnab yang telah berlari meninggalkan mereka dengan masa yang hanya tinggal 2 tahun lagi?
Persoalnya adalah, pemimpin UMNO semuanya tidak peka malahan pekak dan tidak mahu mendengar hatta saranan yang di perkatakan oleh bekas PM sekalipun. Jadi, bagaimana untuk mengubahkan UMNO ini? atau biarkan saja UMNO rebah dan kita bina semula kekuatan Melayu diatas satu entiti yang lain yang baru?
Bermula semalam, selama 3 hari (?) di Kuantan, diadakan satu kursus komputer kepada ketua-ketua wanita UMNO bahagian-bahagian. Lusa, semua ketua-ketua wanita bahagian akan mahir dengan komputer, tulat, mereka telah mahir dengan internet sama ada dengan ‘potong’ atau tak potong, tubin, mereka sudah mahir berblog dan sudah mampu menangkis tohmahan blog lawan. UMNO sudah tidak memerlukan blogger-blogger lain lagi sekarang ini dan UMNO akan menang besar dalam PRU13 nanti tanpa bantuan sesiapa.
Jadi UMNO di bahagian dan cawangan-cawangan tidak lagi perlu bimbang dan berkerja keras kerana kemenangan sudah dalam tangan dan pasti. Kursus Blogger yang di anjurkan oleh UMNO Pahang akhir bulan oktober lalu bersama Unit Media Baru Pemuda UMNO juga sudah memberikan hasil yang lebih dari memuaskan. Sudah beratus malahan beribu-ribu blog UMNO telah ujud selepas kursus itu. Apa lagi perlu kita bimbangkan? Marilah kita tidur lena dan bangun pada tahun 2013 nanti.
UMNO dah berubah? - huhu!
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja. Semalam di Pejabat PKR Pahang diadakan perjumpan besar-besaran bagi memberikan semangan dan memperkuatkan parti itu. UMNO Pahang jangan bimbang, tidurlah! ~ bRAVEhEART
UMNO KLU TUKAR PEMIMPIN PUN TETAP TAK BERUBAH,TETAP BUSUK JUGA,UMNO TU SERUPA MCM LOJI TAHI,KLU TUKAR PEMIMPIN PUN TETAP BUSUK JUGA,SEBAB KLU UMNO TU LOJI NAJIS TAKKAN DAPAT MELAHIRKAN PEMIMPIN YG BERBAU WANGI SEHARUM KASTURI PULAK....KAH KAH KAH
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBOLEHKAN UMNO BERUBAH SEDANGKAN SELURUH UMNO SUDAH MEMBUSUK TERMASUKLAH KE USUSNYA. MAMPUKAH KUDIS - KUDIS YANG MENANAH DAN BERBAU HANYIR YANG TUMBUH SEJAK 52 TAHUN LALU TANPA DIBERI SEBARANG RAWATAN SEBELUM INI TIBA - TIBA SEMBUH DENGAN SENDIRINYA.HUKUM ALAM MENYATAKAN TIDAK TETAPI UMNO HANYAMAMPU BERDOA MENGHARAPKAN HUKUM ALLAH AGAR KEMBALI SEMBUH.NAMUN ADAKAH ALLAH MEMAKBULKAN DOA UMNO SEDANGKAN MEREKA SERING MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH DAN MENGHINA ULAMA YANG BERJUANGKAN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH.
WAHAI TUAN YANG BIJAKSANA LAGI ARIF.
PENYAKIT YANG ADA DALAM UMNO HINGGA BUSUK SAMPAI KE USUS NI BUKANNYA PENYAKIT YANG BARU TETAPI SUDAH BERKURUN - KURUN SEJAK DARI ERA DR M LAGI, BUKANNYA ERA PAK LAH ATAU ERA NAJIB BARU IANNYA BERMULA. TUAN YANG BIJAKSANA MATANGKANLAH FIKIRAN, BERFIKIRLAH BANYAK KALI SEBELUM MENGELUARKAN KATA -KATA.DIPENDEKKAN CERITA FAHAMILAH PERIBAHASA INI, LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN.
MELALUI KATA -KATA ORANG DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA KECERDIKAN DAN KEBODOHAN DIRI KITA.
WASALAM.
Memang pada dasarnya UMNO sudah berubah. Perubahan itu yang membuatkan pemimpin UMNO sentiasa bertingkah pendapat walhal berada di dalam satu parti. Umno perlukan perubahan pemimpin yang pastinya dapat menarik minat orang muda untuk mengundi UMNO kembali
ReplyDelete