Teringat peristiwa di zaman remaja, menyertai kem-kem bina semangat dan sebagainya. Dengan penuh semangat. Andaikata ketika itu pemimpin kita mengarahkan kita meruntuhakan gunung, pasti gunung akan kita runtuhkan. Andai kata pemimpin kita meminta kita kita keringkan lautan, maka pasti akan keringlah lautan oleh kita. Begitulah semangat dan setianya kita.
Teringat pada suatu ketika dalam satu permainan konspirasi dimana peserta diberikan sehelai kertas berserta arahan masing-masing yang berbeza. Peserta dikehendaki mengadakan satu perbincangan dan mendapatkan keputusan dalam perbincangan itu. Si-A menerima arahan supaya sentiasa bersetuju, si-B mesti sentiasa berlawanan dengan si-A, si-C sentiasa menyokong si-A, si-D sentiasa menyokong si-B, si-E akan berperanan untuk mengagalkan perbincangan itu, dan Khirnya perbincangan itu tidak pernah berakhir dan tidak dapat mencapai apa-apa keputusan.
Begitulah konspirasi bermula pada skala yang kecil. Dalam kehidupan harian pun kita dapat melihat ini. Kumpulan yang menyokong A akan merasakan mereka benar begitu juga halnya dengan kumpulan B dan mereka sangat patuh kepada pemimpin-pemimpin mereka. Sedangkan diatas
Terbaru sebuah buku yang diterbitkan di negara jiran mensabitkan Tun Dr. Mahathir dengan penyalahgunaan kuasa semasa pentadbitannya.Tun dengan berani mencabar untuk disiasat oleh badan bebas, namun meminta Tun Abdullah juga disiasat. Kerana apa? Apakah tidak ada konspirasi untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir atas tujuan tertentu? Mungkin TDM merasai ada sesuatu kepentingan oleh pihak tertentu maka beliau bersedia untuk dibecarakan tetapi meminta dibicarakan juga Tun Abdullah. Ini telah membuatkan pihak yang berkepentingan itu diam membisu kerana merasakan senjata telah hampir memakan tuan.
Saya percaya banyak lagi perkara-perkara yang rakyat tidak mengerti dan tersembunyi. Terbaru mengenai kes penjualan pasir ke Singapura. Bagaimana pula dengan kes Pulau Batu Putih? Bagaimana mereka boleh menang tuntutan terhadap pulau berkenaan sebagai hak mereka sedangkan mereka dulu (Temasik) adalah juga hak kita? Tidak kah ini satu konspirasi?
Perhatikan juga konspirasi di
Dan konspirasi bukan hanya ada pada pihak kerajaan semata-mata, pihak pembangkang pun sedang bergelumang dengan keadaan sama, cuma mereka tidak memerintah jadi apa yang mereka lakukan tidak jelas kelihatan. Kes liwat, kes keruntuhan moral ADUN Bukit Telanjang, kes melibatkan bapak mertua dan anak menantu di Kota Baharu, dan banyak lagi. Tidak lama lagi segalanya akan terbongkar dan kebenaran akan datang sepertimana satu ungkapan dalam novel War and Peace karya Leo Tolstoy yang berbunyi – God see the truth but wait !
Sampai ketika yang lama akan dipinggirkan, si-adik akan menentang si-abang kerana merasakan bahawa alam ini telah mereka jelajahi. Masa untuk si-abang meminggir diri bila sudah tidak dihormati lagi. Jangan cakap pasal percaya cinta bila kita sendiri sudah hilang percaya. Aku juga melihat kebenaran dan aku juga menunggu.
semua orang ada kepentingan sendiri.Baik kerajaan atau pembangkang.
ReplyDeletecuma kita yang sendiri tentukan mahu menyokong siapa dan sebab apa kita sokong mereka.
Salam. Sebenarnya penyokong juga ada kepentingan tertentu. kalau tak adakepentingan buat apa mereka menyokong mana mana pihak?Kenyataannya semua pihak sama aje ibaran iblis dan setan
ReplyDeleteSalam, hehehe
ReplyDeleteAku sokong setan
suroh mat salleh odoh tu , buat kajian berapa bush dan britain juga membazirkan duit untuk perang di irap dan afghanistan. trillion. mengapa mereka diam. itu pun ada melayu yang sanggup diperbodohkan oleh mat salleh ini.
ReplyDeleteajar saya nak link kan blog . bab ini pg tak tahu langsung. emailkan : arifgua@yahoo.com
Salam BH...
ReplyDeleteSetuju YB Raz