27 January, 2010

Lagi, di Pahang PKR letak jawatan kerana hilang percaya

Dato' Fauzi dan Azan Ismail




Beginilah berita yang disiarkan Pahang Daily Online semalam :

KUANTAN, 25 Jan [5.00 pm] - Perletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang Azan Ismail telah mengejutkan orang ramai terutamanya di kawasan Parlimen Indera Mahkota yang diwakilinya. Ramai yang beranggapan bahawa Azan tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan Pakatan Rakyat semakin diterima oleh rakyat secara keseluruhannya. Tindakan Azan itu jelas sekali membuka jalan dan ruang untuk musuh menghentam PKR dari pelbagai sudut sebenarnya. Tambahan pula, bila beliau memanggil satu sidang media di pejabatnya pagi tadi. Apapun segalanya sudah berlaku, biarpun ia mungkin tidak digemari oleh pengundi beliau sendiri. Hakikatnya, Azan mempunyai prinsip dan pandangannya yang tersendiri sebelum membuat keputusan. Beliau mungkin sudah tidak dapat menutup lagi segala kepincangan yang berlaku dalam PKR Pahang, atau mungkin juga Azan amat terkilan atas segala tindak tanduk pemimpin atasan parti yang semakin hari semakin meminggirkan beliau.

Walau apa yang pihak pembangkan berikan sebagai alasannya namun satu Malaysia sudah tahu bahawa PKR dan PR sudah tidak dipercayai lagi. Bukan setakat seorang demi seorang pemimpin dan awkil-wakli rakyatnya keluar meningalkan parti, namun ini juga belaku diperingkat akar umbi. Sudah tentu apabila ada yang keluar dari PKR mereka akan cepat-cepat menyebarkan dakyah bahawa orang-orang berkenaan telah dipaksa secara kekerasan atau pun dibeli dengan wang ringgit. Tetapi, rakyat sudah tidak percaya lagi.

Biarpun YB Azan bukan keluar parti namun apa yang dilakukan adalah memberikan tekanan kepada kepimpinan Negeri dan Pusat yang tidak disenangi beliau. Cuma saya kecewa dengan kenyataan yang PDO keluarkan dimana menyatakan bahawa ini adalah semua budaya UMNO yang sudah menular ke PKR. Mungkin mereka belum mengetahui atau sudah lupa bahawa ini semua adalah budaya Pemimpin mereka DS Anwar yang sebelum ini diserapkan kedalam UMNO, kini dibawa pula kedalam PKR. UMNO telah dirosakkan oleh DS Anwar, dan kini PKR akan dirosakkan lagi oleh orang yang sama.

Azan Ismail adalah Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang, meletakkan jawatannya tetapi masih memegang Ketua Cabang serta Ahli Parlimen Indera Mahkota. Saya cadangkan kepada beliau agar jangan lagi teragak-agak, kebenaran telah ada didepan mata, kenapa mesti tunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan kebenaran. Sentiasa akhirnya yang benar akan menewaskan yang bathil.


3 comments:

  1. nak bungkus dah tu pun. biar fauzi tu terkulat-kulat.

    MP tu pun boleh juga PM lantik sebagai menteri pengampunan bagi penjenayah yang bakal ditubuhkan. semakin banyak orang minta maaf dan dimaafkan. elok le juga dia ni dilantik menteri pengampunan atau memnteri mohon maaf seperti kata rais yatim

    ReplyDelete
  2. Salam sdr ariff, ni lawak ke ni? mcm kelakar je? hehe

    ReplyDelete
  3. Salam bro, betul kata Arif Omar, kawan setuju sangat......

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”