15 January, 2010

PAHANG - KITA AKAN TERUS PEDULI

Sebahagian dari hampir 200 peserta yang menghadiri program,
berapa yang ada blog dan berapa yang tahu apa itu blog?


Perjumpaan Pertama DAN TERAKHIR dengan aktivis media baru Pahang



Tak pernah sebelum ini kawan merasa suka sesangat menulis blog. Macam kawan kata semalam, kalau nak dapatkan ramai pembaca isu mestilah besar, peringkat nasional, mengenai tokoh-tokoh besar dan disertai dengan caci-maki. Aaa, barulah ramai pembaca. Tapi apakah kita menulis hanya untuk menerima ramai pembaca saja? Kawan rasa yang penting adalah membawa cerita sebenar kepada masyarakat umum, cuba memperbetulkan sebarang kesalahan dan membela mereka yang sepatutnya mendapat pembelaan.

Apa yang kawan tulis semalam mendapat perhatian dan orang putih kata 'feed-back' dari orang-orang Pahang sendiri. Itu yang buat kawan puas hati. Jadi pada hari ini kawan cuma nak bawak kepada pengetahuan rodong-rodong mengenai apa yang sebenarnya kawan rasa atau kata lainnya apakah pendapat kawan mengenainya. Kita tengok dulu apa komen dari rodong-rodong kawan diblog kawan semalam:

Arif Omar said...

SETUJU. AKU PUN NAIK GERAM. MACAM MATI SEMUANYA DI PAHANG. AKU BALIK KAMPUNG TAK ADA PERUBAHAN LANGSUNG. LETIH DIBUATNYA. PERANCANGAN JANGKA PANJANG PUN TAK ADA. LETIH, LETIH.

menyegar said...

Salam. Aku pun dah letih nak komen kat pemimpin2 UMNO ni. Kita komen pun mereka buat pekak aje. tak apalah taulah aku nak ajar nanti. bukan lama pun PRU13 tu. Nanti kita tgklah mcm mana rupa UMNO sebagai pembangkang pulak.

Rafie said...

lagi satu koi nok namboh pahang ni dari dulu sampai sekarang masalah penyakit lembu kuku dan mulut selalu berlaku jadi kerajaan kena fikir kaedah2 yg sesuai utk bendung gejala ni bila pegi kursus je org negeri lain sokmo kata lembu pahang tok leh jual keluar penyakit.
tapi ko takan undi parti2 org kecewa pulok nak lagi terok ko kecewa. dah kecewa nak buntut ko pulok rabok.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum Tuan BH,
Pada pendapat saya, pemimpin UMNO di Pahang perlu fokus kepada aktiviti turun padang. Pergi ke akar umbi (iaitu rakyat) untuk ambil tahu masalah yang ada kemudian selesaikan. Hal-hal berkaitan dengan blog, publisiti dan penerangan kenalah dilakukan oleh para blogger pro-UMNO Pahang. Pembantu khas YB & rakan-rakan kenalah ambil inisiatif menjadi tukang tangkis fitnah yang dilempar, dan menjadi agen menyebarkan maklumat berkenaan aktiviti YB. Takkanlah nak tepis fitnah pun YB sendiri terpaksa tulis blog. Biarlah YB fokus kepada membantu menyelesaikan masalah rakyat.Cuma pendapat saya yang tidak seberapa.

ababina328 said...

Salam BH,
Kawan paling setuju awok guna perkataan kawan, walau pun bahasa diri kawan telah di mulakan oleh Yang Gambi tetapi tak salah kita sama-sama gunakan bahasa diri org Pahang ini...

Mdnor said...

Kawan nak tau ape kerja Menteri Besor Pahang sebenornye?
Masuk office main solitaire ke ?

bRAVEhEART said...

Salam dan terima kasih sahabat semua.
Kali ini saya nk komen satu persatu:
Arif - Tahniah kerana blog sdr di-link-kan dari blog small talk, tetapi kami tidak kerana kami blogger haprak.
Menyegar - ciri nak jadi pemimpin mestilah pek
Rafie - Sakit kuku dan mulut? Pemimpin negeri sakit mulut sebab tu senyap dan sunyi je, tetapi rakyat jadi sakit hati.
Kembara Politik - Itulah persoalannya! Pemimpin tak mengiktiraf kami bahkan tidak hargai kami. Sepatutnya kami diletakkan dibawah satu force untuk membantu kerajaan tetapi mereka tak perlukan kami, blog pun mereka tak baca. Mereka buka saja buta IT tetapi juga buta hati.
Ababina - Dalam perbualan harian selalu juga kita guna gantinama 'kawan', tetapi di blog bila menulis mengenai Pahang saya rasa sesuai gunakannya bagi menghayati jatidiri kita.
Mdnor - Kerja dia praktis tepuk buntut bagi persediaan PRU13 nanti. Rakyat akan tepuk dahi.

YB Raz said...

jangan ler petik nama kawan..malu ler kawan dibuatnya hehee..
tapi memang betul pahang ada banyak masalah.
ekonomi pahang tak berkembang. banyak sumber pelancongan tak digunakan sebaiknya. masalah pembangunan tak seimbang,pemimpin UMNO kurang mendekatkan diri dengan rakyat.kuantan sendiri tak menarik.kerajaan negeri pahang patut belajar dengan kerajaan melaka bagaimana menarik pelancong dan cantikkan bandar.cuma rakyat pahang bersyukur dapat sultan yang prihatin. kalau tak, makin rasa tersisihlah rakyat pahang nie. ini cuma pandangan peribadi.

Selepas kawan membaca komen-komen dari rodong kawan ni, kawan tau bahawa rodong-rodong dan masih ramai orang-orang Pahang yang masih peduli kepada negeri Pahang ini. Kawan percaya bahawa kita akan terus peduli. Cuma kita bimbang apakah orang-orang diatas sana betul-betul peduli?

Kawan nak mengulas banyak pada komen Kembara Politik ni sebab mungkin dia tak berapa tau apa sebenarnya yang berlaku dan dia seolah-olah menyalahkan blogger pro kerajaan kerana tidak mempertahankan kerajaan dari tohmahan blog pembangkang.

Beberapa lama dulu, atas nama perjumpaan aktivis media baru Pahang yang diadakan di perkarangan kediaman MB Pahang, satu perjumpaan yang melibatkan hampir 200 orang diadakan. Setelah memastikan kehadirannya saya kecewa kerana yang memiliki laman blog dan menulis blog hanya ada kira-kira 10 orang. Yang lainnya masih datang dalam kegelapan. Bagaimanapun masing-masing menaruh harapan bila MB bertanyakan kepada Dato’ Sharkar tentang kemungkinan memberikan peserta-peserta itu sebuah laptop setiap seorang. Saya berbiasik kepada seorang sahabat; ini janji orang politik, tak boleh pakai.

Blogger yang ada dan aktif di Pahang ini sudah memadai jika dijadikan satu force yang mantap bagi menangkis segala tohmahan pembangkang. Ianya harus dilakukan secara profesional dimana seorang yang bertindak sebagai ketua akan memantau isu-isu berkanaan dan menyebarkan kepada anggota untuk bertindak secara berpasukan. Namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan untuk membentuk force sedemikian. Mungkin kerajaan berpendapat itu tidak perlu kerana kerajaan masih gagah dan mampu bertindak secara konvensional.

Blog-blog Umno di bahagian-bahagian di Pahang, jika pemimpin kita peka dan bertanggungjawab, mereka boleh mendapatkan khidmat blogger-blogger kita yg sedia ada untuk membantu mengaktifkan blog berkenaan. Ketua penerangan bahagian-bahagian yang gelap dan buta IT masih boleh berperanan dengan memantau blogger-blogger di bahagian masing-masing serta menggunakan khidmat mereka, itu jika mereka ada kehendak. Soalnya mereka ini bukan ada keinginan untuk membangunkan Umno, keinginan mereka hanya untuk mendapatkan kepentingan peribadi sahaja. Sepatutnya ketua-ketua penerangan dibahagian yang gagal memanafaatkan IT dibahagian masing-masing diminta berundur atau dipecat dari memeggang jawatan.

Tapi, inilah Umno dan inilah Umno di Pahang ini. Saya adalah diantara orang yang sudah bosan dengan Umno yang tidak ingin berubah langsung. Jika suatu waktu nanti saya menyokong pembangkang, bukanlah bermakna saya suka pada pembangkang tetapi saya benci Umno lebih lagi.


~bh



6 comments:

  1. diorg x peduli ..
    tapi kita akan terus peduli bro ..
    Tidak kita siapa lagi ...

    ReplyDelete
  2. Assalamuaikum Tuan BH,

    Mungkin Tuan tersalah tafsir. Secara jujur ikhlas kawan tidak terlintas pun menyalahkan blogger. (Guna 'kawan' lebih sedap yek?).

    Alhamdulillah, blog Tuan dan blog yang lain berusaha seikhlas hati atas sebab kita tahu apa yang ditulis oleh pembangkang banyak spin dan tak betulnya.

    Maksud saya lebih kepada apa yang Tuan Frodo Baggins cakapkan tu. "Diaorg tak peduli, tapi kita akan terus peduli bro. Tidak kita siapa lagi".

    Dalam masa yang sama juga, kawan harap pemimpin kena tengok jugalah seperti yang Tuan BH usulkan.

    Teruskan berjuang Tuan!

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan BH,

    Apa kata blogger pro-kerajaan Pahang mulakan dengan berbincang secara online melalui Google Groups? Ada yang pandai buat Google Groups? (Malu kawan nak mengaku buta IT). Boleh dibincang perkara-perkara perlu.

    ReplyDelete
  4. Salam Adik Froddo dan Sdr. Kembara Politik,
    Mmm, google grup saya tak pasti tetapi lama dulu saya dh ada yahoo group untuk Persatuan Guide, mungkin boleh tgk semula dan buatkan sama ada yahoo atau google, apapun cadangan sdr tu sangat baik dan di terima serta akan diliuluskan segera. Tak lah tindakan lambat mcm org politik Pahang yg sentiasa lembab (mimpi basah?). Blogger Umno satu Bhg di KL dpt RM17K utk pembangunan media barunya. Kita 10 sen pun MB tak beri, kedekut pun MB.

    ReplyDelete
  5. tuan,
    saya hanya mampu baca dan tak boleh komen apa-apa....luar sempadan...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”