05 January, 2010

SAYANGKAN NEGARA - RASUAH, RASUAH, RASUAH

Rasuah: Berapa yang ditangkap dan berapa yang tidak?




Semalam di TV3, temuramah dalam Soal dan Jawab diantara pengacara Datuk Manja dengan Datuk Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perbincangan berlegar diantara persepsi dan realiti rasuah di Malaysia, perlakuan dan menanganinya. Datuk Abu Kasim menyebut jabatan-jabatan yang terlibat dengan amalan rasuah. SPRM ingin jadi satu badan yang benar-benar bebas dan telus, tapi setakat mana? Apakah pihak atasan tidak pernah langsung memberi tekanan dan campurtangan dalam segala siasatan?

Rasuah tidak dapat dinafikan sudah menjadi satu budaya dalam kehidupan kita masa kini. Untuk mendapatkan apa saja kita harus merasuah, tender, kontrek..dan sebagainya. Dimana pegangan kita terhadap agama kalau rasuh kita jadikan darah daging kita? Golongan yang mengaku mereka parti perjuangkan Islam juga melakukan rasuah. Penjawat awam lebih banyak terlibat dalam amalan rasuah.

Rasuah bukan saja dalam jabatan-jabatan kerajaan, kini sudah menular dalam parti-parti politik. Rasuah kini menjadi darah daging kita. Setiap titisan darah kita adalah dari hasil rasuah. Setiap darah dan daging anak-anak kita adalah dari rasuah. Hasil rasuah akan membesarkan anak-anak yang akan menghalalkan rasuah berlaku dengan lebih besar. Dan kita semakin tidak segan silu untuk meminta dirasuah.

Tahu berapa indek rasuah negara kita? Negara kita ditempat keberapa didunia? Akhirnya negara kita akan runtuh kerana rasuah yang berleluasa. Dimanakan ini bermula? Mungkinkah ianya akan berakhir? Rasuah dimana-mana; kastam, polis, JPJ.....SPRM???. Rasuah bermula dalam diri kita sendiri.


bh/

4 comments:

  1. Salam BH, kekadang kawan terpikir juga, adakah amalan 'rasuah' ini memang sebahagian dari adat orang Melayu ?

    Kalau disingkap dari sejarah lama, kerajaan Melaka runtuh kerana ada Melayu yang tamak, khianat, dengki menerima sogokan untuk memuaskan diri......

    Kalau nak difikirkan juga, bagaimana kita melihat anak-anak dari kecil diajarkan rasuah, sama ada sedar atau tidak..... cuba kita lihat, bagaimana anak-anak dirasuah oelh ibubapa untuk seseuatu perkara.... banyak perkara-perkara rasuah yang kita sendiri didik kepada anak-anak tanpa disedari....

    ReplyDelete
  2. Sdr bERANIKAN hATI,

    Saya tertarik ungkapan sdr " SPRM ingin jadi satu badan yang benar-benar bebas dan telus, tapi setakat mana? Apakah pihak atasan tidak pernah langsung memberi tekanan dan campurtangan dalam segala siasatan ?

    Saya berpendapat bahawa disini lah punca segala masaalahnya, saya lebih tertarik dengan idea bahawa untuk menjadikan SPRM satu badan yang benar-benar bebas dan telus,

    SPRM perlu diletakkan di bawah tanggung jawab Parlimen, bukan seperti sekarang di bawah tanggung jawab JPM.

    Persoalannya, beranikah PM melepaskan SPRM dari bawah kekuasaannya kepada kuasa Parlimen.

    Jikalau PM tidak berani melakukannya,
    sampai bila pun Malaysia akan berada ditakuk lama didalam index rasuah dunia.

    Fikir, fikirkanlah......

    ReplyDelete
  3. Sdr bERANIKAN hATI,

    Saya tertarik ungkapan sdr " SPRM ingin jadi satu badan yang benar-benar bebas dan telus, tapi setakat mana? Apakah pihak atasan tidak pernah langsung memberi tekanan dan campurtangan dalam segala siasatan ?

    Saya berpendapat bahawa disini lah punca segala masaalahnya, saya lebih tertarik dengan idea bahawa untuk menjadikan SPRM satu badan yang benar-benar bebas dan telus,

    SPRM perlu diletakkan di bawah tanggung jawab Parlimen, bukan seperti sekarang di bawah tanggung jawab JPM.

    Persoalannya, beranikah PM melepaskan SPRM dari bawah kekuasaannya kepada kuasa Parlimen.

    Jikalau PM tidak berani melakukannya,
    sampai bila pun Malaysia akan berada ditakuk lama didalam index rasuah dunia.

    Fikir, fikirkanlah......

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”