02 January, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO - TS MUHYIDDIN, RENUNGKANLAH

Manolito Mantoya - The High Chaparral





Entah kenapa tiba-tiba saya lihat ada yang tak kena dengan TS Muhyiddin. Ramai orang kata dia nampak sombong, bengis tapi kita kata tak semestinya yang kita nampak itu adalah hakikat. Lalu kita menyokong dan menerimanya sebagai orang no.2. Kita percaya dia mampu lakukan sesuatu untuk Umno dan bangsa Melayu. Namun kini kita bertanya-tanya dalam hati apakah pilihan kita ini benar? Apakah yang tak kena?

2. TS Muhyiddin ternyata cuai kerana sebagai ketua whip BN beliau gagal melaksanakan tugas dengan berkesan sehingga kerajaan hampir saja tumbang sewaktu meluluskan bajet 2010 lalu. Apakah TS tidak menduga ini akan belaku dan merasa sungguh selesa kerana menganggap rakyat semua menerima pembaharuan yang kerajaan bawa (kalau ada, tapi apa dia?)

3. Jangan salahkan sesiapa jika ada yang cuba buat spekulasi bahawa TS Muhyiddin ada agenda sendiri disebalik semua itu? Logiknya tentu ada. Apakah beliau tidak tahu kepentingan sidang pada hari berkenaan kerana undi belah bahagi akan diadakan? Apakah beliau tidak tau kesan dan apa akan terjadi apabila dalam undi belah bahagi ahli parlimen kerajaan kalah? Apakah....? Apakah ada udang disebalik batu?

4. Terdengar dipengetahuan kita bahawa hubungan beliau dengan pegawai-pegawai di kementerian kurang erat. Bahkan beliau dikhabarkan tidak mengenali lebih dekat pegawai-pegawainya dan tidak ada majlis suai-kenal antaranya dengan pegawai-pegawainya. Apakah ini berita benar? Kita harap ianya tidak benar dan alangkah malang jika keadaan ini benar-benar berlaku kerana bagaimana kerjasama sepasukan dapat dilakukan jika tidak ada hubungan erat antara mereka.

5. Banyak janji-janji manis kepada banyak pihak termasuk G7 sewaktu membantunya dulu, namun apa yang terjadi sangat mendukacitakan banyak pihak. Dikhabarkan bahawa kerana tidak mengawasi penyaringan tender-tender kontrak dibawah kementeriannya, maka kontrek-kontrek berkenaan bukan saja setakat tidak diberikan kepada mereka yang membantunya dulu, malah tidak juga diberikan kepada penjawat-penjawat dalam Umno di bahagian-bahagian, malah lebih mendukacitakan lagi adalah dengan adanya talibarut parti lawan dalam kementerian maka kontrek berkenaan diagihkan sesama mereka yang menyokong pembangkang.

6. Mungkin TS boleh pastikan nanti berapa ramai penyokong pembangkang yang menerima kontrek dibawah kementeriannya di negeri Pahang ini, bahkan dikhabarkan juga bahawa wakil calon Pas di Temerloh menerimanya sedangkan penyokong kerajaan yang memenangkan BN dan TS sendiri dulu hanya balik dengan tangan kosong.

7. Saya melihat parti lawan dengan kerjasama talibarut mereka didalam kerajaan sedang mengagihkan projek bagi meningkatkan ekonomi mereka dan kelak pada PRU13 nanti mereka sudah kukuh ekonominya untuk menentang kerajaan. Siapa yang akan membantu kerajaan kelak? Apakah kita mengharap pembangkan yang merima projek ini akan berlembut hati dan menyokong BN? Dapatkah kita penyokong kerajaan yang sudah dhaif ini memberikan sokongan atau mahukah kita yang sudah luka hati ini untuk membantu?

8. Saya bukan dari kalangan kontraktor dan tidak juga dari kalangan mereka yang berkepentingan dalam Umno. Saya menyuarakan apa yang saya dengar dan apa yang saya fikirkan. Benarlah bahawa pembangkang akan menuduh kita tidak telus kerana mereka tidak mendapat sesuatu dari kita, namun di negeri-negeri yang mereka memerintah mereka juga lakukan perkara yang sama. Jika TS tidak menanugerahkan kontrek kepada penjawat dalam Umno tidak mengapa kerana boleh juga diberikan kepada mereka yang lain asal saja jangan diberikan kepada mereka yang menentang kerajaan.

9. Jangan sampai kita berfikir: jika mahukan projek, sokonglah pembangkang kerana kerajaan akan berlembut dan mengambil hati pembangkang. Jika mahukan pembangunan, sokonglah pembangkang kerana kerajaan akan merasuah kita kita supaya kita tidak terus sokong pembangkang. Mana arah politik kita sebenarnya?



8 comments:

  1. Salam tuan..
    Hehe..kalau blog tuan background nye putih..nak je aku print pastu hantar kat bangunan Seri Pekembar pagoh..
    Trend nak jd PM atau TPM mestilah kat tempatnye YB tu menang majoriti besar atau lebih 10ribu..cthnye Parlimen Pagoh le..TSM memang disokong kuat akar umbi di kawasannya..dia sombong ke tidak..rakyat di kawasannya lebih kenal..muka serius sebab nak kejar KPI kot..janganlah terlalu ambil hati..persepsi hanya akan menutup mata hati..

    ReplyDelete
  2. Yg dipersoalkan itu juga melibatkan janjinya, kenapa alfarook tak sebut sekali? Bukan undi Pagoh saja yang membolehkan dia jadi orang no 2, tetapi 1 undi Malaysia. Kontraktor UMNO Pahang masih memendam rasa, itu sapa nak jawab?

    ReplyDelete
  3. Iye lah tuan..semoga dimurahkan rezeki oleh Allah SWT..
    Camne lah TSM boleh berjanji dengan penduduk luar kawasan undinye tu..?Betui ke tuan..?
    Kalau tender tu menyalahi tatacara perolehan..dengan TSM sekali habis lingkup tuan..bukan main2 kerja lulus tender2 ni..skang mungkin dah takde sape berani jamin2 tender tuan diterima..cepat je sprm datang..
    Lagipun tuan tahu tender ada jawatankuasa penilai..bukan semua projek menteri nak sain approve/endorse atau direct award..
    Diharapkan tuan dapat memaniskan muka..menjaga pr dengan penilai2 tender tu..yang penting tawaran harga rendah dengan kualiti kerja sebelum n selepas yang baik..selebihnye luck tuan juga lah..
    Tapi..kalo betul yang dapat tender tu pak lebai yang menyalahi tatacara perolehan..harga tak munasabah,kualiti out,banyak rasuah dan sebagainya..tuan cepat2 lah report sprm..sekian terima kasih

    ReplyDelete
  4. pemimpin2 UMNO buat apa masa puak2 kristian menang dpt gunakn nama ALLAH dlm kegiatan mrk? kenapa xkumpulkn sj kekuatan kita utk gegarkn mrk? Ape pemimpin ni buat hah!? Korg dah buta ke!? Ada ketua, tp xblh satukn kita? ada pemimpin, tp xblh suarakn kekecewaan kita? BIAR PUTIH TULANG USAH SEKALI KALI BERPUTIH MATA! Ayuh umat ISLAM, kita GEGARKN bumi MALAYSIA ini, biar BERDARAH!

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH orang PAHANG kerana
    menegur PERNAMPILAN TS MUHYUDDIN
    YASSIN.Memang muka dia dah macam
    gitu...nak cakap apa???BUKAN salah
    ibu mengandung...dah nasib badan..!
    POKOKnya yang penting ialah apa yang TS Muhyuddin dah buat untuk UMNO dan kepada nasib orang2 Melayu
    keselurohan nya....
    Kalau orang Pahang ada terasa pasal
    TS buat tak reti pasal kontrek2 kpd
    penyokong UMNO,cuba bayangkan betapa terkilan dan frustnya orang
    orang JOHOR(lebih2 lagi org MUAR),
    yang merasakan betapa TS Mahyuddin
    buat tak reti kpd PEMBANGUNAN dan
    PENAIKTARAFAN orang2 UMNO dan orang
    MELAYU Muar dan Johor selama TS memegang kuasa sebagai PEMIMPIN, Menteri Kabinet,Menteri Besar dan skrg Timbalan PM.......Kita mahu 1)melihat Muar dan bandar2 utama diJohor mempunyai ahli2 perniagaan
    MELAYU yg berjaya,mengecapi "the Malaysian Dream",memegang 30%equiti
    2)melihat dua atau lebih UNIVERSITI
    diMUAR atau menjadikn Muar sebagai
    BANDAR PELAJARAN TINGGI saperti
    Oxford atau Cambridge.Kalau Melaka
    yg cuma 30 batu jauh, bolih ada 2 atau 3 Universiti,dgn Muar ada 2 atau 3 universiti,maka MUAR-MELAKA
    bolih jadi Corridor Pelajaran Msia!
    3)Menjadikan Muar(yg dah berumur
    610 thn,sjk pendaratan PARAMESWARA)
    sebagai bandar PELANCUNGAN selaras
    dgn Bandar Bersejarah UNESCO Heritage,MALACCA.Ini adalah olih kerana MUAR banyak kesan2 sejarah yg bolih dimanafaatkan dari tahun
    1400-1950an dan seterusnya 1950-90!
    4)Memperluaskan aktiviti2 sungai Muar dan Selat Melaka dari pelbagai
    segi aktiviti sukan laut,aktiviti
    ekonomi setempat dan serantau saperti di PERTH atau Brisbane, Australia.(apa yg diketahui,Ghani Othman pegi Australia,buat lawatan
    atas duit rakyat,tapi dari 1995 habok pun takde dalam menaikkan
    taraf EKONOMI org2 Muar!!)Cuma yg ada hanyalah projek Gajah Putih, Muar Marina yg RAKYAT tak bolih guna..!!!
    5)TS Mayuddin dari Muar,YB Razali Ibrahim(Timb Menteri merakap Timb Ketua Pemuda UMNO),YB Ghani Othman,
    ADUN Sg.Mati,Menteri Besar Johor...
    dan Fuad Zakarsi(Timb Men Pelajarn)
    YB Ahmad Maslan(Penerangan UMNO)dan
    Hishammudin(Menteri KDN,VP UMNO)...
    SEMUA ni orang kuat UMNO...tapi UMNO JOHOR leka...mungkin RAKYAT akan memberikan SATU KEJUTAN PRU 13
    nanti,baru nak SEDAR...!!!Baca lah
    RAHSIA Arwah TS Mat Rahmat dalam menentukan UMNO terus kuat,jika tidak..,Sorry UMNO...Time's Up..!!!

    ReplyDelete
  6. Bolih tak sdr tukarkan bacground komen2,sdr ,yg skrg putih kepada warna yg bolih di BACA?...TQ

    Saya rasa UMNO masih relevan..kalau
    Arwah TS MAT RAMAT,bolih revivekan
    UMNO dgn modal rm 274,dan kuasa kerajaan Dr.M yg ada ketika kemelut UMNO 1987-1988,takkan lah
    UMNO Johor,melalui TS Mahyuddin tak
    bolih fikirkan SESUATU.....????

    MALAYSIA BOLEH,UMNO BOLEH,MELAYU BOLEH,tapi JANGAN Berdolak daleH.!!

    ReplyDelete
  7. Salam tuan-tuan,
    Terima kasih kerana sudia memberikan pandangan masing-masing. Kita menegur TS Muhyiddin kerana sayangkan dia dan sayangkan Umno. Dia berkuasa untuk mengubahnya. Mengenai tender/kontrek, yg kita persoalkan kenapa bukan orang Umno yg dapat? kerana adanya agihan oleh talibarut pembangkang dalam kerajaan. Itu persoalan pokoknya. Penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan tetapi menguasi kerajaan dari belakang.

    ReplyDelete
  8. Sdr dean,
    pergi ke blog beranikan hati dan keposting berkenaan dan klik di komen, komen akan keluar sebagai pop-up yg mana backgroundnya putih. bolehlah sdr potostat bnyk2 dan hntr kepejabat TSM

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”