Saya menjangka bahawa saya tidak patut peduli lagi, tetapi apabila menemui sesuatu yang dirasakan menikam hati maka saya harus terus peduli. Pada waktu saya ingin pergi – mereka seakan mengheret saya kembali kesini.
Saya menjelajah di facebook dan menemui beberapa catatan yang tidak menyenangkan hati. Kenapa mesti terjadi begini?
Saya ingin bertanya;
- Apakah hanya fb sebagai wadah perjuangan UMB Pahang? Sebesar manakah kumpulan yang mereka berinteraksi dan dapat di pengaruhi? Saya melihat hanya sekitar tak lebih 20 orang saja yang dalam kumpulan sama. Inikah kejayaan selama ini dan mampukah memenangi hati rakyat dalam PRU13 nanti dengan seramai ini dan dengan isu-isu sebegini yang tidak langsung memberi faedah kepada rakyat?
- Saya masih belum melihat kebangkitan blogger yang dibangunkan hasil kursus blog anjuran UMB dulu? Bukan memandang rendah keupayaan mereka cuma jangan menunggu terlalu lama kerana semangat pun akan ‘lembik’ dan terkulai layu. Lainlah jika kita sudah ada 'pelapik' baru. Mungkin UMB memang tidak menumpu kepada blogger kerana menganggap memadai dengan fb saja dan peranan blog tidak penting?
Secara sindiran saya sudah banyak kali bersuara sebelum ini, mengenai perlunya menumpukan kepada penggembelingan supaya blogger bergerak dengan lebih sistemetik dan lebih berkesan lagi, tetapi nampaknya 'mereka-mereka' masih tidak faham bahasa sindirian. Mungkin mereka dari species yang reti berbahasa. (bukan tak reti bahasa)
Jangan kita mencari siapa salah dan siapa benar dalam pertikaian siapa yang harus mengetuai UMB. Yang kita cari adalah kesamaan pendapat dan perpaduan bagi meneruskan apa yang kita namakan perjuangan. Pemimpin datang dan pergi, jangan taksub kepada seseorang. Kepada yang bernama pemimpin, jangan jadikan pengikut sebagai senjata dan umpan kerana kesian mereka yang masih bodoh tentang erti perjuangan.
UMB ditubuh diperingkat pusat dibawah Pergerakan Pemuda UMNO dan bukan badan induk UMNO itu sendiri. Namun bolehlah diletakkan dibawah Penerangan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan. (Perbetulkan saya jika saya salah faham atau mentafsir)
Oleh yang demikian kedua-dua pihak yang merebut untuk mengetuai UMB negeri sepatutnya pandanglah diri sendiri. Tetap dan kekal dikedudukan mereka yang sedia lebih tinggi dan hanya layak menaungi; 1) Biarkan UMB dipimpin oleh Pemuda UMNO sendiri, atau 2) Pecahkan kepada dua; seorang Datuk ketuai fb dan seorang lagi ketuai blog. (Pemimpin UMNO – dalam keadaan nazak pun masih lagi nak berebut kuasa dan nama.)
Yang masih teguh berdiri sebagai blogger mewakili Pahang masih dari kumpulan terdahulu; Warisan Pahang, Yang Gambi, YB Raz, Kembara Politik, Bengah @ Koleksi Puisi Serling, Arif Omar (Anak Pahang di Melaka), Shamsuddin Moner dan beberapa lagi. Walaupun sebagai blogger haprak (dengan izin) namun pembaca mencecah lebih dari 300 purata sehari. Andainya mereka-mereka ini dapat digabungkan menjadi satu 'force' alangkah baiknya. Tetapi sudah tentu bagi mereka yang ingin mencari nama tidak akan mempelawa blogger ini bimbangkan namanya mungkin tenggelam(?). Orang politik sentiasa dahului keperluan politik dari kepentingan sebenar. Hahaha! Jikalaulah kumpulan blogger ini diberikan perhatian, alangkah mudahnya urusan dilaksanakan.
Manakah blogger yang dilatih dari kursus UMB dulu? Bangkitlah! Tidak memadai bersuara di fb saja. Tak terbukti kejantanan hanya sesama sendiri saja. Bangkitlah. Kami ingin melihat kamu bangkit dengan gagah dan berani seperti yang kamu suarakan itu. Kalau inginkan cabaran, nah! saya mencabar!- bangkitlah jika sememangnya jantan! Saingi kami. Buat lebih baik dari kami. Kami akan gembira bila sudah ada pelapis yang lebih perkasa. Jika tidak, sila abaikan! dan genggam telur masing-masing– Huhu!
Kepada anjing-anjing yang menyalak tu, baliklah kepada tuan masing-masing. Adat anjing diberi tulang tentu akan mendiam. Bukan saya panggil mereka anjing, tetapi mereka sendiri yang mengakui mereka anjing, hehe!
Sebahagian catatan perbualan yang CnP dari facebook untuk rujukan, dan perhatikan bibit-bibit perpecahan yang disemai oleh orang tertentu:
? @ Tok Gending
~ bRAVEhEART - bukan anjing dan bukan bertuankan sesiapa!
Salam BH, pada pandangan kawan, eloklah kita sebagai orang tua (kalau boleh sebut macam tu) melihat dulu perkembangannya..... dan kalau peerlu kita beri saja pengalaman yang ada untuk mereka..... asalkan satu matlamat dan satu tujuan.....
ReplyDeleteSelama ini kita menulis kerana kesedaran diri sebagai bangsa Melayu yang perlu memberi ingatan kepada generasi muda bangsa untuk meneruskan perjuangan kita terdahulu..... bukan kerana diupah, atau mahukan sanjungan... kalau ada yang memberi perhatian alhamdulillah. Biarlah mereka meneruskan perjuangan kita semua......
Maaf kalau kawan tersilap tafsir...
apa benda ni..belum apa apa dah bergaduh sesama sendiri..
ReplyDeletebaru dalam umb, dah berebut nama dan jawatan..belum lagi kalau masuk dalam kementerian..ntah apa pulak dilobinya..
Salam YG, abg BH dh malas nk jawab tapi wakilkan utk menjawab. Tentang lihat dulu perkembangan dan beri pandangan dan pengalaman...dia tanya nak beri pada siapa? siapa dan menerima dan nak mendengar? Pemimpin kita semua dh pekak badak dan syok sendiri saja. Kata dia tk payah beri apa-apa, simpan saja dan tunggu PRU13 nanti. Ada blogger diundang untuk Konvo UMNO Pahang ni? Abg bh tanya, budak2 blogger dn fb UMB Pahang tk nak jawab ke tulisan dia ni? Dia juga suruh ketawa menganjing, keh keh keh!
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteNak kata saya setuju dalam hal ni tidak juga. Nak kata tak setuju pun tidak juga. Bagi saya, apa yang penting hala tuju atau target point yang kita mahu capai. Ke mana arah tujunya? Persoalan mengap kita menulis perlu kita soalkan. Apa tujuan kita menulis? Bukan semata-mata nak pertikaikan sesiapa, betul tak?
Kebanyakkan dari kita yang menulis ada yang menerangkan perihal yang dibangkitkan. Oleh sebab ada setengah manusia ni terang macam mana sekali pun dia masih tak nampak. Ada juga pihak yang hanya sekadar bertanya. Maka persoalan yang ditanya perlu dijawab oleh mereka yang mendabik dada mengatakan mereka pandai. Ada juga pihak menulis semata-mata untuk meluahkan apa yang dia rasa. Ikut suka hati dia la nak tulis apa pun. Penulis ini menggunakan sepenuhnya progative beliau sebagai manusia. Dia nak menulis, lantak dia la.
Pokok pangkalnya, tujuan. Manusia hidup dan dihidupkan diatas dunia ni bertujuan. Menjadi hamba kepada Allah S.W.T. Maka apa yang dilakukan hari ni, hidup dan matinya kerana Allah. Itu tujuannya. Itu matlamatnya. Kalau kita menulis semata-mata mahu mempertikaikan orang itu dan ini, maka tujuannya dah lain.
Disebabkan tujuan dah berubah maka perkara-perkara ini berlaku. Gila kuasa, gila nama, gila mengutuk orang itu dan ini. Senang cerita orang yang menulis atas sebab ini takkan ke mana.
Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat yang lain. Kembali kepada jalan yang benar dan yang diredhai Allah S.W.T. Buat la apa pun kerana Nya. Insya Allah, tidak sia-sia.
Wassalam.