Dengan sedikit lagi dorongan keberanian kita percaya pemimpin muda ini mampu lakukan sesuatu bagi perjuangkan nasib bangsa. Berikan peluang dan kepercayaan padanya.
Jarang ada pemimpin yang berani melompat setinggi ini selain KJ.
Bila saya kata pemimpin Melayu penakut, mungkin ada pemimpin kita yang marah. Tidak pun juak-juak mereka yang akan lebih marah kerana harus mengampu 'telur' pemimpin yang mereka sayangi (walaupun itu hanyalah pura-pura)
Saya melihat keberanian pemimpin Melayu memang tidak ada sejak kebelakangan ini, dan kita harus puji bahawa keberanian pemimpin Cina dan India nampak semakin ketara. Kenapa begini? Mungkin pandangan saya penuh prejudis, tapi cuba lihat pandangan seorang anak muda yang dapat melihat ini dengan mata hatinya (klik sini) dan saya lihat ada kejujurannya dalam kata-katanya yang lembut dan berhemah namun sangat dalam maksudnya.
Bila saya katakan pemimpin Melayu, ini juga kita tujukan pemimpin pembangkang juga yang sering nampak kasar dan berani mencabar terhadap sesama bangsa namun akan sentiasa tunduk dan kecut 'telur' terhadap bangsa Cina dan India.
Saya sangat sangsikan kejujuran Nik Aziz dan Pas dalam menjalin hubungan dengan UMNO kerana itu hanya gimik politik semata-mata. Namun walau bagaimanapun penyatuan ini harus direalisasikan demi survival satu bangsa bernama Melayu. Dan ini harus dilakukan segera sebelum lebih banyak lagi hak-hak bangsa Melayu terhakis kerana tolak ansur yang sangat keterlaluan.
Pemimpin-pemimpin Melayu masa kini memegang amanah bangsa dan kegagalan mereka perjuangkan bangsa dan menggadaikannya akan disumpah anak cucu kita pada masa depan. Kita perlukan pemimpin yang seperti Tun Dr. Mahathir atau Datuk Harun Idris untuk memimpin Meayu masa kini dan masa depan, pemimpin yang jelas 'ultra Malay'-nya, bukan yang tangan kanan menghunus keris dan tangan kiri memegang 'telur'.
Sebahagian dari petikan seperti di link diatas:
Betul kata Tun Dr. Mahathir, bangsa Melayu sekarang amat terhimpit dan tersepit. Hendak menyokong Umno pemimpinnya bergelumang dengan rasuah. Hendak disokong pembangkang lain pula ceritanya. Maaf jika komen saya ini dianggap perkauman, tetapi pada saya buat masa ini tidak ada satu parti politik pun yang benar-benar ikhlas berjuang untuk orang melayu seperti zaman Dato’ Onn dahulu.
(Sila klik untuk bacaan penuh dari blog MSO)
(Sila klik untuk bacaan penuh dari blog MSO)
Salam BH, kenapa jadi macam itu, kerana sekarang ini ramai Melayu yang terlalu nak kuasa dan jawatan sehingga sangup memecahkan keberanian Melayu itu sendiri..... apabila sokongan padu ditentukan oleh kaum lain, maka tidak hairanlah jika sudah hilang keberanian pemimpin Melayu yang ada......
ReplyDeleteSalam. Memang pemimpin melayu sekarang memimpin hanya utk kayaraya. tak lebih dari itu matlamat mereka.Mana mereka berani bersuara kerena semua org tau mereka hidup bergelumang dengan rasuah.Itulah kenyataannya
ReplyDelete