UMNO berjuang untuk bangsa Melayu? Itulah ritorik dan propaganda yang selalu diucapkan oleh pemimpin UMNO. Tetapi apakah hakikatnya begitu?
Saya ingin ambil kes di Jerantut sebagai contoh prihatin sangatkah pemimpin UMNO kita?
Ini mengenai tanah di Kampong Binjai, Lata Kasah. Penduduk telah mengusahakan tanah secara berkumpulan seluas 50 ekar, mulanya atas nama
Apa yang mendukacitakan adalah apabila ada antara peneroka tanah berkenaan ingin memohon secara resmi tetapi mereka telah diberitahu bahawa tanah berkenaan telah dipohon dan diluluskan kepada sebuah syarikat yang khabarnya di miliki oleh bukan bumi bagi tujuan ladang ternakan.
Kemusykilan penduduk itu adalah kenapa tanah itu tidak diluluskan kepada mereka ynag telah lama mengusahakannya? Apakah ada konspirasi atau tumbuk rusuk kerana mereka mengsyaki ini berlaku. Seperti semua maklum, pejabat tanah dan daerah memang telalu lembab menjalankan tugas sebagai kakitangan awam. Memang banyak kita dengar kes-kes dimana orang Melayu tidak mendapat layanan sewajarnya sedangkan bangsa cina diberikan layanan istimewa. Ini semua adalah berkaitan dengan rasuah.
(klik sini untuk ke blog berkenaan)
Saya masih belum jelas setakat mana kedudukan laporan berkenaan, namun sesuatu harus dilakukan oleh pihak-pihak yang mendakwa mereka berjuang untuk bangsa Melayu. Saya juga berjanji akan turun
Cuma, sekiranya laporan itu benar, maka sungguhlah menyedihkan bahawa negeri yang diperintah oleh orang Melayu sebagai kuasa mutlak tidak dapat membela bangsa Melayu sendiri. Dari segi rasionalnya, adalah patut tanah berkenaan diluluskan kepada mereka yang telah menerokanya sejak berpuluh tahun lalu. Saya difahamkan juga bahawa pokok buah-buahan yang ditanam juga sudah tumbuh besar dan berbuah. Adilkah mereka diketepikan begitu saja? Perbuatan ini tidak ubah seperti merampas harta benda mereka secara paksa. Wajarkah UMNO membiarkan ini berlaku didepan mata?
Saya menyemak keputusan pilihanraya di DUN yang kampong ini wakili, iaitu DUN Damak. Jika tidak ada calon bebas yang menjadikan pertandingan 3 penjuru, saya yakin BN yang diwakili oleh MCA telah dikalahkan sepertimana dulu dimana dikalahkan oleh Semangat 46. Saya juga menyemak dan mendapati bahawa peti undi kampong berkenaan memihak kepada pembangkang walaupun dengan majoriti kecil. Sekiranya perkara berkenaan tidak diperbetulkan, saya percaya BN akan dikalahkan dengan lebih banyak lagi di PRU13 nanti sebagai menyuarakah kemarahan rakyat.
Saya harap pihak UMNO sama ada bahagian dan bahkan negeri akan lebih peka terhadap isu ini dan mengambil tindakan susulan supaya tidak nanti akan saya malukan kerana kegagalan mereka berjuang untuk bangsa Melayu sendiri. Jika tumpuan pemimpin hanya kepada facebook, mungkin saya akan sebarkan juga isu ini di fb juga untuk makluman dan mendesak tindakan, atau sememangnya kerajaan pembangkan seperti di Perak itu lebih baik dalam membantu rakyat yang memberikan hak milik tanah sehingga 999 tahun?
Memang ini bukan kesalahan UMNO, tetapi sebagai kerajaan adalah tanggungjawab UMNO mengawalselia penjawat awam yang berkhidmat untuk kerajaan. Jangan biarkan penjawat awam lakukan sesuatu yang akan menjejaskan nama dan maruah UMNO sebagai kerajaan yang memerintah. Mmm, orang-orang besar diatas sana, boleh kah mendengar suara blogger haprak ini?
~ bh - dah turun padang dan berjuang ditengah-tengah rakyat/
Salam.
ReplyDeletePerkara begini memang biasa berlaku. Malah sudah jadi amalan sejak dulu lagi. Sikap kakitangan di pejabat tanah daerah memang menyakitkan hati terutama apabila berurusan mengenai permohonan tanah atau menyemak fail. Yg bertanggung jawab utk mencari fail hanyalah seorang "peon" dan mcm-mcm alasan dan "signal" diberi jika fail tersebut ingin diperolehi dgn cepat. Jika tak faham dgn alasan tersebut maka fail yg dicari tidak akan terjumpa. Saya sendiri mengalaminya semasa berurusan dgn pejabat tanah Temerloh sedikit masa dulu. Yg anihnya bila seorang "tauke" datang berurusan, dia dilayan spt raja dan urusan beliau cepat siap. Saya sarankan SPRM pergilah siasat bukan sahaja di Jerantut, malah disemua daerah di Pahang terutama di pejabat tanah Temerloh, Bera, Kuantan, Pekan, C Highland, Bentong.
Masaalah dipejabat tanah sebenarnya telah menjadi liabiliti kpd kerajaan BN sejak sekian lama. Hingga kini tiada tindakan diambil diatas penjawat awam yg dari kalangan ahli dan penyokong pembangkan yg telah melakukan berbagai sabotaj. Sampai bilan kerajaan boleh menanggung risiko yg amat berat ini dan ia telah berlaku sejak sekian lama.
Bertindaklah weh..Jangan dok leka dan terlalu yakin yg UMNO/BN tak boleh tumbang. Awokme pemimpin UMNO Negeri dan Bahagian jangan berlagak dan sombong. Awokme semua tak tahu apa yg deme sedang rancangkan sekarang ni.. Bangunlah weh!!
Salam. Walaupun birokrasi di pejabat tanah bukanlah kesalahan pemimpin pemimpin UMNO,tetapi rakyat tetap menyalahkan UMNO kerana keburukan yg dilakukan oleh pekerja pekerja jabatan kerajaan.Kenapa tidak di ambil tindakan terhadap pegawai pegawai kerajaan yg sengaja memburukkan UMNO? berhentikan mereka biar mereka bekerja dgn kerajaan pembangkan ajelah.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHuhh!! Lega bila ada yang bersuara dan menyatakan apa yg serupa dengan pandangan saya. Jadi jika pemimpin masih belum berusaha bertindak untuk itu, saya sudah tidak ada apa-apa yg nak dikatakan lagi. Bersedialah menerima hukuman dari rakyat bila masanya tiba nanti. Harap setuju juga dengan slogan: Rasuah adalah satu perniagaan, hehe.
Hah tu? amende tindakan demanya? Kalau duduk diatas dan tka boleh buat apa-apa, baik turun dan duduk dibawah ni jadi marhaen aje. Kome menyampah juga menengok dema buat berlagak je, bercakap berdegar-degar, membela bangsa, agama dan negara tapi habuk pun tak ada. Go to hell lah.
rasuah adalah perniagaan
ReplyDeletefuhh satu tagline yang baru hehehee
tapi memang betul kalau xde rasuah dalam perniagaan, maka payahlah nak untung hehee.
orang melayu ditindas bangsa sendiri bukan perkara baru. benda ni dah lama berlaku sejak zaman kesultanan melaka lagi.
Masaalahnya mcm mana nak hentikan?.Kita ambil tindakan kepada dua dua pihak yg memberti dan menerima.baru kita boleh mengurangkan masaalah perniagaan rasuh ni.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMasalahnya, siapa yang nak kata dia menerima dan memberi rasuah? Kita biarkanlah rasuah menjadi darah daging kita, membesarkan anak-nak kita dengan rasuah, dan agama kita pun adalah rasuah, segala2nya adalah rasuah. Kalau dicampakkan ke Neraka, bolehkah kita merasuah? Dalam Pas yang perjuangakn Islam tu pun banyak berlaku, tok guru tak sah nak soroklah sebab Allah akan tau! Pas menipu umat Islam, huhu!
kita x pyh la bising ckp pemimpin cina/india akan hapuskan hak org melayu..tapi sebenarnya org melayu yg ada dlm perkhidmatan awam, umno, pas n pkr lah yg menghancurkan banga sendiri
ReplyDeleteBingo...
ReplyDeleteazreen, bising tetap bising
ReplyDeletesalam tuan rumah.
ReplyDeletesaya baru sahaja setting list blog mengikut abjad.
harap dapat memudahkan ahli BPN utk mengemaskini list blogger BPN di blog masing2
List Blogger sangat penting utk meningkatkan lagi hits sesama kita.
bayangkan 90 blog BPN menyiarkan tajuk artikel yg kita tulis dalam sekelip mata ?
tentu ia akan lebih memberi kesan kepada perjuangan alif ba ta ini.
pembangkang sudah lama linkkan sesama mereka termasuk di tranungkite online.
kita je yang agak ketinggalan dalam bab ini.
harap dapat sokongan sahabat BPN semua..
isu dibawa oleh tuan sangat bagus.. kita kena sedarkan pemimpin yang masih lena tidur.
sebarang masalah rakyat perlu dialirkan di sungai maklumat blog kita.
teruskan menulis brave. saya doakan tuan terus diberi kekuatan menulis dengan ikhlas dan jujur demi alif ba ta.
sekian, sekadar makluman.
1Suara 1Arah 1Akidah dengan semangat 1Malaysia
memang tidak dapat dinafikan bahawa tedapat kakitangan kerajaan yang "jahat" spt apa yang diluahkan oleh Sdr ini. Tetapi sewenangnya menyalahkan Pemimpin UMNO adalah satu perkara lain yang harus difikirkan sedalamnya.
ReplyDeleteKepada UMNO pula, inilah masanya kita kena bertindak tegas dan arahkan SPRM menangkap mereka ( kakitangan) awam yang tak sedar diuntung ini. Kerana mereka hak kita sebagai anak asli Tanah ini akan habis dimakan dan dibolot oleh mereka yang bergelar pukimak itu.
Sokong bungaraya!
ReplyDelete