Keputusan PRK P.094 memang menarik dan sangat-sangat ditunggu:
pertarungan diantara Si Sombong dan Si Tamak
Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 26hb Mac, 2010 telah meneapkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang telah ditetapkan sebagai Negeri Angkat kepada 5 daerah mengundi di Zon 5 iaitu; Pertak, Empang Pecah, Kampong Baru Cina Kuala Kubu Baru, Bandar Kuala Kubu Baru dan Kampong Air Jernih.
Malam nanti 11hb April, 2010 satu majlis memperkenalkan jentera tempatan dengan keluarga angkat akan diadakan pada jam 8.30 malam ditempat-tempat yang telah ditetapkan. Hari penamaan calon bagi PRK P.094 akan diadakan pada 17hb. April, 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Komplek Sukan Kuala Kubu Bharu dan hari mengundinya adalah pada 25hb. April 2010.
Saya membaca blog Dato' Sakmongkol: Siapa Menang Di Hulu Selangor? Apa yang sangat saya tertarik adalah komen dari seorang yang menggelarkan dirinya vinnan. Sila baca komennya seperti dibawah ini:
Seratus ringgit boleh beli: 1. dua kampit beras 10kg RM36.00 2. Satu tong minyak masak RM13.35 3. Satu tong gas masak RM27.00 4. 2 ekor ayam RM24.00 Jumlah RM101.35 Hanya perlu menanbah RM1.35 sahaja kehiidupan warga emas ini akan lebih selesa. Inilah sumbangan dari kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum dan bangsa.
Saya melihat politik sebagai satu kesenian dan permainan yang sangat menarik dan matlamat akan menghalalkan segala cara. Cuma nanti kita lihat siapakah yang lebih pandai memainkan perasaan pengundi di Hulu Selangor seterusnya mendapatkan simpati dan sokongan mereka.
---------
Ada komen diblog saya dan menanyakan kenapa saya menghentam MB? Kenapa tak tanya saya sebelum ini kenapa saya menghentam juga DS Anwar Ibrahim? Dato' Zahid Hamidi, Dato' Nazri Aziz, Dato' (?) Khairi Jamaluddin? Kenapa tidak tanya?
Pemimpin juga seperti kita adalah manusia biasa, mereka juga berbuat kesilapan dan kesalahan dan tugas kita menyedarkan mereka dari kesalah yang kesilapan yang telah mereka lakukan. Ada kalangan pemimpin yang cepat sedar dan insaf manakala ada juga yang tidak pernah seedarkan diri mereka, maka itu yang sedemikian itu kita harus menyedarkan mereka berkali-kali, lagi dan lagi.
Mungkin ada yang bertanya kenapa saya harus peduli? Jawapan saya adalah; saya mesti peduli kerana pemimpin ini sedang mempertaruhkan kehidupan saya dan anak cucu saya dan mereka juga sedang membelanjakan duit saya yang sebagai sebahagian dari rakyat negeri dan negara ini, dan itu adalah hak saya. Saya juga telah terlibat dalam memilih mereka - pemimpin-pemimpin ini. Jadi kenapa tidak? Kenapa saya tidak harus peduli?
Nota:
Koi nok kabo ke aok weh, koi akan terus menulis kerana ande yang masih suke mendengo dan nak tau kisah-kisah begini. Jadi kalau aok rasa aok nok menekan koi dan buatkan koi berenti menulis, koi rase aok silap perhitungan.
BH,
ReplyDeleteSudah lah tu. Posting yang baik je. Bangkit sampai anak cucu, bimbang ye. Dulu bagaimana, mu juga menjilat. Kalau tak dipeduli, merajuk. MB kamu tu banyak jasa nya, dia yang dulu mengadakan beri sumbangan kepada anak negeri mu masuk pengajian tinggi dan bantuan kepada oku dan miskin dsb nya, selangor dan PP tiru model beliau. Itu fakta kan.
syabas kau semakin berani menegur demi kebenaran.....tegur kl;u yg tak betul....tapi bukan memfitnah....u are a braveheart.....
ReplyDelete