21 April, 2010

Hangat: Zaid akan tarik diri akibat desakan

Kita minum dulu, yamseng! cheers! skoll!



Zaid telah dibuktikan bahawa beliau adalah seorang 'kaki botol', 'kaki kuda', 'kaki judi', 'kaki putar' dan banyak lagi yang sampai kita dah malas nak ceritakan disini. Banyak pihak telah mencabar dan berani memberikan bukti terhadap segala dakwaan berkenaan adalah benar.

Akibat tekanan hebat itu terutama dari kalangan blogger, tidak mustahil Zaid Ibrahim calon PKR di PRK094 Hulu Selangor akan mengikut jejak calon bebas menarik diri jika beliau terus didesak. Justru, para blogger dan semua pihak harus terus memberikan desakan supaya beliau akan tunduk dan mengalah.


HULU SELANGOR, 19 April (Bernama) -- Bekas Naib Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Chandran, 56, menyerahkan surat menarik diri kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Beliau, yang digantung keanggotaan selama setahun oleh MIC, berkata akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil itu.
(Baca lanjut disini)


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukan dalang terhadap tindakan dua calon Bebas menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata tidak wujud "permainan" atau taktik sedemikian dalam BN.
Malahan sebelum ini BN sendiri tidak tahu siapa calon lain yang berminat bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana mereka hanya memberikan tumpuan kepada calon BN sahaja, katanya pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari Selasa.
Semalam dua calon Bebas V.S Chandran, bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor dan Johan Md Diah yang juga anggota jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Shahrizat juga berkata jentera pilihan raya Wanita BN akan mempergiatkan kempen untuk calon BN P.Kamalanathan yang akan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.
"Kehebatan pergerakan Wanita Umno berkempen secara berhemah juga menyebabkan Wanita PKR turut meniru cara Wanita Umno berkempen," kata beliau.
- BERNAMA




3 comments:

  1. salam BH?

    Zaid juga menarik kudanya dari berlumba untuk judi sebaliknya hanya menyediakan kuda itu untuk membuat persembahan di mana2 Fun Fair n Lovely berdekatan Kelantan dan sejiran dengannya he he he...ah ah ahkz

    ReplyDelete
  2. Ya, Zahid kaki kuda akan menarik kudanya dari berlumba dan Zahid yg juga kaki botol kini akan juga menarik botolnya, tetapi lebih rapat untuk memudahkan dia yamseng! kehkehkeh, Bertuah PKR dapat calon macam ni.

    ReplyDelete
  3. TU LA PASAL SAPE SURUH JADI PAK TURUT SI NUAR BRAHI..SEKARANG NI BLOGGER UPAHAN PAS DAN PKR PUN DAH TAK TAHAN OOO..TENGOK LAH KAT PERISIK RAKYAT TU SAMPAI KOREK KISAH ARWAH TUANKU ABD RAHMAN...ISU MEREKA DAH TAKDE SO DIOSEBABKAN NAK KAN UPAH..KENA LAA MEMPERTAHANKAN DIRI..DULU HEBAT SANGAT DIAORANG NI TEMBAK PELURU KEPADA KERAJAAN SEKARANG APA RASA...PEDIH KUT..

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”