Ini baru namanya berani berjuang
Setelah mati pun bangsa Melayu tidak akan memalukan bangsanya sendiri
- Tok Janggut di Kelantan
Malaysia, dulunya Malaya dan sebelum itu Tanah Melayu. Apa lagi yang hendak mereka pertikaikan? Malaysia adalah bumi orang-orang Melayu dan kita adalah tuan dibumi ini. Sama ada kita perjuangkan dan pertahankan hak-hak orang Melayu atau tidak, Malaysia tetap bumi, tanah dan negara bagi sebuah bangsa bernama Melayu.
Baru-baru ini penasihat sebuah parti rasis 'ultra kiasu' mencabar TPM meletakkan jawatan jika gagal dalam membuktikan pendiriannya sebagai 'Malaysia Pertama dan Melayu kedua'. Yang kita dapat pastikan adalah sikap bangsa itu hanya untuk melemahkan dan manjatuhkan moral bangsa Melayu. Mereka ingin melihat Melayu lemah dan sentiasa berada dibawah tapak kaki mereka.
Malang bagi kita adalah kita sudah kekurangan pemimpin yang benar-benar berani memperjuangkan bangsa Melayu. Kita harus mencari semula dan mendapatkan semangat pejuang terdahulu sepertimana Dato' Harun Idris. Kita tertanya-tanya siapakah yang boleh kita angkatkan sebagai pejuang bangsa Melayu?
Yang ada dan kononnya memperjuangkan bahasa Melayu ramai, tetapi sebenarnya mereka itu hanya pengecut yang bersembunyi disebalik topeng dan ada niat lain yang tersembunyi. Kalaulah mereka itu sebenarnya berani dan jujur, mereka harus tampil dan perjuangkan bangsa Melayu dahulu kerana jika bangsa Melayu telah gagah maka bahasa Melayu tentu tidak akan hilang didunia. Jika bangsa tidak dipertahankan, bagaimana bahasa hendak berkembang?
Saya melihat PERKASA menuju kearah itu, namun segalanya harus dilakukan dengan lebih tegas dan berani. Kita juga sudah melihat ada usaha untuk memusnahkan PERKASA oleh bangsa lain kerana bimbangkan perkasa menjadi pejuang bangsa Melayu, namun kita lebih dukacita lagi apabila bangsa Melayu sendiri diperalatkan oleh bangsa lain cuba memushankan impian bangsa kita untuk melihat PERKASA menjadi wadah perjuangan bangsa.
Sebuah bangsa bernama Melayu, harus lebih berani berdiri ditengah gelanggang dan berani menghunui keris ke udara, dan tidak akan memohon maaf kerana keberaniaan itu.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”