18 April, 2010

PRK094, PENGUNDI TAU NAK PILIH SIAPA!

Satu Poster yang tidak akan kita lupakan selamanya


Bukan main marah nampaknya 'budak-budak kencing bercabang' tu pada bRAVEhEART, hehehe! Lagi marah lagu aku suka, huhu! Bermakna minda dia telah dipengaruhi. Bagus!, bagus! Kalau menyokong Pas dan PKR tu, eloklah berubah kepada BN dan UMNO. Tak salah kalau berubah dan tak malu pun kalau terpaksa berubah. Tidak-tidak pun ingat dan kenanglah jasa BN dan UMNO selama ini. Biasiswa dah bayar? Opppp!! Hehe!

Hari ini Ahad, cuti. Jadi malas cakap banyak. Tapi masih tentang Hulu Selangor sebab cerita itu masih panas dan sedang panas. Karipap pun orang nak makan yang panas-panas, hehe! Karipap........teringat pada 'Mokhtar', 'Are you OK?', Hehe!

Ni saya nak 'link'kan blog sahabat saya 'Marahku'. Dia ni memang selalu marah-marah dan sentiasa marah. Semasa kami bertemu di Jengka dulu, dia dan Parpukari bukan main marahkan 'Tun Faisal' mengenai suatu hal.

Pada hari penamaan calon ada 4 calon yang sah bertanding dalam PRK094 berkenaan. Antaranya adalah P.Kamalanathan (MIC/BN), Zaid Ibrahim (PKR), VS Chandran dan Johan Mat Diah (Bebas).

Apakah alasan kita untuk memilih? Parti? Bangsa dan Agama? Anak Tempatan? Hmmm! Mari kita fikirkan.

Kalau pilih parti, parti yang telah berjasa selama lebih 50 tahun kepada mak bapak kita dan kita sendiri adalah BN/MIC. Jadi kita pilihlah P.Kamalanathan.

Kalau pilih Bangsa dan Agama, Johan Mat Diah mungkin lebih baik dari Zaid Ibrahim yang dah banyak dosa politiknya (dan dosa-dosa lainnya juga) . (Klik baca sini) dan (sini)

Kalau pilih anak tempatan 3 calon adalah anak tempatan kecuali Zain Ibrahim, jadi jangan pilih Zaib Ibrahim kerana dia bukan anak tempatan.

Konklusinya; pilihlah P.Kamalanathan kerana; 1) Beliau dari parti BN/MIC yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan parti yang menyakinkan dalam memberikan perkhidmatan dan pembangunan mampan kepada rakyat dan negara. 2) Walaupun beliau beragama Hindu (?), namun mungkin dia berpegang teguh kepada Agamanya dan dalam Agamanya tidak menyalahkan meminum minuman keras sedangkan calon yang seorang itu walaupun beragama Islam tetapi khabarnya tidaklah terlalu teguh berpegang ditali Allah. 3) Beliau adalah anak tempatan yang hati dan jiwanya berjuang untuk masyarakat setempat kerana perjuangan itu juga adalah untuk ibu-bapanya serta sanak saudaranya sendiri.

Hari Ahad, selamat berhari minggu dan rehat-rehatkan fikiran. Cuti-cuti Satu Malaysia.

6 comments:

  1. kalau saya.saya pilih sdr,sbb fakta dan bukan auta....selamat berehat dihujung minggu....
    salam.....z e z a

    ReplyDelete
  2. bro, kamal tu bukan anak tempatan la...cuba cek balik..sbb tu MIC baru2 ni perlekeh TPM sebab calonkan bukan anak temapatan sepertimana yg dilaporkan sebelum tu.....

    *edit balik bro, takut puak2 pakatn rabak attack kita balik...

    ReplyDelete
  3. Bro BeraniHati,

    Apa Bro cakap itu benar, itu hak Bro. Sama ada terima atau sebagai nya hak pembaca lah pulah. Pelayar perlu tanya dan evaluasi pandangan Bro itu dengan menanya jantunghati: What?,,why? and for whom?, and what would i get?.

    Bro, setahu aku biasiswa tak perlu bayar. Pinjaman yang kena bayar.
    Parti dan rakyat sama berbudi. jadi 0-0 lah. Bro, tak bayar income tax, cukai tanah dan cukai pintu ke?....

    Bro, betul, mohon jadi ahli pun susah nak lulus....borang hilang.

    huhu... itu bunyi siamang di waktu pagi. hahaha.......hehe..

    TQ

    ReplyDelete
  4. blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

    Anda dijemput menggunakan logo e-Direktori untuk diletakkan di blog anda (sekiranya sudi)

    ReplyDelete
  5. Anon 1:47, awak terasa? Tu lah, siapa makan cili dia rasa pedas. Huhu tu bunyi siamang? Hahaha hehe yang awak buat tu mcm bunyi dari Rumah Sakit Mental, bila awak keluar? Dah sihat ke?

    ReplyDelete
  6. salam. aku dah tak kisah dan tak nak kisah pun sapa yg menang di ulu selangor nanti.Sebab sama aje sapa pun yg menang.kalau tak setan yg menang iblis pulak yg manang. so sama aje.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”