31 May, 2010

PEMIMPIN UMNO (PAHANG) MEMANG ENGGAN BERUBAH?

Sila lawati aggregator blog Suara Anak Pahang (klik sini)





Posting kali ini memberi respon kepada posting di blog House PK; Pendedahan Panas - Bila UMNO akan berubah.

Saya berpendapat bukan hanya sebilangan kecil itu saja yang menyuarakan perlunya UMNO betul-betul berubah. Sebenarnya orang-orang Melayu sayangkan UMNO dan hendak UMNO berubah dengan seberapa segera. Tetapi siapakah didalam UMNO yang inginkan perubahan itu?

Memang Presiden UMNO dan Timbalan Presiden inginkan perubahan. Mungkin juga semua Ahli Majlis Tertinggi juga inginkan perubahan itu. Tetapi hasrat ingin berubah itu semakin kebawah semakin mengurang. Diperingkat negeri, bahagian dan cawangan segala keinginan untuk berubah itu tidak lagi terasa, malahan saya merasakan bahawa diperingkat cawangan mereka tidak langsung merasakan apakah keperluan terhadap perubahan itu.

Pemimpin di peringkat negeri dan bahagian bimbangkan perubahan itu akan memberi makna mereka akan digantikan dengan pemimpin lain. Kerana itu mereka menyekat hasrat ingin berubah itu dari sampai keperingkat bahagian dan cawangan.

Baru-baru ini, setelah hampir 6 tahun tidak menyertai perhimpunan agung UMNO cawangan, maka buat pertama kalinya saya kuatkan hati untuk menyertainya, apa yang saya lihat kehadirannya hampir 50% kurang dari sewaktu saya aktif dahulu. Kenapa ini berlaku?

Pertama adalah kerana sikap ketua UMNO cawangan serta AJKnya sendiri. Mereka ingin kekal menjadi AJK dan terutama sekali sebagai perwakilan ke bahagian (kerana disana mereka akan dibeli/ini berdasarkan sistem mesyuarat terdahulu). Oleh yang demikian mereka tidak akan mengedarkan notis mesyuarat kepada individu yang mereka rasakan akan mencabar mampu jawatan mereka.

Kedua mereka sudah tidak ada semangat dan kesungguhan untuk menambah bilangan ahli UMNO mungkin juga sebab alasan diatas tadi. Mereka akan meminggirkan golongan yang dirasakan cerdik pandai dan mereka juga tidak bersungguh-sungguh mengajak mereka yang kelihatan cenderung kearah parti lain sedangkan ahli parti Pas umpamanya akan bersungguh-sungguh meng-Pas -kan ahli UMNO. Kita mungkin masih memandang remeh dan merendahkan keupayaan parti lain.

Ketiga, kebencian masyarakat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat cawangan dan bahagian sudah tidak mampu ditahankan. Mereka kelihatan merebut jawatan bukan lagi untuk berkhidmat tetapi hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja. Kebanyakan mereka dalam kumpuan ini bukanlah menyokong parti lawan tetapi akan rela mengundi parti lawan sebagai tindakan protes.

Sikap pemimpin UMNO masih tidak berubah. Mereka masih enggan mendengar suara rakyat dan mereka masih utamakan kroni mereka sendiri saja.

Isu lain yang ingin saya bawakan sebagai tanda keegoan pemimpin UMNO ini. Ini berkenaan dengan golongan pertama blogger pro kerajaan di Pahang. Saya telah suarakan perkara ini berkali-kali namun kebebalan mereka membuatkan hati mereka sepi dan mati.

Baca disini. Lupakan Braveheart kerana BH boleh dianggap pembangkang dalam kerajaan. Tetapi kenapa Sri Tri Buana, Warisan Pahang, Aku Yang Gambi yang juga generasi pertama blogger Pahang tidak juga diundang? Apa kekurangan dan kesalahan mereka? Apakah mereka bukan ahli UMNO? Salah mereka adalah mereka bukan kroni seseorang dalam UMB dan penerangan UMNO Pahang.

Soalnya manakah blog-blog dari UMB Pahang yang setaraf dengan blogger Pahang yang saya sebutkan tadi? Dari segi komitmennya dan keupayaan mereka menarik bilangan pembaca? Janganlah ketam bermimpi untuk mengajar anaknya berjalan lurus jika dia pun masih berjalan bengkok. Blog 'Small Talk' dah 4 bulan tidak di update, tidak hairanlah nanti jika blog-blog dari UMB Pahang juga akan beku dan kaku. Kehkehkeh! pemimpin UMNO bukan jujur untuk berubah.

3 comments:

  1. Kebanyakan pemimpin UMNO ego mereka amat tebal dan meninggi. Mereka ini tidak pernah sedar dan insaf betapa runcingnya kedudukan UMNO sekarang. Rata-rata oranag ramai membenci UMNO kerana sikap pemimpin-pemimpinnya dari atas sampai bawah. Mereka yg benci dan meluat pada UMNO ni bukan sahaja dari parti lawan malah dari kalangan ahli sendiri pun dah mula benci dan meluat pd UMNO.
    Bila sebut pasal UMNO, persepsi masyarakat amatlah negatif. Mereka memandang pemimpin UMNO ini hanya mementingkan diri sendir dan kroni atau kuncu-kuncu mereka sahaja. Penyakit UMNO ini telah lama berlarutan sehingga tidak boleh dibendung lagi.
    Sikap segelintir pemimpin UMNO yg tidak mementingkan rakyat dan tidak ingin utk berkhidmat pada rakyat bukanlah satu perkara yg luar biasa lagi. Secara khususnya pada pemimpin-pemimpin UMNO Pahang dimana bossnya yg diperingkat negeri dilihat amat pasif dan tidak peka terhadap perkembangan politik pihak lawan. Mereka ini masih ego dan terlalu yakin yg rakyat akan terus menyokong dan mengundi UMNO/BN pada PRU13 nanti. Pemimpin-pemimpin di negeri, bahagian dan cawangan masih lagi syok sendiri dan tidur nyenyak dengan mimpi indah dan angan-angan mereka utk terus memegang dan mengekalkan jawatan masing-masing agar mereka akan terus dapat habuan dan mengaut projek-projek dan kawasan hutan balak..
    Sehinggap kini saya pun tidak tahu samaada mesyuarat cawangan telah diadakan atau tidak. Spt yg dikatakan oleh BH, surat notis utk mesyuarat cawangan mungkin tidak diedarkan pada mereka yg dianggap akan menggugat kedudukan ketua dan ajk sekarang. Saya mungkin salah seorang mangsa mereka.
    Jadi, saya ingin bertanya; jika perkara dan perbuatan ini berlarutan, akan bertambahkan kebencian pd UMNO dpd ahli-ahlinya sendiri? macamana dan bagaimana hendak pertahankan parti jika jauh dilubuk hati sudah ada rasa kebencian sedemikian rupa?
    Percayalah, bukan saya seorang saja yg mengalami keadaan begini. Ramai lagi..dan kita kena ingat, kalah dgn 1 (satu) undi pun dikira kalah juga dlm sistem dan amalan demokrasi..undi siapakah yg 1 (satu) ini yg telah mengalahkan UMNO/BN dan memenangkan parti lawan? sama-samalah kita renung dan fikirkan......

    ReplyDelete
  2. Salam Anon,
    akhirnya kata saya bersahut. Memang itu hakikatnya. jika saya bersendirian tentu saya akan dianggap sebagai penentang atau hanya kerana tidak puashati kerana tidak mendapat apa-apa dari kerajaan, tetapi inilah hakikatnya. UMNO semakin mengecil dan akhirnya bapak jadi ketua cawangan, mak ketua wanita, anak jadi ketua pemuda dan anak perempuan jadi ketua puteri. jadilah umno parti sekeluarga. pemimpin kita sedar dan tau itu tetapi mereka jenis bebal dan tidak mahu bertindak kerana mereka rasa selamat dalam keadaan ini. Saya sudah tidak pasti sama ada saya masih UMNO atau tidak? Jika saya ambil keputusan tidak nanti maka dalam PRU13 saya akan tentang UMNO habis-habisan, bukan UMNO itu sendiri tetapi kerana pemimpin itu yang kita benci.

    ReplyDelete
  3. Kita bersuara kerana kita sayangkan UMNO. Kita mengkritik kerana kita mahukan UMNO berubah ke arah lebih baik agar mendapat tempat di hati rakyat.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”