sekadar pembacaan,
sebuah sajak mengenai Pilihan Raya Kecil
yang diambil dari sebuah laman blog yang tidak menulis khusus tentang politik
namun sesekali ia memberikan pandangan yang baik
tentang kehidupan ini
YAB Perdana Menteri,
kadang-kadang kami ternanti-nanti
bila pula YB kami akan mati
biar ada PRK lagi
kami akan dapat YB yang baru
serta peruntukan dan projek
beratus-ratus juta ringgit
YAB Perdana Menteri,
tiap kali ada PRK
2 lembu akan berlaga
kami tak peduli yang mana menang
yang mana tumbang
kerana 2 pihak akan bertelanjang
sama-sama saling menikam belakang
YAB Perdana Menteri,
sebenarnya siapa calon kami tak peduli
yang kami kehendaki
duit dari langit jatuh ke bumi
dapatlah kami turut menikmati
segalanya sebagai rezeki
apa yang disebut limpahan ekonomi
YAB Perdana Menteri,
harap-harap tak lama lagi
YB kami pula akan mati
harap janganlah lambat sangat
bimbang juga kami tak sempat
kalau usia kami yang singkat
kerana kami pun hendak merasa
bagaimana marhaen dilayan bagai raja
Kalau wakil rakyat di sesuatu kawasan berkhidmat dengan baik, sudah tentu rakyat tidak akan berfikir sebegitu rupa.
ReplyDeleteOleh itu, BN haruslah memastikan semua wakil rakyat BN menjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan pengundi.
Illuminati:Banking and money group.
terima kasih wake up, begitulah hendaknya. kerajaan juga harus adil dalam memberikan sesuatu kepada rakyat jangan sehingga rakyat menganggap bahawa adalah lebih beruntung jika wakil rakyatnya mati dan prk diadakan lagi bagi mereka mendapat imbuhan dari kerajaan kerana ingin meraih undi.
ReplyDelete