Baca sebahagian dari posting di blog berkenaan atau klik disini.
Kumpulan DUN Damak @ 'Damak' yang diketuai 'Godfather', selama ini tidak pernah memberikan perhatian kepada KW nampaknya sejak kebelakangan ini sudah selalu menjeling-jeling, bermain-mata dan bertegur-sapa. 'Penghulu Abai' yang tidak pernah ke pejabat KW dulu, sekarang ini sudah rajin melawat dan macam nak berumah-tangga disitu. 'Godfather' nampaknya sedang menggerakkan jenteranya. 'Batin Garuk' juga nampaknya sudah sedia menggalas sumpit untuk berjuang. 'Panglima Hitam' juga turut membantu, dia ni orang kuat dalam belia 4B dulu. Sekarang ni dah tak ada apa-apa jawatan selain dari melukut ditepi gantang.
Buat masa ini sasarannya adalah kepada mereka yang cubamemancas KW. 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' harus sudah membaca gerak itu dan sepatutnya sudah bersedia bertindak balas. Sarang tebuan kenapa dijolok? 'Wanita kedua' juga selalu terlibat dalam operasi memancas KW oleh 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' ini pun patut bersedia untuk menerima balasan, atau cepat-cepatlah berpaling kebelakang dan mohon ampun dari KW sebelum dipergunakan lebih banyak lagi pihak musuh. Saya rasa masih ada waktu untuk berpaling bagi 'Wanita kedua' ini.
Kepada pemimpin yang pekak dan bisu: Wahai pemimpin-pemimpin semua, rakyat telah bersuara dengan suara mereka sendiri, dengarlah kerana jika suara mereka tidak didengari dan teguran mereka tidak diendahkan maka mereka akan MARAH. Mereka mampu lakukan sesuatu yang pemimpin semua tidak mampu menduganya selama ini. Mereka mampu mengubah segalanya seperti yang mereka mahukan bila rasa hormat kepada pemimpin sudah hilang.
Sdra BH,
ReplyDeleteAda lagi sekarang ini, rumah berdinding buloh, masih lagi keadaan tahun 60 an saja. Yang ada dinding seperti itu adalah hiasan di Restoran . Kalau masih ada seperti itu, maka pemimpin atau wakil rakyat tempat itu kena ambil perhatian dan tindakan segera kerana bahaya terbakar lebih lagi di musim panas ini. Nanti Wakil Rakyat terbakar sekali akibat rakyat tak ndak beri undi lagi, heheeeee.......Panas hati wakil rakyat tidak jadi hal tapi panas hati rakyat jadi hal. Apa macam uRag dRulug?,
Tk
Terbakar kampong nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tau? - hehe, karam sing wallia lebih peka dn prihatin dari pemimpin kita nampaknya
ReplyDeletekita bakar, jgn tk bakar...hati rakyat dh lama terbakar..
ReplyDelete