11 June, 2010

PARLIMEN DAN BEBERAPA DUN DI JERANTUT AKAN DIRAMPAS PEMBANGKANG

Mungkin kita menganggap ini satu kebodohan melampau apabila sanggup baring bagaikan lembu dijalanan, namun ketaksuban ini adalah kekuatan mereka. Berapa penyokong UMNO yang masih sanggup lakukan sedemikian untuk parti?


Membaca posting SPU semalam sangat menarik dan menyedarkan kita tentang usaha-usaha musuh kita. Mereka sedang berkerja keras ketika kita masih tidur lena dan hangat dalam 'pelukan'.

Saya tidak menganggap pandangan politik itu sesuatu yang mustahil terutama sekali sekiranya kita masih tidak melakukan apa-apa tindakan menentang dan mempertahankannya.

Parlimen Jerantut dan beberapa lagi DUNnya tidak mustahil akan jatuh ketangan pembangkang. Baca posting penuh blog SPU dibawah ini atau klik (sini) ke blog asal. Harapan kita agar UMNO cepat-cepat sedar diri dan lakukan perubahan. Jangan kita lakukan kesilapan dalam berfikir dan menganggap bahawa keruntuhan PKR akan membuatkan penyokongnya lari dan menyokong UMNO. Jangan gunakan teori matametik fizik atau kimia kerana dalam pilihanraya kita gunakan teori 'menambat hati'.


Pertemuan demi pertemuan telah diadakan oleh Pas / PR di Jerantut. Sewaktu UMNO Pahang adakan konvensyen di Bandar Pusat Jengka, Pas pula mengadakan Konvensyen Peneroka di KIAS Temin, Jerantut. Program ini dihadiri beberapa tokoh besar pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim serta beberapa tokoh ternama lainnya

Terbaru, Mat Sabu orang yang bertanggung jawab memberi nama gelaran Al-Juburi kepada DS Anwar Ibrahim juga datang. Soalnya kenapa mereka kerap datang ke Jerantut? Dan apakah kita UMNO peduli?


Sila lihat keputusan PRU12 lalu dibawah ini:


P81 - Parlimen Jerantut

UMNO - 19,543

Pas - 17,597

Majoriti - 1,946


N9 - Tahan

UMNO - 5,112

Pas - 3,755

Majoriti - 1,357


N10 - Damak

MCA - 5,674

PKR - 5,165

Bebas - 3,295

Majoriti – 509


N11 - Pulau Tawar

UMNO - 8,720

Pas - 5,426

Majoriti - 3,294


Berdasarkan keputusan PRU12 lalu, PR merasakan bahawa harapan untuk merampas kerusi sama ada Parlimen atau pun DUN adalah semakin cerah. Majoriti kemenangan bagi Parlimen hanyalah 1,946 manakala DUN Tahan hanya 1,357. DUN Damak terselamat dalam PRU lalu hanya kerana adanya calon bebas yang mampu meraih 3,295 undi, jika tidak kita akan dapat saksikan calon Melayu akan menduduki kerusi DUN berkenaan. Pulau Tawar menang lega dengan majoriti 3,294 undi.


Dari selepas PRU12 sehingga hari ini apakah yang berkesan yang kita rasakan telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Jerantut untuk mengembalikan undi rakyat? Perkara yang sungguh kecil sekali adalah menyediakan blog bagi menyebarkan maklumat mengenai program dana aktiviti yang dijalankan juga tidak mampu dilakukan oleh UMNO Jerantut. Apa lagi yang UMNO Jerantut mampu lakukan selain dari itu? Maaf, tapi inilah kenyataannya dan yang nampak masih berkerja dan mengadakan aktiviti hanyalah Wanita UMNO. Saya bukan pro pada satu-satu pihak, saya pro kepada UMNO keseluruhannya namun saya bukan yes man. Saya akan menegur mana yang perlu bagi membantu memperkasakan UMNO Jerantut.


Dengan kemenangan majoriti lebih kurang 3,000 undi kebawah apakah kita boleh berpuas hati? Malahan kita masih bercakaran sesama sendiri. Masih ingat apa yang SPU bongkar dahulu dimana adanya usaha untuk memancas KW oleh pihak tertentu. Apakah ini tradisi UMNO? Apakah akan bertambah kuat kita apabila kita semakin berpecah belah?


Maaf sekali lagi bila saya katakan kita tidak sayangkan UMNO. Kita tidak memperkasakan UMNO sebaliknya kita hanya berusaha untuk memperkasamkan bahkan ada yang memperkosakan UMNO ini. Berapa ramai ahli baru yang dapat kita tambah selama ini? Mana aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO? UMNO lebih gagah dibawah bekas Ketua Pemuda yang lalu.


Tidak mustahil pada PRU13 nanti kita hanya akan berputih mata jika masih tidak ada usaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Apakah sumbangan AJK UMNO Bahagian untuk membantu Ketua Bahagian? Nampaknya mereka hanya inginkan jawatan bukannya berjuang untuk parti atau Agama, bangsa dan negara seperti yang selalu mereka sebutkan itu. Mudah-mudahan dalam pemilihan akan datang kita mampu memilih mereka yang jujur dan benar-benar ikhlas untuk berkhidmat bukannya kerana harapkan ‘rasuah’ yang mereka berikan.


Saya melihat UMNO semakin hari semakin hancur. Golongan mudah sudah tidak lagi memandang kepada UMNO. Pada mereka UMNO dan pemimpinnya hanyalah layak dihantar ke pusat pelupusan untuk dilupuskan terus.


1 comment:

  1. Nampak logik...

    Tapi tajuk salah lah Bro....tertinggal "di"

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”