15 June, 2010

PAS MENGHANCURKAN ISLAM DAN POLITIK MELAYU





Kota Bharu 13 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kerjasama parti itu dengan bukan Islam diizinkan oleh syarak. Sebaliknya, kerjasama UMNO melalui Barisan Nasional (BN) pula dianggap menggadaikan prinsip dan akhlak serta tidak boleh dijadikan contoh dalam menonjolkan Islam kepada penganut agama lain.

Beliau juga mendakwa apa yang dibuat dan dihayati oleh Pas hari ini adalah berdasarkan al-Quraan, sunnah Rasulullah, muzakarah para ulama dan kitab-kitab usul penting dalam ajaran Islam serta melalui perbincangan politik. 'Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) berdasarkan Islam dan konsep Islam yang diperjuangkan oleh Pas, tidak sama dengan kerjasama UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

"Kerjasama kita dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang diizinkan syarak. Kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang menggadaikan prinsip dan akhlak dan tiddak boleh menjadi contoh kepada orang bukan Islam", katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-56 disini hari ini (13hb Jun 2010)

Komen BH:
Lagi sendiwara semasa Pas, apa yang Pas buat HALAL dan apa yang sama yang UMNO buat hukumnya HARAM, pemimpin Pas masih permainkan Islam mengikut kehendaknya.




3 comments:

  1. Kalau tanya hj hadi ngan nik aziz sembahyang dua imam ini pun ikut syarak

    ReplyDelete
  2. Ya,ya, asal Pas yang mulakan pasti ianya mengikut syarak dan hukum agama..masyukkkkkk

    ReplyDelete
  3. dalam prkara ni bukan pas yg lebih tepat ialah n ajis

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”