Makan-makan rakan media baru blogger UMB Pahang
Terbaru, laman blog Neutral Daily menulis 'UMNO Selangor di hentam Blogger' Klik sini
Suara Prihatin UMNO Jerantut menyindir rakan media baru Pahang, klik sini
Blogger adalah sebahagian dari rakyat. Walaupun tidak semua pendapat blogger itu benar namun itulah sebahagian dari kebenaran suara akar umbi yang selalu pemimpin kata ingin dengari. Malangnya dasar pemimpin kita adalah mereka hanya ingin mendengar sesuatu yang menggembirakan mereka semata-mata. Mereka hanya ingin didendangkan dengan lagu yang mereka gemari dan akan menutup telinga pada lagu yang bukan mereka minati. Dalam kata lain pemimpin juga bukan terlalu telus, malahan kebanyakan darinya adalah 'bolos' dan 'lobos'.
UMNO masih mengamal dasar yang sama juga, iaitu dasar pengasingan. Mana-mana yang bernada tidak sehaluan dengan mereka akan mereka cap sebagai' disebelah sana' dan tidak akan dipedulikan. Mana-mana yang bersuara menentang akan dipancas untuk pastikan mereka tetap gagah, mungkin mereka gagah seketika namun bila terpaksa berhadapan dengan ramai maka mereka akan kalah kerana jumlah mereka semakin mengecil. Ini yang selalu terjadi dalam UMNO dimana-mana sekali pun.
Apakah UMB Pahang mengamal dasar yang sama dalam melayan blogger di Pahang? Mungkin pemimpin masih belum benar-benar faham mengenai peranan media sosial terutamanya blog dan facebook terhadap masyarakat masa kini. Mungkin mereka memandang remeh keupayaan blogger dan pengamal media sosial yang lainnya, cuma apabila Pahang dikalahkan oleh pembangkang seperti di Selangor dan Perak nanti barulah mereka benar-benar faham, gamaknya lah!
Saya tidak melihat ada usaha secara bersungguh-sungguh untuk 'memonitorkan' pengamal media sosial di Pahang selama ini dan saya juga masih belum melihat impak dari peranan UMB Pahang itu sendiri. Mungkin, selepas PRU13 nanti apabila Pahang seperti Perak, apabila kita lebih insaf dan sedar diri bahawa kuasa rakyat mengatasi segalanya dalam PRU nanti.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”