Bangga rasanya apabila dijemput menyertai ‘Asian Bloggers & Social Media Conference 2010’ pada 28 dan 29hb di Berjaya Time Square Hotel, KL.
Kira-kira 400 peserta dianggarkan hadir dimana ucaptamanya telah dilakukan oleh Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bukanlah terlalu besar harapan kami selaku blogger pro/mesra kerajaan, hanya sekadar dihormati seadanya dan dihargai apa yang kami lakukan bagi membantu dan menyokong kerajaan selama ini.
Namun dikebanyakan negeri (termasuk Pahang), kerajaan masih tidak menghargai langsung peranan yang dimainkan oleh para blogger selaku penggerak dan pengamal media sosial.
Bukan saja para blogger tidak dihargai, bahkan kami juga dikhianti apabila ada pihak hanya mengambil kesempatan diatas hasil usaha kami namun membiarkan kami begitu saja dengan janji-janji palsu mereka.
Di Pulau Pinang, blogger penyokong kerajaan dianugerahi dengan pingat PJK manakala kerajaan Selangor mengumumkan akan memperuntukan sejumlah RM15 juta kepada penggerak media sosialnya bagi menentang kerajaan BN.
Apa pula yang kerajaan BN berikan kepada blogger pro kerajaannya? Tahi hidung masin?
-------------------------------------
Dalam ucaptamanya, Tun antara lain menyatakan;
Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran. Kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.
Blog adalah merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Penulis blog berkuasa menyampaikan pelbagai maklumat seterusnya mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan.
Sekiranya peranan baik berjaya dimainkan, saya percaya blog yang kita miliki bukan sahaja akan popular malah menjadi rujukan seluruh pembaca media alternatif itu di serata dunia," katanya.
Dr. Mahathir berkata, tiada kebebasan media di negara ini kerana kebanyakannya sama ada dimiliki oleh kerajaan atau pembangkang dikawal oleh pihak tertentu.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”