Musim durian kita dapat duit banyak kerana durian runtuh, musim pemilihan kita dapat duit banyak kerana apa yang runtuh? ...... Maruah atau apa?
KUANTAN, 9 Julai (mkini) - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), mempersoalkan laporan The Star pada 6 Julai lalu berhubung penemuan RM300,000 di rumah Exco Pahang itu. Soalnya, bagaimana seorang Exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank. Akhbar itu, Selasa lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
Kita tidak hendak persoalkan dari mana datangnya duit sebanyak itu kerana beliau adalah orang kepercayaan MB Pahang. Soalnya kenapa tidak disimpan saja di bank-bank yang banyak terdapat di Kuantan ini. Apakah beliau takut duit yang disimpan di bank itu akan diberikan faedah dan beliau tidak hendak makan 'bunga' haram itu.
Teringat kata-kata Tun Dr. Mahathir, pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga mesti nampak bersih. Kita pasti MB akan tetap diam dan membisu, atau akan berkata seperti Tun Abdullah dahulu; 'Saya tidak tau, saya tidak terlibat...' Hehehe!
Kita sayangkan MB kita ni. Mintak-mintak lebih lama lah dia menjadi MB Pahang. Kerana masih banyak tugas-tugas yang belum selesai dan masih banyak khazanah yang belum diselesaikan dan dilangsaikannya. Hehehehe!
Musin durian kalau brrupppp bau durian, kalau musim politik brruppp bau apa? MB kita yang bijaksana mesti tau jawapannya.
wow,banyak betui duit Exco Umno ni.Ingat lah wahai pemimpin anda dilpilih oleh rakyat utk berhikmat kpd rakyat bukan untuk membesaukan perut dan mengkayakan diri.
ReplyDeleteudah terlalu kerap rakyat jelata dengar pasal MP MP yg berduit banyak ni,mungkin juga mak bapak depa ni kaya jual tanah pusaka atau jual harta pusaka sebab tu ada duit beratus ribu.
pak najib arahkan lah semua ini disiasat.kalu zaman Tun Mahathir dulu semua pemimpin hendaklahmengistiharkan harta mereka adakah ia dilakukan zaman Pak Najib ni.
fikir fikirkan lah