Wajah seorang MB yang saya masih hormati
Semalam saya menerima beberpa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas,termasuk dari pang5. Beliau mohon cadangan bagaimana nak atasi masalah peruntukan tak sampai ke blogger. Saya cuma mampu terkedu kerana selama ini saya tidak pernah tahu dan diberitahu bahawa adanya peruntukan seumpama itu. Malang sungguh nasib saya dan rakan-rakan seperti saya, yang berjuang bersungguh-sungguh atas nama Agama, Bangsa dan Negara. Rupanya selama ini hanya kami terpedaya.
Beberapa blogger yang terawal menutup blog mereka kerana protes atas kejadian sebegini, antaranya blogger Che Wan 'Pusakan Ayahanda' - sahabat lama saya yang berjuang sejak awal bermula dari kekalahan memalukan BN kepada PR yang mengakibatkan kehilangan beberapa negeri.
Rupanya ketika ini blogger sudah dikuasai oleh mereka yang berjuang untuk wang semata-mata. Saya tidak akan sebutkan nama-nama mereka kerana ini bukanlah tujuan saya. Siapa makan cili akan terasa!
Bacalah komen-komen diblog ini dan kita akan dapati pengakuan mereka yang berkenaan bagi mengiakan bahawa perkara ini benar-benar berlaku. Mungkin selepas ini saya akan dipulaukan, atau bilangan visitor akan merosot kerana menulis perkara yang bukan jadi topik hangat. Tapi inilah namanya perjuangan dan saya menulis bukan kerana nama. (Kerana itu juga blog bh ini tidak berwajah). Saya sejak lama dulu pun sudah berkira-kira hendak bersara. Jadi saya tidak akan kehilangan apa-apa.
Cuma saya mungkin akan mengulangi episod terakhir Si Jebat...'Hey! Orang-orang Melaka, sebelum Jebat tersungkur kebumi,terimalah buah tangan Si-Jebat ini....amuk!' Saya mungkin akan berhenti selepas saya bongkar semuanya.
Pertama saya nak usik tentang Pahang. Negeriku yang kaya-raya dan tanah tumpah darahku. Sahabat-andai saya yang masih lagi YB pun mungkin akan saya sentuh sedikit nanti. Jangan bimbang, yang tidak makan nangka tidak akan kena getah!
Beberapa siri kursus blog telah diadakan di Pahang, sekurang-kurangnya dua. Pertama di Kuantan dan keduanya di Rompin. Ini melibatkan peruntukan Unit Media Baru UMNO. Jangan kita pertikai berapa jumlah yang dibelanjakan tetapi apakah pencapaian yang didapati dari kursus itu? Mana blog-blog dari UMB Pahang yang mampu berada digelanggang? Mereka hanya berdiri diluar gelanggang dan tidak aktif dan hanya memerhatikan.
Bapa borek anaknya rintik....bagaimana anak buah nak aktif menulis kerana Dato' Sam sendiri pun sudah lama terkeluar dari gelanggang. Blog Menteri Besar @ Guru Besar masih kekal seperti itu, tidak ditulis dan tiada sesiapa yang mengunjungi. Mungkin MB masih menganggap orang-orang Pahang sama sepertinya dan masih buta IT. Mungkin MB masih selesa mengelak 'papan batu' berbanding 'laptop'!
Apakah kursus blog yang diadakan itu hanya untuk mengeluarkan belanja semata-mata? Untuk memenuhkan kocek orang-orang tertentu? Patutlah kami dari generasi pertama blogger Pahang langsung tidak dilibatkan, mungkin bimbang jika kami akan mengajar lebih baik dari mereka atau tidak hendak berkongsi 'harta rampasan perang'. Megat Pisau tentu ada maklumat mengenainya dan berkongsi maklumat dengan Dato' Sam.
MB Pahang lupa atau memang tidak faham bahawa UMB Pahang adalah juga imej IT Negeri Pahang? Pandang-pandanglah sekeliling juga biarpun sudah tidak lama lagi akan tinggalkan atau diusir dari kerusi itu, ini masih dalam tanggungjawab Dato' Seri selagi masih berkuasa. Kerana bila terpaksa pergi nanti pun tidaklah meninggalkan 'najis' bersepah dimerata-rata.
Aaaa...cukup dulu hari ini, esok kita sambung lagi...lebih panas dan lebih ramai yang akan terasa. Hahaha, jika melibatkan UMNO segalanya akan jadi duit...Brrupppp!! Eh? siapa sendawa tu? Hehehe
Geng..u punya tulisan betul2 touching la. Kalau menulis dari hari yang ikhlas, memang terkesan pada mereka yang membacanya.
ReplyDeleteGeng..demi maruah, kita perlu berjuang atas nama kebenaran. Kerana itulah wujud ungkapan berkatalah yang benar walaupun ianya pahit.
Teruskan perjuangan. Never say die.
Nasionalis1982
adus MB diusir dari kerusi..pedihnya rase hehehe..tapi betulpun ramai juga yang suka dia berundur dari jawatan mb.orang bentongpun ramai juga yang suka.
ReplyDeletesaya sokong pendapat saudara bahawa umb pahang melambangkan kemajuan IT pahang. cuba tengok website kelab ict pahang http://www.kelabictpahang.gov.my
macam entahlah nak cakap macam apa..
Salam dan terima kasih bro,
ReplyDeleteN1982 - siapa yg akan mengalah? bh tidak sekali-kali..
YB Raz - berapa bnyk duit mereka balun tp UMB Pahang jadi melukut ditepi gantang...ni kalau Dato' Sam tak baca juga, mmg dia buta hati..website ICT tu mcm apa? Mcm sial!!
SAYA BERKENAN DENGAN TAJUKNYA DAN AMAT BERSETUJU.. JIKA MELIBATKAN UMNO MEMANG SEMUANYA DARI DUIT.BAIK DARI ATAS ATAU BAWAHNYA.KERANA DUIT UMNO MAMPU MEMPERTAHANKAN KUASA DAN KERANA DUIT JUGALAH AKHIRNYA UMNO TERSUNGKUR.
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan pandangan anda mengenai UMNO Pahang. Pada pandangan saya Pahang memerlukan pemimpin muda yang inovatif dan kreatif. Mereka perlu peka kepada perkembangan teknologi di sekeliling mereka yang banyak mempengaruhi masyarakat dewasa ini.
Juga saya cadangkan carilah pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat bukan untuk diri sendiri. Saya masih teringat dengan paparan Aduan Rakyat di TV3 baru-baru ini yang menyentuh mengenai masalah bekalan air yang telah masuk tahun ke 34 di sebuah FELDA di Bera. Gerak hati saya yang pertama ialah " apa yang dibuat oleh YB dan Ahli Parlimen di situ sehingga masalah keperluan asas itu dibiarkan berlarutan sebegitu panjang?" Adakah mereka bekerja? Sepatutnya pemimpin-pemimpin yang dipilih atas kerelaan pemimpin tersebut sendiri mestilah mengambil tahu masalah rakyat. Jangan tunggu mereka mencari YB2 untuk mengadu. YB2 mesti peka dan mencari masalah rakyat.
Aku syorkan setiap blog letak no akaun bank masing-masing. tak payah pakai orang tengah. hehehehe
ReplyDeleteAku yang bingai
Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang
Sahabat baikku !
ReplyDeleteJangan berhenti menulis dengan niat yang ikhlas demi masa depan alif ba ta.
Penulisan saudara dengan luahan emosi yang insaf dan sedar nasib masa depan kita pasti akan membuahkan hasilnya satu ketika.
Nelson Mandela berjuang puluhan tahun lamanya.. Dia berjaya walau menderita terlebih dahulu.
Sebagai orang yang diberi amanah saya sebenarnya tidak pernah putus asa memohon agar sesuatu dapat dilakukan agar blogger yang berjuang dibela nasib mereka.
Mungkin ada hikmahnya isu ketirisan ini berlaku di mana Allah mahu kita mencari idea menjana wang melalui blog kita.
Saya berkira kira mahu mengajak seorang tokoh bisnes internet untuk mengajar kita menjana wang di blog.
Doakan dan harap bersabar demi menjaga 'pekung' di dada kita semua.
Sinar cahaya sedang bernyala walau baru sebesar mancis api cuma.
Allah ! Tolonglah kami...
Salam Pang5,
ReplyDeleteMalangnya saya tak menemui Mandela dan Mandela juga tak mengenali saya.