28 August, 2010

RAKYAT MAKIN HILANG PERCAYA





Tuan Pemimpin,
sudah banyak kami bersabar dan 
menaruh angan-angan kepercayaan
akhirnya kami sudah hilang percaya
kerana tuan lemah dan tidak bermaya;
bila kaum lain perlekeh kami,
tuan diam - dan kata bersabar itu iman!
bila kami bertindak pertahankan harga diri
kami dikenakan tindakan - kunun tuan nak ambil hati kawan
bila masjid dilontar kepala babi dan disembah cat
tuan kata itu konspirasi bangsa sendiri
akhirnya kami persalahkan segala perbuatan
dan membenarkan segala perbuatan orang lain.
memang Melayu tak akan bersatu
memang Melayu tak akan bersatu
memang Melayu tak akan bersatu
Melayu perlu pemimpin yang bukan saja pandai
tetapi juga keras keberaniannya
bagai sebilah pedang
bukan saja mesti tajam tetapi juga kukuh
tetap pada perjuangan agama, bangsa dan negara
apa gunanya jadi SATU jika akan hilang Melayu?
tidak akan ada pemimpin jika pengikutnya tiada
pemimpin mesti adil dan saksama
jangan ada yang disisihkan kerana merasa 
sokongan mereka tak mampu menambah perkiraan
RM300 Peneroka, Penjawat Awam RM500, 
penduduk kampong tradisi dapat apa?
selain harga barangan naik dan subsidi yang dipotong?
bila bawang putih naik harga 
pak menteri kata jangan makan bawang putih
itu lari dari tanggungjawab
jika demikian jalan penyelesaian
tok mudim pun boleh jadi menteri
kami dikampong terpencil dan dipondok usang
berzikir ditengah malam;
kami semakin hilang percaya,
kami semakin hilang percaya
kami semakih nilang percaya
......
kami nampak bulan 
tetapi hilang disebalik awan




7 comments:

  1. semoga perkasa,cepat cepat daftar jadi pati politik.

    ReplyDelete
  2. Salam Malaysia Boleh!

    Brave Heart, saya sengaja gunakan salam Malaysia Boleh kerana itu adalah antara slogan YABhg Tun Dr Mahathir yang begitu telah berjaya menyemarakkan semangat KeMalaysiaan dijiwa rakyat negara ini dengan berkesan sekali.

    Dalam hal dan banyak hal kenapa kepimpinan negara nampak seperti belum pulih sepenuhnya walaupun Pak Lah sudah berundur hampir 2 tahun...

    Ketenteraman awam, keamanan negara, keselamatan, kesejahteraan, keharmonian antara kaum seolah-olah tiada jaminan lagi akan kembali pada landasan seperti sebelum ini.

    Banyak sangat hal-hal sensitif dibangkitkan tapi malangnya tindakan yang diambil seperti hanya berpihak...

    ReplyDelete
  3. Syabas tuan blog, saya memang seronok membaca artikle tuan. Orang UMNO sudah bosan dengan tindakan pucuk pimpinan UMNO baik dalam MT mahu pun didalam barisan kabinet pentadbiran Tok Najib. Macam takde power semua muka lesu dan lemah macam tumpul taring mereka. Kalau zaman dulu sebut nama menteri dah segan, takut dan kecut perut kalau dia bersuara seperti bekas menteri allahyarham Tan Sri Gazali Shafie,Datu Syed Albar, Dato Harun, Dato Saadon dan barisan MT semuanya disegani oleh ahli UMNO. Ini tidak baik menteri atau MT tak pelek dek orang sebab kerjanya asyik mengampu dan tak buat kerja. Yang buat kerja tak dinaik pangkat yang malas dapat habuan dengan kroni2 dia orang seperti menteri bawang,gula dan beras ...suroh orang tak sah makan gula bila harga naik begitu juga bawang putih memalukan buat kenyataan bodoh. Jenis menteri2 macam ini dikekalkan oleh Tok Najib. Ini yang buat Tok Najib takde uummmph..ubahlah Tok Najib sebelum terlambat jangan lah terlalu lembut sangat dengan sekutu BN.

    ReplyDelete
  4. Syabas tuan blog, saya memang seronok membaca artikle tuan. Orang UMNO sudah bosan dengan tindakan pucuk pimpinan UMNO baik dalam MT mahu pun didalam barisan kabinet pentadbiran Tok Najib. Macam takde power semua muka lesu dan lemah macam tumpul taring mereka. Kalau zaman dulu sebut nama menteri dah segan, takut dan kecut perut kalau dia bersuara seperti bekas menteri allahyarham Tan Sri Gazali Shafie,Datu Syed Albar, Dato Harun, Dato Saadon dan barisan MT semuanya disegani oleh ahli UMNO. Ini tidak baik menteri atau MT tak pelek dek orang sebab kerjanya asyik mengampu dan tak buat kerja. Yang buat kerja tak dinaik pangkat yang malas dapat habuan dengan kroni2 dia orang seperti menteri bawang,gula dan beras ...suroh orang tak sah makan gula bila harga naik begitu juga bawang putih memalukan buat kenyataan bodoh. Jenis menteri2 macam ini dikekalkan oleh Tok Najib. Ini yang buat Tok Najib takde uummmph..ubahlah Tok Najib sebelum terlambat jangan lah terlalu lembut sangat dengan sekutu BN.

    ReplyDelete
  5. Saya sangat setuju apa yang dinyatakan oleh BH. Ini adalah bukti nyata dan faktanya sekali. Macam mana rakyat nak menyokong Pemerintah sekarang. Sama-samalah Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  6. Najib terima lah hakikat bahawa melayu tidak bersama UMNO lagi.
    bukan kerana banyak pemimpin tidak jujur, bukan kerana banyak pemimpin mengaut kekayaan peribadi dan bukan kerana pemimpin yang pandai membuat slogan tetapi kerana pemimpin yang ada sekarang terlalu lemah. takut bertindak dan memberi alasan yang kurang munasabah..

    Jadi lah seperti pemimpin Singapura yang rasis - jika ada yang melakukan kesalahan walau pun belum terbukti benar,, tangkap dulu, baru siasat jika tak salah lepas.. cari alasan..terbaik kenapa perlu dijatuhkan hukuman. tak perlu takut dengan anti-ISA, tak perlu takut dengan NGO pro pembangkang..lakukan lah jika masih memerlukan sokongan Melayu.

    Kita semau juga tahu dengan sikap melayu yang hanya tahu melalak dan tidak kisah walau pun negara tergadai.. percaya lah jika PRU13 BN kalah.. UMNO atau Melayu hanya akan melalak dan menjerit tak samapai 3 bulan lepas tu senyapa.. keran dah terbukti pun dengan apa yang yang berlaku di PP Selangor

    ReplyDelete
  7. aku kecewa dgn pemimpin umno skg.. ape ntah perjuangan tersendiri dorg.. mane lagi anak muda melayu yg berupaya jd pggnti dorg, yg membela org melayu sekeras2nya.. hanya allah yang tau.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”