18 September, 2010

AGENDA TERSEMBUNYI SINGAPURA



1. Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura tuduh Malaysia tidak berlaku adil dan menyisih kaum lain.

2. Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri menempelak dan menyatakan bahawa di Singapura Lee Kuan Yew melakukannya lebih teruk lagi dengan kaum Cina merangkumi 75% penduduk menguasai 95% ekonomi negaranya. Kuan Yew bercakap mengenai keadilan dan kesaksamaan antara kaum tetapi sebaik keluar dari Malaysia kaum Cina menjadi majoriti dan mendominasi republik berkenaan.

3. TDM kata, Singapura bukan negara berbilang kaum sebaliknya adalah negara kaum Cina dan rakyat minoriti tidak mendapat layanan yang sama.

4. Bila Kuan Yew dalam satu temubual, membayangkan Malaysia mungkin menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura membawa maksud tersirat bahawa keinginan atau desakannya untuk 'mensingapurakan' Malaysia. 

5. Kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak tergadai tanah air yang kita cintai ini, kerana Singapura kelihatan ada agenda tersembunyinya...

1 comment:

  1. Ya kalau tidak takkan orang Melayu Singapura tidak diberi laluan sama rata ditentera mereka.

    Mungkin pada fikiran mereka, musuh singapura adalah Melayu Malaysia.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”