Sokongan kepada KJ didalam dewan semalam adalah lakonan semata-mata dari askar upahan,
manakala yang ini adalah sebenarnya protes yang ikhlas dari perjuangan kebenaran
Perhimpunan Agung UMNO sayap pemuda sudahpun selesai. Semua orang fokus kepada KJ yang sedang berkerja keras dan berjuang, bukan sangat untuk agama, bangsa dan negara tetapi untuk diri sendiri supaya dilantik sebagai menteri kabinet.
Banyak blog yang pro dan kontra menulis tentang KJ. baik dan buruknya. Antaranya Azli Shukri Today, salam setiakawan, Jebat Must Die, Anak Omak, BumiYang dan tak ketinggalan House of PK. Ada blog yang mencadang KJ dilantik sebagai Menteri KDN. Dulu ada juga yang mancadang sebagai Menteri Belia dan Sukan. Itu pasal dia bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM. Tapi satu apa pun dia tak boleh buat selain dari buat bodoh dan buat lawak-lawak bodoh.
Bagi saya, saya tidak nampak ada mana-mana kementerian untuk dia. Bahkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO itupun masih belum layak untuknya. Lupakah kita apabila KJ menang dengan undi rasuah? Memberikan KJ bertapak dalam kabinet samalah dengan usaha untuk menghalalkan rasuah dalam UMNO dan Kerajaan. Jika UMNO benar-benar mahu dibersihkan, orang pertama yang mesti disingkirkan adalah KJ.
Pandangan saya dan sebahagian besar rakyat, kepimpinan DS Najib masih lagi lemah, justru membawa masuk KJ aka Si-Kitol kedalam kabinet akan melemahkan lagi pentadbiran kerajaan. Memadailah bebanan yang sedang DS Najib pikul dengan adanya Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang menjadi duri dalam daging. Jika ditambah lagi dengan KJ maka akan runtulah pentadbiran DS Najib kerana kita tidak tau apa konspirasi antara mereka dengan DS Anu-arr dalam menjalankan agenda peralihan pucuk pimpinan.
Memang layak tempat Nazri Aziz dan Zahid Hamidi adalah digudang barang-barang lusuh sementara KJ memang layak dihumban kepusat pengumpulan barang 'reject'.
setuju
ReplyDeleteSepatutnya boo saja KJ selepas dia berucap semalam, kenapa pulak ramai yang sorak menyokong.
ReplyDeletekalau nak ajar dia , boo saja, masa tengah best dok direct telecast!
bole buat MoU dgn alam flora... hehehe....
ReplyDeleteyang pasti semenjak kemasukan KJ UMNO hancur... memang layak di tong sampahkan
ReplyDeleteMohon promosi blog kami. Terima kasih.
ReplyDelete- Galas untuk BN -
Mohon promosi blog kami. Terima kasih.
ReplyDelete- Galas untuk BN -
Salam.Ramai lagi menteri menteri kabinet yg sepatutnya dikeluarkan.Jadi menteri pun tak ada apa yg depa buat.Eloklah ganti dengan orang yang mampu buat kerja.
ReplyDeleteKJ rasuah ni patut ditolak. Kalau dia bagi duit ambik, undi jangan bagi.
ReplyDeleteJadilah pengundi bijak. Jangan undi pemusnah parti.
Salam,adakah wajar hanya dengan tidak memberikan jawatan apa apa dalam kabinet kepada beliau bermakna dosa salah laku rasuah semasa pemilihan parti dulu sudah DIBERSIHKAN. Apa kebalnya dia jika dibanding dengan TAN SRI ISA SAMAD dan yang lain2.jenis mereka mereka ini lah yang menghancurkan UMNO?,TELAH MENJADI IKUTAN ANAKBUAHNYA DI SINI.
ReplyDelete