15 October, 2010
UMNO? PKR? ATAU....?
Kebelakangan ini kita melihat Pakatan Rakyat sedang menghadapi gelora, khususnya PKR sebagai komponennya. Satu demi satu berlaku dan meruntuhkan PR serta PKR dan semakin mereput. Laporan dari beberapa akhbar tentang permasalah dalam PKR dalam mesyuarat-mesyuarat cabangnya jelas menampakkan bahawa PKR sudah semakin goyah akibat perebutan kuasa dalam parti. Pergaduhan dan tidak puashati berlaku dikebanyakan mesyuarat cabang yang diadakan. Demikian juga laporan keluar parti oleh ahli-ahli PKR yang sudah semakin hilang percaya terhadap parti.
DS Anu-arr juga semakin terdesak dengan adanya beberapa laporan yang menambah bebanannya sewaktu sedang menghadapi perbicaraan kes liwatnya itu. Semakin banyak laporan liwatnya yang kita dengan, namun mungkin juga masih banyak yang tidak kita dengar. Rasanya beliau semakin sukar untuk menepis tohmahan terhadapnya. Beliau kini sudah tidak lagi dapat dilihat sebagai insan bersih, tidak bersih dan tidak kelihatan bersih!
Bagaimanapun pemimpin UMNO jangan merasa selesa dengan perkembangan ini. Penyokong PKR dan PR yang keluar meninggalkan parti bukanlah juga bermakna mereka akan menyokong UMNO BN. Bahkan jika kita kaji secara jujurnya, sokongan yang rakyat berikan kepada PKR PR dalam PRU lalu bukanlah kerana mereka benar-benar menyokong pakatan berkenaan, cuma sekadar undi protes kerana ingin 'mengajar' UMNO BN. BN harus berusaha lebih bersungguh-sungguh menarik sokongan rakyat untuk kembali kepangkuan UMNO BN sebelum PRU13 nanti.
Bagaimanapun kepada pemimpin negara uang kita kasihi, dalam menarik perhatian pengundi kaum Cina dan India, janganlah hati bangsa Melayu diguris luka. Kita harus ingat bahawa kemenangan calon MCA adalah kerana undi Melayu bukan sebaliknya.
Ketika UMNO mendedahkan ahli PKR keluar parti dan menyertai UMNO, PKR pula mendedahkan bahawa laporan itu adalah kebohongan UMNO dan propagandanya. Siapa yang benar dan siapa yang salah? Salah UMNO kah atau salah PKR kah atau salah media kah?
Saya cuma nak: kahkahkah! Kerana demikian inilah permainan dalam politik Klik ke blog: Anak Sungai Derhaka dan Blog Aspan Alias
4 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Salam...
ReplyDeleteDah sihat ke tuan punya blog ni???
Aloooo....
Salam bro, kalau dilihat, ditinjau, dipeerhatikan betul-betul..... nampak sangat PKR-pembangkang yang terlalu banyak berbuat bohong, penipu dll.......he..he..he.. tapi janganlah pulak UMNO-UMNO di Pahang rasa selesa sangat, tinjau-tinjaulah pulak pengundi-pengundi dalam kawasan FELDA..... PAYOH WEH....
ReplyDeleteIni lah politik,sebarang kemungkinan boleh terjadi,tak penting siapa yang harus kita sokong sekarang ini,UMNO,PAS DAN PKR PUN SAMA,MCA,DAP DAN GERAKAN PUN SAMA,SEMUA SAMA,HANYA MENBEZAKAN UMNO,PAS DAN SEDIKIT ORNAG2 DALAM PKR DENGAN MCA,DAP,GERAKAN DAN MIC SERTA SEDIKIT ORANG DALAM PKR ADA LAH KITA MELAYU,MELAYU,MELAYU.SAYA TAK TAU MUNGKIN ADA MELAYU INGIN MENGUBAH NAMA MALAYSIA KEPADA CINASIA SEPERTI SAUDARA SPU SEBUTKAN.
ReplyDeleteSalam Perjuangan,
ReplyDeleteBlog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.
Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.
Blog GB tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..
Di harap pihak Tuan dapat membantu GB untuk mempromosi blog saya..
SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,
Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat