27 November, 2010
HANGAT: SIVAJI THE BOSS - KONGRES NASIONAL PKR, ANWAR SUDAH DI PENGHUJUNG JALAN
Perhimpunan Agung 'Kongress Nasional 'PKR yang turut dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR telah dicemari dengan tunjuk perasaan ahli-ahli yang tidak puashati terhadap kegagalan pucuk pimpinan mengendalikan permasalahan dalam parti selama ini. Beberapa sepanduk dan kata nista serta cacimaki menyambut ketibaan beliau bersama-sama Presiden Parti DS Dr. Wan Azizah.
Dalam majlis yang sama beberapa petugas media turut dihalau dengan kata-kata kesat dan ugutan. Sekarang baru rakyat nampak belang sebenarnya pemimpin agung mereka serta apa makna keadilan bagi mereka sendiri. Jika selama ini mereka menuduh UMNO berlaku tidak adil dan tidak membenarkan kebebasan kepada media, maka kini mereka melakukan perkara yang sama, malahan mereka nyata lebih ganas dan biadap.
Keburukan demi keburukan sudah terserlah dan semakin nyata bahawa perjuangan PKR sebenarnya hanyalah satu; untuk Anwar Ibrahim. Untuk membebaskan si peliwat dari segala tuduhan keatasnya dan membersihkan segala kekotoran dan najis yang dilakukan selama ini. Kerana itu, tidak hairanlah ahli-ahli parti seorang demi seorang bertindak keluar meninggalkan PKR kerana tidak ada keadilan seperti yang di janjikan sama sekali dalam PKR bahkan berlaku penindasan dan konspirasi yang diaturkan oleh pucuk pimpinan bagi menjatuhkan tokoh-tokoh yang cuba bangkit yang benar-benar memperjuangkan keadilan untuk rakyat.
Jika dulu, Anwar mengepalai dan mengajar ahli-ahlinya mengadakan demonstrasi jalanan, kini anak-anak yang diajar itu sudah semakin 'kurang ajar' dan bertindak mengajar gurunya sendiri; "guru kencing berdiri, anak murid mengencingi guru: - inilah apa yang sedang berlaku. Apakah Anwar akan terus-terus menyalahkan mereka itu dengan tuduhan berpaling tadah, khianat kepada parti dan kepadanya sendiri dan sebagainya?
Jika ada makhluk yang akan dipersalahkan di Malaysia ini kerana segala perbuatan khianat dan bertindak kurang ajar, maka makhuk itu (yang mungkin tidak layak disebut insan itu) tidak lain dan tidak bukan adalah DS Anwar - Sivaji The Boss!! Beliau nampaknya sedang sibuk menggali kuburnya sendiri dan bersiap sedia mengapankan dan menalkinkan karier politiknya. Adios DS Anwar!
Update:
DS Dr. Wan Azizah dalam ucapannya selaku Presiden dilaporkan membaca teks yang dituliskan oleh seorang ustaz. Bagaimanapun ada beberapa perenggan telah diubahnya secara spontan bagaimanapun, secara keseluruhannya ucapan beliau masih menimbulkan kontroversi, antaranya;
1. Menghapuskan ketuanan Melayu
2. Konsep ketuanan Melayu patut dibakulsampahkan ditukar kepada ayat yang lebih sopan iaitu ditinggalkan
3. Menganggap DS Anwar adalah pemimpin agung dan terulung dan anugerah Tuhan.
Nampaknya Presiden PKR yang juga isteri kepada Penasihat Umum PKR juga sudah meraban dan hilang akal. Mungkin kerana keresahannya apabila lebih banyak ahli-ahli parti tanpa segan silu memprotes dan bertindak keluar dari parti sejak kebelakangan ini.
Klip video kekecoham kogress PKR ini dimasukkan terkemudian.
2 comments:
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”
Ammmmmmmmah!!!!!
ReplyDeleteTiu Naseng itu Ahso!Mengapakah ia menghina Tuhan dengan mengatakan itu Gey Tua sebagai anugerah Tuhan kepada Malaysia????
Itu Peliwat Tua bukan anugelah meh!sebenarnya,itu Peliwat Tua punya Anu Ghailah manyyyak kuat bila jumpa sama itu jambu2 punya anak ikan loh.Itu pasat dia hire itu Sayfool jadik itu cofee boy.
En.Anon,
ReplyDeleteAjijah masih nak tutup segala keburukan dan kebusukan yg An war sudah lakukan sekama ini. Tapi malangnya Ajijah hanya tutup atas dan depan tetapi tidak dibelakang, jadi An War masih boleh meredah dari belakang, itu pasai Ajijah sudah sasau dan tak nampak kebenaranya lagi....berkisyar awan dilangit...hehe