17 November, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA



Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pembaca yang seringkali hadir ke blog ini, terutama sekali kepada 354 follower yang setia sejak dari mula lagi. Saya juga memohon maaf atas segala apa yang menyinggung hati sesiapa dalam tulisan saya.

Bagaimanapun, semenjak beberapa posting yang lalu saya telah mengubah cara penulisan dengan lebih berhemah lagi. Saya percaya bahawa menyatakan kebenaran serta pendapat bukan semestinya dengan menyinggung perasaan orang lain. Kita boleh berbeza pendapat namun dalam menyatakan pendapat kita itu harus juga dengan cara yang sopan. Penulisan yang bermaruah akan mengangkat martabat kita sebagai blogger yang dihormati, jika kita tidak akan dikenang sebagai bloggerpun, namun kita masih seorang insan yang bermaruah.

5 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha bro.... sama-sama kita bermaafan..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Selamat hari raya sahabatku Yang Gambi dan YB Raz. Maaf dan bermaafan. Maaf juga kepada Cucu Mamak Kutty yang saya selalu 'berperang' dengannya entah kerana apa, kita sahabata dan sebenarnya bersaudara!

    ReplyDelete
  3. Salam aidil adha bro..

    " Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

    " Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

    Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat BH sekeluarga. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

    Salam perjuangan..

    Ikhlas Dari : Suara Politik Taminsari/Belantan

    ReplyDelete
  4. Salam bh,
    Menulis bukan kerana namapun sebaiknya bernama, bukan untuk dikenangpun tetapi untuk direnungkan. Penulisan semestinya dengan bermaruah sesuai dengan adat dan budaya bangsa. Saya menyokong perubahan yang sdr ingin lakukan itu, teruskan! Perjuanganpun mesti secara bersopan!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”