12 December, 2010

BUBAR KABINET, LANTIK KJ TIMB. MENTERI KEWANGAN




Ramai yang masih cenderung membuat dan menyebar spekulasi terhadap pembubaran kabinet. Ada pihak bersungguh-sungguh melobi untuk dilantik atau dikekalkan sebagai menteri. Ada pula yang sanggup menyebarkan maklumat bahawa KJ akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Ada blog yang dijadikan ‘radio buruk’ untuk menyuarakan hasrat seseorang, maka lagu yang sama akan dimainkan berkali-kali  agar pihak tertentu dapat mendengar laungan dan hasrat mereka, malah itu kelak akan diwar-warkan kononnya adalah suara dan kehendak rakyat.

Dalam apa keadaan sekalipun kita tidak dapat lari dari memfokuskan kepada seorang tokoh yang sangat terkenal ini; Khaiy Jamaluddin @ KJ. Beliau bukanlah seseorang yang pandai menyembunyikan hasratnya untuk dilantik sebagai salah seorang dari menteri kabinet. Jika bukan kerana ini, masakan beliau sanggup bermati-matian didalam Pergerakan Pemuda UMNO dan dengan sebarang cara untuk dapat menduduki kerusi Ketua Pergerakan Pemuda dulu.

Umum sangat ketahui beliau terlibat secara langsung dalam mainan politik wang sewaktu merebut jawatan berkenaan. Bahkan beliau didapati salah namun parti UMNO yang masih dibawah kekuasaan regim Pak Lah aka Bapa Mertua telah mengecualikanya dari dikenakan sebarang tindakan. Rakyat melihat. Rakyat memberontak dan menyimpan dendam yang dalam.

Namun apabila KJ sendiri serta juak-juaknya cuba mengangkat nama beliau untuk dilantik sebagai menteri, sudah tentu pihak yang menyimpan dendam ini tidak akan berdiam diri dan membiarkannya begitu saja. PM harus di berikan amaran bahawa rakyat tidak merestui perlantikan KJ ke apa-apa jawatan sebagai menteri. Ini adalah tindakan awal kearah me’reform’kan UMNO.

Ada pihak menyarankan supaya siasatan rapi  dilakukan terhadap KJ dengan mengaitkannya dengan berbagai-bagai isu selama ini. Siasatan seharusnya dilakukan keatas Ketua Pemuda itu. Pada kali ni rakyat mahu SPRM  telus menjalankan tugasan tanpa ada kompromi dalam isu-isu  berbangkit yang melibatkan pengangur yang paling kaya di Malaysia ini.

Ketika kita dikejutkan dengan  pendakwaan terhadap DS Khair Toyo berkaitan isu rumah dan tanah, kita akur dengan tindakan yang diambil. Kita menyakini sistem kehakiman yang adil dan bersih di negara ini. Bagaimanapun, bagaimana pula dengan yang lain? Kita masih lagi menanti-nanti isu MV Agusta, isu Insider Trading dan banyak lagi kes- kes yang  tidak diambil tindakan oleh AG.

Dr. Mohamad Khir Toyo didakwa mendapat diskaun sebanyak RM 3 juta ketika membeli banglo di Seksyen 7 daripada seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Shamsuddin. Hakikat Dr. Mohamad Khir membeli rumah tersebut dengan pinjaman bank merupakan satu fakta yang menarik untuk direnungi.

Namun masalah Dr. Mohamad Khir dan beliau perlu menjawabnya sendiri di Mahkamah. Ia juga masalah Rahim & Co sebagai agen penilai hartanah. Ia juga masalah Hong Kong and Shanghai Bank (HSBC) sebagai pemberi pinjaman. Dalam hal ini, masalah rakyat sekarang hanyalah melibatkan satu jumlah yang kecil dan sangat naif berbanding kerugian negara akibat penjualan MV Augusta dan Penggabungan AVenue Capital – ECM Libra.

Pada masa kekuasaan Khairy Jamaluddin dan Abdullah Badawi, MOF dan Proton telah menjual MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50). Syarikat ini kemudiannya menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta).

Wajarkah KJ dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan? Atau apa-apa jawatan menteri sekalipun? Saya hanya menanya, memberikan sedikit panduan tetapi tidak akan memberikan sebarang jawapan.


Rujukan:

2 comments:

  1. kj gila nk jd menteri tu dia punya pasal. masa pak mentua dia jd pm lg dia dh isim nak jd menteri. malang usia politik pak mentua tak lama. so, sekarang ni jgn ada pulak yg gila nak lantik kj jd menteri. sipenganggur kaya ni bila sekali diberi peluang, dia akan rembat semua. wang dia dah ada, sekarang apa yg dia nak? kuasa!!! berhati-hatilah. yang duduk di atas,sekali anda tersilap dalam memilih kj, rakyat yg berdendam dgn kj akan memangkah bukan bn dalam kertas undi...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan usin,
    haaa, ini kes berpaling arah lah ni? it tidak dapat dinafikan akan berlaku dan bukan hanya atas alasan KJ, bahkan alasan-alasan lain juga.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”