13 December, 2010

MENGUKUR KEJAYAAN UMNO MENJUARAI MEDIA SOSIAL





Saya menulis mengenai ‘Pro Kerajaan Menguasai Blog’Tulisan itu mendapat respon oleh blog Suara Majlis bahkan turut disahut sebuah blog picisan dari daerah pedalaman Pahang dengan tajuk: ‘UMNO gagal Menjuarai Media Sosial’. Kemudian saya menulis pula ‘UMNO Bahagian-bahagian Yang Buta Hati’ dan disahut pula oleh blog RMF7 (Mana Pejuang “Bilik Perang” UMNO) Semuanya berkenaan keupayaan UMNO dalam menjuarai media sosial.

Saya berpendapat bahawa blog ‘Unit Media Baru PPUM’ adalah sebagai blog induk yang kemudiannya memantau segala blog-blog lainnya seperti; UMB Pahang, UMB Penang, Unit Media Wangsa Maju, DUN11 Permatang  Pasir, Penanti Bangkit, Pemuda UMNO Permatang Pauh, Pemuda UMNO Nibung Tebal, UMB Pemuda UMNO Kelantan, UMB Melaka dan Pemuda Balik Pulau.com

Kesimpulan ini saya ambil berdasarkan link yang didapati dari blog UMB Negeri Pulau Pinang. Dari blog Induk @ UMB PPUM langsung tidak terdapat link-link yang disebutkan tadi seolah-olah mereka tidak bergeak dalam satu pasukan dan tidak saling bantu membantu sesama mereka.

Blog UMB Kelantan dan UMB Melaka sudah 9 bulan tidak dikemaskinikan. Mungkin masa 9 bulan ini adalah masa melahirkan anak, justru selepas 9 bulan nanti pasti mereka akan dapat bergerak aktif semula, hehehe! UMNO kita!

Apakah alasan yang akan mereka berikan untuk tidak dapat bergerak atau bergerak cergas ini? Jawapan utama semestinyalah masalah dana @ kewangan dimana admin. nya tidak diberikan peruntukkan secukupnya bagi membolehkan jari-jari mereka mengetuk kekunci di laptop masing-masing. Mari kita tanyakan pula kepada blogger pro kerjaan yang lain yang selama ini berjuang membela kerajaan dan UMNO apakah mereka mendapat sebarang dana? Jawapannya usahkan dapat mendapat dana, ucapan terima kasihpun mereka tidak pernah terima, namun mereka tetap juga menulis. Bukan setakat 9 bulan sekali, atau seminggu sekali, bahkan sampai sehari 2 kali.

Blogger UMB UMNO kelihatan gagal menyerlah dan menjuarai media sosial. Dari ranking 100 di alexa, berapa yang mewakili UMNO secara resminya?

Menulis bukanlah satu tugas yang mudah. Selain dari harus banyak pengetahuan dan pemahaman mengenai politik dan isu semasa, penulis juga perlu ada minat secara semulajadi dan komited dengan penulisan. Justru, tidak semua yang ingin kita bentuk sebagai penulis akan mampu lahir sebagai penulis yang baik. Kenapa tidak UMB negeri-negeri menggunakan khidmat blogger yang sedia ada, yang kita percaya akan ketaatan dan kesetianya terhadap perjuangan, yang sudah terbukti kemampuannya dalam penulisan serta yang sudah jelas kommitmennya. Benar, kita perlu juga adakan kursus-kursus bagi menwujudkan barisan pelapis kerana yang ada pasti akan patah, dan yang patah perlukan penggantinya.

Dalam tulisan yang lalu saya telah nyatakan kekuatan kerajaan di media sosial khususnya blog adalah atas bantuan blogger pro kerajaan. Kita andaikan jika blogger pro kerajaan ini berpaling arah? Sudah tentunya UMNO akan kalah dalam peperangan di media.Kegagagalan UMNO adalah kerana UMNO sendiri. Kerana sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang masih merasakan bahawa mereka sentiasa benar, kehendak mereka adalah perintah dan mereka adalah pemerintah dan kuasa mereka akan kekal selamanya.

Kita mendapat khabar bahawa dalam usaha menawan Sarawak pada pilihanraya negeri tidak lama lagi, PKR telah memperuntukan dana berjuta RM bagi tujuan  geraksaraf mereka dan termasuklah bagi menyebarkan maklumat melalui bahan bercetak serta pengurusan blog-blog yang pro mereka. Mungkin UMNO tidak melihat ini sebagai satu cabaran namun kita bimbang sikap memperkecilkan usaha mereka kelak akan mengecewakan kita.

Apapun, kita masih ada sedikit waktu lagi untuk berubah dan memperkemaskan sebarang kelemahan yang kita   ada. UMNO harus sedar bahawa media sosial memang sedang mengambil tempat dikalangan masyarakat negara kita sebagai 'medium' komunikasi dan informasi yang sangat di gemari berikutan peningkatan pengunaannya. Hanya pemimpin UMNO perlu akui bahawa janganlah kerana kita tidak tahu menari maka kita persalahkan lantai yang 'kunun'nya tinggi rendah

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”