10 December, 2010

PILIHAN RAYA SERENTAK DUN SARAWAK DAN PRU?

Wajah Penglipurlara yang akan sentiasa dikenang 
dalam sejarah politik Malaysia.



Pilihan raya membabitkan kos begitu besar. Dengan mengadakannya serentak sudah tentu ini menjimatkan kos meskipun penulis (Penulis adalah Jeniri Amir, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak) pasti faktor kos bukan menjadi pertimbangan tunggal  atau utama PRU dan Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan secara serenta, yang menjadi perkiraan utama bagi BN ialah peluang membaiki kedudukan; iaitu menguasai lebih dari dua pertiga kerusi Parlimen dan merebut kembali negeri ditakluki pembangkang.

Maksudnya, BN perlu memilih tarikh terbaik keetika ia sudah yakin bahawa kedudukannya sudah selesa dan cukup kuat dan pengundi memihak kepadanya. Sejauh manakah ia sudah berjaya membujuk masyarakat  dan pengundi Cina? Adakah Program Transofomasi Kerajaan sudah terasa kesannya? BN sudah berusaha sedaya upaya membetulkan segala kesilapan dan kelemahan yang mengakibatkan ia terpukul teruk dalam pilihan raya lalu, melalui pelbagai inisatif dan dasar diperkenalkan Perdana Menteri. (Sumber: Sebahagian dari tulisan di ruangan rencana MS 19, Berita Harian Khamis 9 Disember 2010)


Ramalan sesetengah pihak bahawa Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri ke-10 pada April depan menjadi teka-teki berikutan Ketua Menteri Sarawak memaklumkan kesediaannya untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Serentak Beliau memaklumkan demikian di Kucing pada Isnin lalu.

Jika PM memutuskan untuk mengadakan pilihan raya serentak, kita percaya BN akan mampu menganggu segala strategi pembangkang kerana terpaksa mengagih sumber ke serata tempat. Dalam masa sama ini memberi makna bahawa kekuatan pembangkang akan semakin mengecil dan berkurangan.

Soalnya apakah PM berpendapat bahawa BN sudah bersedia untuk mengadakannya pada bila-bila masa kerana DUN Sarawak perlu mengadakannya sebelum tamat penggalnya pada Julai 2011.

Dalam keadaan sekarang kita melihat bahawa kerajaan sedang mencuba untuk melewat-lewatkan Pilihan Raya Umum, mengambil masa sebanyak mungkin untuk memantapkan lagi sokongan rakyat. Ada pihak berpendapat PM akan cuba mengheretnya sejauh yang mungkin dan kita akan ada masa selama satu setengah tahun lagi dari sekarang. Bermakna Pilihan Raya Umum akan diadakan pada sekitar pertengahan atau akhir 2012. Bagaimanapun, segalanya bergantung kepada keselesaan PM dan BN sendiri berdasarkan keadaan semasa.

Saya pasti bila keyakinan sudah ada, pasti PM akan adakannya dalam kadar seberapa segera bagi melenyapkan segala spekulasi dan sisa-sisa kekuatan pembangkang. Yang penting bagi kita adalah memenangi dua pertiga kerusi Parlimen. Merampas terutamanya Pulau Pinang dari DAP. Merampas Selangor juga. Kedah dan Kelantan jika kita berupaya atau kita masih dapat merelakannya atas dasar sesama ‘Alif-Ba’. Apakah orang-orang Melayu akan berusaha kearah perpaduan yang akan membolehkan kita mendapat semula tanahair kita?

1 comment:

  1. Maaf saudara.
    Link blog saudara saya buang seketika sewaktu kebanyakkan blog diserang oleh virus tempoh hari...
    Terima kasih kerana telah mengingatkan saya...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”