Blogger Pembela Negara antara kumpulan blogger
yang dibentuk berjuang menyokong kerajaan selepas PRU12
Utusan Malaysia hari menyiarkan 100 blog paling popular melalui bancian Alexa meliputi empat kategori iaitu blog prokerajaan, propembangkang, blog pemimpin, dan blogger neutral.
Barangkali ini kali pertama sejak 12 tahun, blog dan web penyokong kerajaan mengatasi web yang menyebelahi pembangkang. Betulkan jika saya silap.
Secara keseluruhan, blog prokerajaan menguasai 60% berbanding pembangkang yang cuma mendapat 20%. Selebihnya ialah blog pemimpin seperti Tun Mahathir dan DS Najib serta blogger berkecuali yang berjaya mencuri 20% daripada tempat yang disediakan.
Lebih menarik, walaupun tempat pertama masih dikuasai portal Tranungkite yang sudah lama terkenal, namun enam daripada 10 teratas ialah blogger prokerajaan yang dikira baru. Cuma dua buah blog yang menyokong pembangkang masih berada dalam 10 blog paling popular.
Tidak kurang menarik daripada statistik tersebut ialah terdapat blogger dan webmaster yang suatu ketika dahulu amat membenci kerajaan kini bertukar 360 darjah seperti Blogger Mahazalim, Mahafiraun, GAP dan beberapa orang lagi. (Dipetik dari blog WADAAT)

Tahniah kepada kerajaan Satu Malaysia kerana mendapat sokongan dari blogger dan atas kesedaran rakyat yang menyokong kerajaan dengan membina banyak blog bagi menyaingi blogger pro pembangkang yang menguasai media sosial ini sebelum PRU12 lalu.
Bagaimanapun kita harus melihat dari sudut lain. Apakah peranan UMNO / BN sendiri dari media sosial ini? Blog UMNO serta Unit Media Baru UMNO dimana? Saya melihat UMNO sendiri sebenarnya masih belum benar-benar menyertai media sosial khususnya blog. Sepatutnya dalam masa ini setiap UMNO Bahagian-bahagian sudah memiliki blognya sendiri sebagai sebagai penyampai maklumat mereka, tetapi ini masih belum berlaku dikebanyakan bahagian.
UMNO sendiri masih gagal berjuang dalam dunia maya dan nampaknya UMNO masih mengharapkan individu-individu yang perjuangakan mereka. Apa akan jadi sekiranya sukarelawan-sukarelawan ini (blogger pro kerajaan) tidak aktif dalam berblog? Bermakna kerajaan masih kalah menyaingi blog pro pembangkang dalam menyampaikan maklumat melalui media sosial. Perkara yang sama berlaku dilaman facebook jika kita amati.
Saya melihat hasrat kerajaan, UMNO untuk menjuarai media rakyat masih tidak mencapai sasarannya. Rupanya pemimpin UMNO diperingkat bahagianpbahagian masih belum menyedari apa yang pucuk pimpinan ingini selama ini. Bermakna UMNO diperingkat akar umbi masih belum benar-benar berubah. Merekalah pemimpin yang hanya mengharapkan orang lain berjuang untuknya dan akan hadir diakhir perjuangan untuk mengangkat panji-panji kemenangan yang dipenihi retorik.
Blogger yang membenci kerajaan dulunya dikatakan telah berubah 360 darjah, apakah tidak mungkin blogger pro kerjaan ini suatu ketika nanti juga akan berubah 360 darjah atau setidak-tidaknya terus mendiam diri kerana satu-satu sebab tertentu? Apa akan jadi jika majoriti para blogger berbuat demikian? Apakah blogger UMB mampu mengisi segala kekosongann itu? Apakah saat itu baru UMNO sedar dan baru hendak mengerakan jenteranya?
BPN adalah NGO dialam maya yang telah ditubuhkan sebaik sahaja kerajaan dimalukan dengan kegagalan mendapat majoriti 2/3 di parlimen dalam PRU12. Ini hanyalah atas kesedaran individu-individu yang kebanyakannya dari kalangan anak-anak muda. (termasuk seorang dua yang sudah otai). Kenapakah tidak BPN diserapkan kedalam UMB? Apakah UMB ditubuhkan hanya untuk menempa nama? Atau untuk menyaingi BPN (sesama sendiri?)
Saya seakan melihat ada yang tersembunyi disana. Tidak ada yang mungkin mengetahuinya, tetapi malanglah apabila kita tidak ingin menilai sedikit dari jasa yang BPN telah berikan dalam menyumbang kepada perjuangan di alam maya ini. Mungkin kerana itu sebahagian dari AMT BPN sudah tidak lagi serius berjuang. Sayang, bila kita sudah kehilangan seorang pejuang di maya ini, yang telah berada dibarisan hadapan untuk satu waktu yang panjang, Beliau adalah blogger Kumbang! Beliau patut dikenang jasanya - bagi yang mengetahui! (Nota: Kumbang telah menutup blognya " Analisis Kumbang" beberapa bulan lalu)
(Baca juga disini)

betul.. para blogger tidak terikat dan boleh berubah bila-bila masa.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUMNO lambat mengiktiraf peranan blogger dalam perjuangan. Ada pula yg melabelkan blogger sbg musang berbulu ayam.. hehehehe...
Tapi percayalah, GT rasa UMNO sudah sedar betapa kuatnya kuasa blogsphere dalam perjuangan. Ramai juga ahli UMNO yang menggunakan "independent label" untuk berjuang...
Benar sekali pandangan tuan! masaalah dasarnya ialah UMNO masih gagal membuat anjakan pradigma terhadap keberkesanan IT dari peringkat bawahan hinggalah keperingkat kepimpinan seolah penyampaian segala maklumat begitu terbatas disamping kemalasan untuk membaca...!
ReplyDeleteSalam sahabat semua,
ReplyDeleteTerima kasih untuk semua komen2. Memang saya masih berpendapat bahawa pemimpin diakar umbi masih belum benar2 ingin berubah, ini tentu akan mengecewakan pucuk pimpinan. Kenapa tidak UMNO bahagian mendapatkah khidmat blogger2 sedia ada untuk menguruskan blog UMNO bahagian yang akan diujudkan? Bukan senang jadi blogger, mesti pandai menulis dengan bahasa yang baik, tahu dan faham isu, serta komited kepada kerja. Berapa ramai blogger yang tumbuh kemudian mati begitu saja? UMNO memang sukar untuk berubah melainkan mereka diubah terlebih dahulu.
Semua pihak memainkan peranan sehinggakan peranan bloggers hari ini di iktiraf ..
ReplyDeletePerubahan Struktur Pemilihan yang akan datang adalah untuk melihat pemimpin yang betul2 bekerja sahaja yang akan bertahan ..
create blog memang mudah. Nak buat 100 blog sehari pun boleh. Tapi nak uruskan 1 blog...
ReplyDeleteni logo bila ni bro??
ReplyDeletetarik balik!
salam bro.. kalau masih ada ruang pautkan lah blog hamba. terima kasih
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteRazlan - mudah2an itu benar tetapi bagaimana perubahan hari esok boleh kita janjikan jika hari ini pun tidak kelihatan ada keinginan untuk berubah?
Cikgu Man,
Betul tu bro, mmg bkn mudah, sy dh berikan komen spt diatas.
Anon,
Lu sapa mau perintah saya tarik balik? Ini blog saya dan lu cuma seorang pendatang. Memang itu logo lama dan sengaja saya letakkan disitu kerana ingin mengisahkan bahawa BPN sudah lama ditubuhkan dn kami sudah lama berjuang sejak era selepas PRU12 lalu. Awak ada faham ke maksud sesuatu berkaitan dengan sejarah? Jangan butakan hati awk tu!
dzimba MMIM,
insyallah! dan sudahpun saya pautkan di bawah link blog para sahabat.
Syabas bro, tak semua yang mengaku berani benar2 berani menyatakann kebenaran. Teruskan perjuangan dengan berhemah ini, saya mengikuti sdr sejak dahulu lagi, ada dan hilang, jatuh dan bangun.
ReplyDeleteBukan apa blogger yang pro UMNO nie.. Takda aktiviti kemasyarakatan/pejuangan bangsa pun nak diceritakan.. kalau ada pun liga sukan untuk semua.. apa lagi haa? lupa dah.. borak projek.. perhubungan double standard antara ahli UMNO.
ReplyDeleteKalau nak berjuang kaji sejarah dulu. cuba tengok perjuangan orang melayu sebelum tubuhnya UMNO. UMNO cuma ditubuhkan selepas perjuangan dah selesai. Kita dah hidup macam2 bangsa. hidup je la aman bersama2. Tegakkan sistem ISLAM. orang bukan islam pun boleh terima sistem islam. Tapi melayu lagi beratkan sistem barat yang pastinya nanti Imam Mahadi akan membetulkan sistem kehidupan sperti itu nanti. cuma idea yang nak dilontarkan..