Apakah bila 'barang ini naik', jangan naik atas 'barang ini' juga? Hehe! Wow!!
Rakyat Malaysia sudah semakin menilai dan membuat pilihan. Dunia IT dan media sosial telah membuka minda rakyat lebih luas lagi. Rakyat telah memilih BN kerana yakin dengan kesetabilan politik dan keamanan yang mampu dikekalkannya. Rakyat tau memilih apa yang baik untuk mereka.
Antara BN dengan Pembangkang, rakyat memilih BN sebagai kerajaan, tetapi antara kenaikan harga barang dengan tidak sudah tentu rakyat memilih tidak ada kenaikan dan tidak ada bebanan serta tekanan kepada rakyat. Rakyat bijak dan berhak memilih.
Menteri dari kerajaan yang dipilih juga harus bijak menjalankan urusan. Menteri harus bjak memberikan alasan kepada sebarang keadaan termasuk kenaikan harga barang. Jangan kerana harga gula naik menteri cadangkan jangan makan gula, 'kunun' atas alasan kesihatan. Jangan kerana tidak mampu selesaikan masalah bekalan bawang putih menteri cadangkan jangan makan bawang putih. Itu bukan penyelesaian, itu hanya alasan. Kalau setakat itu saja yang menteri boleh lakukan untuk mengatasi segala masalah, tentu Tok Pawang dan Tok Mudin juga layak jadi menteri.
Apakah bila bawang putih tak ada rakyat jangan makan bawang putih? Apakah bila harga gula naik rakyat mesti jangan makan gula? Bagaimana bila menteri atau kerajaan naik (memerintah) jangan sokong kerajaan? Rakyat benci pada kerajaan yang tidak diyakini dan tidak mampu membela rakyat. Dalam pada kerajaan berjnji harga mintak tidak akan naik tiba-tiba harga minyak sudah naik. Apakah kerajaan sudah merasa selesa bila menang di Galas? Apakah sudah rasa boleh lakukan apa saja bila media sosial sudah rasa dikuasai?
Saya rakyat yang menyokong kerajaan tetapi tidak menyokong tehadap sebarang tekanan dari kerajaan. Bila ada suara ketiga sudah menjerit bermakna rakyat sudah sedar dan sudah bangkit! Lihatlah, mulai semalam sudah banyak blog-blog mesra kerajaan yang sudah bersuara mengenai kenaikan ini. Blog mesra kerajaan bukanlah blog kerajaan! Mereka boleh berpusing kekiri, kekanan bahkan kebelakang!
Huh!...pedas dan berkari berapi...
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteSaya blogger picisan juga merasakan tertekan dengan tindakan kerajaan ini, tapi sudah tentu akan terus menyokong kerajaan.
secara logiknya, kerajaan mana yang dapat mengekalkan harga barang tidak naik selama-selamanya? jawabnya mudah - tiada. kerajaan jepun ke, india ke, amerika ke, jerman ke, singapura ke ...... semua tak dapat jamin harga barang takkan naik. habis, nak harapkan PR jadi kerajaan dan beri jaminan harga barang tak naik, macam pungguk rindukan bulan, lu pikir lah sendiri.
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletewalau naik harga...kenaikan
hanya seminima mungkin...kenaikan komoditi peringkat global tak dapat
elakkan....marah,bengang,mengutuk
macamanapun kita tetap memerlukan
dan menggunakan juga...sebijak mana
biar kita yg tentukan dan fikirkan
supaya wang kita tidak susut atau
kering....
untuk menilai kita bijak atau bodoh...ia datang 5 tahun sekali...
ada berani...?
Salam.Yang penting jangan menyokong membuta tuli.Mmg kita menyokong kerajaan namun kita berhak untuk mengkritik kerajaan jika kerajaan silap.Itu baru rakyatyang bertanggungjawab
ReplyDeleteKenaikan harga barang adalah facts of life yang hakikatnya perlu diterima. Macam kanser, radioaktif dan kematian.
ReplyDeleteJangan tuduh BN. Adakah anda yakin kalau Anwar dan KS Lim memerintah harga barang akan turun? Atau nak cuba dan tengok dulu? Bila harga barang tak juga turun-turun dan hak Melayu dan jadi budu, baru nak tukar balik kpd BN?
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih kepada sdr semua yang memberikan komen. Nampak kita semakin matang. Berbaza pendapat bukan bererti kita perlu bermusuhan seasama sendiri. Bagaimanapun kumungkinan sebahagian sdr tidak menangkap maksud saya dengan jelas. Saya tidak nafikan kenaikan adalah wajar dan perlu, seperti yang dinyatakan, bahkan dimana-manapun. Namun yang lebih dipersoalkan adalah waktunya dan penafian yang kerajaan berikan sebelum harga dinaikan serta alasan yang diberikan.
salam saudara barveheart ...
ReplyDeleteminta izin linkkan bersama blog saudara bersama blog picisan kami.
salam perjuangan.
Gelombang Wangsa Maju,
ReplyDeleteBlog tuan bukan blog picisan, ada juga otai didalam sana. Saya linkkan didalam Blogger Pembela. Selamat berjuang ~ bh
TQ, atas link kan blog saya, sahabatku..
ReplyDeleteSaya tak kesah jika barang semua naik asalkan UMNO-BN berkuasa. Hidup BN.
ReplyDelete"Rakyat Didahulukan"
Salam tuan blog,
ReplyDeleteSaya bersetuju bahawa kita perlu menyokong kerajaan BN tetapi dalam masa sama pemimpin juga harus mengutamakan rakyat khususnya dalam keadaan ekonomi yang sukar ini. Kenikan memang tidak dapat dielakkan namun cara penyelesaiannya dan meklumannya hendaklah dengan cara yang menyenangkan hati rakyat. Satu topik yang baik dan kupasan yang juga baik.
Kenaikan boleh dikawal hanya polisi maker harus brainstorm to cover up the alternative.
ReplyDeleteKita stuju dgn kata rakan tu. Tak ada negara maju yg x naik harga barangan. Tapi kata Braveheart tu pun betul. K'jaan kena bagi alasan yang releven tentang kenaikan harga baru ni. Jgn bagi alasan masalah kesihata dsbgnya. Namun begitu kuasa ekonomi ialah pemborong, pembekal dan peniaga. Mereka inilah yg memanipulasi harga barangan. Walaupun harga minyak tidak naik peniaga tetap naikkan harga barang. Mereka ada 1001 macam cara nak naikkan harga barang. Kpd blogger mesra k'jaan jgn mudah beralih arah. Apakah yg terjadi hari ini anda tidak belajar dari yang lepas?
ReplyDeleteSemakin hari harga semakin naik. Pemain bola pro pun naik harga.
ReplyDeleteSalam Braveheart ...
ReplyDeleteTerima kasih tidak terhingga di atas kesudian saudara linkkan blog kami.
salam perjuangan ... melayu atas pagar.
Kenaikan harga barang tidak dipengaruhi oleh harga minyak semata2. Mereka yang menguasai ekonomi ialah orang yang bertanggungjawab menaikkan harga barang. Harga barang tidak turun walaupun k'jaan pernah menurunkan harga minyak. Mereka memanupulasi harga barangan. Ya, saya stuju dgn Braveheart. K'jaan perlu beri penjelasan relevan berkaitan kenaikan harga minyak. Blogger jgn kecik hati dan mudah beralih arah. Apakah yang terjadi hari ini anda tidak belajar dari yg lepas? Jgn kerana 5 sen kita gadai maruah.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteCg Pian - Sama-sama Sahabatku
A-I-B - Rakyat tetap didahulukan, termasuk juga dalam menjadi korban.
Anon 8:37 - Kita sependapat. Kitapun betul juga.
larasatu - Setuju. Boleh tambah laras lagi satu.
Anon 4:20 - Kita sama dan serupa.
Anon 4:23 - Yang tetap untuk dapat faedah adalah kaum cina.
Gelombang Wangsa Maju - Salam Perjuangan, jangan lama diatas pagar kerana pagarpun akan tumbang.
Brother_Borak - Kita tidak beralih arah. Kiblat kita bukannya dua, tetapi dalam menyokong jangan membabi buta, supaya kita tidak berterusan menjadi lembu penarik kereta.