Bian Baru, Ketua PKR Sarawak merangkap Naib Presiden PKR dilantik
Saya melawat (bukan meliwat) blog-blog Sarawak, bermula dari blog Rajahmas sebagai tunggak blog Sarawak. Kadang-kadang kita jarang ada kesempatan untuk lakukan ziarah sebegini kerana kekangan waktu, namun hari ini saya mampu lakukannya.
Saya menemui sebuah blog yang baik tulisannya; Anak Negeri (Klik Sini) Tulisan yang segar dan bersemangat dari anak negeri Sarawak, yang prihatin terhadap politik dan perkembangan semasa. Beliau juga menyuarakan rasa hatinya sebagai warga negeri Sarawak, justru ini boleh kita jadikan sebagai pandangan umum rakyat Sarawak. Yang nyata mereka menolak PKR yang hanya cuba menghuru-harakan negeri dengan halatuju politik yang tidak menentu dan berkepentingan diri semata-mata.
Anak Negeri menulis mengenai perlantikan Bian Baru sebagai Naib Presiden PKR merangkap Ketua PKR Sarawak. Dengan sinis menyindir perlantikan tersebut bahkan menyatakan Bian Baru bukanlah calon yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak. Baca seterusnya disini. (Klik)
Malang bagi PKR kerana salah pilih calon yang tidak langsung mendapat penghormatan dari rakyat Sarawak. Malang juga bagi Bian Baru kerana sama ada dengan sedar atau tidak beliau telah diperalatkan oleh PKR. Saya hanya dapat berikan pandangan supaya berhati-hati agar tidak 'terliwat' oleh Anu-arr Al-Juburi yang terkenal rakus dalam berpolitik.
Hye..saya adalah salah satu anak sarawak kalau anda mahu tahu. saya cuma ingin mengatakan yang saya sangat kagum sekali pada YB Baru Bian akan segala tindakan beliau. manalah orang2 bandar faham akan masalah kami yang tinggal di daerah2 kecil ni. mau tunjuk lagak laa sampai cipta blog2 kononnya sarawak xsupport YB Baru Bian.
ReplyDelete