Maaf kepada UMNO, sayapun UMNO juga, hehe!
Atas rasa ksedaran dan simpati kepada kerajaan, banyak pihak terutama para blogger menegur UMNO kerana sikap mereka yang masih tidak mengambil berat terahadap peranan IT khususnya media sosial, blog dan laman sosial seperti facebook dan lainnya. Ini juga boleh diumpamakan bahawa UMNO di peringkat bahagian mengingkari pandangan dan cadangan PM yang mahukan UMNO menjuarai media sosial.
Kenapa UMNO di Bahagian-bahagian bahkan di negeri-negeri hanya mengambil sikap mendiamkan diri? Adakah ini terjemahan kepada protes dan sikap enggan menyokong usaha PM itu? Atau AJKdi peringkat bahagian-bahagian masih lagi buta IT? Memang AJK diperingkat bahagian masih ramai yang buta IT, tetapi janganlah sampai mereka turut 'membutakan hati' mereka juga.
Baru-baru ini saya menulis mengenai 'Pro Kerajaan Menguasai Blog'. Kemudiannya blog 'Suara Majlis' menulis dengan tajuk " Alam Siber - UMNO di belakang". Bahkan sebuah bog picisan 'uRag dRrulug', laman blog dari daerah pedalaman di Ulu Tembeling, Pahang juga menulis mengenainya dengan tajuk "UMNO gagal juarai media sosial" - (KLIK SINI) Mungkin tulisan itu tidak dirasai menyindir UMNO di daerah hulu-hulu negeri kerana mungkin memang mereka jauh ketinggalan dibelakang dalam kemunduran semua segi, tetapi apakah tidak rasa tersindir dan terhina kepada UMNO-UMNO yang dibandar-bandar?
Jika pemimpin UMNO dibandar-bandar juga tidak rasa tersindir oleh blog dari daerah yang berada di dunia ke-3 ini, kita tau bahawa UMNO memang tidak ada sensitiviti - tidak berhati perut, atau mungkin memang mereka sedang hanya berusaha untuk merebut bagi mengisi perut mereka sahaja dan perjuangan parti hanyalah retorik. Mungkin mereka tidak percaya kepada PM bahawa UMNO / BN sedang dipulihkan dan mereka akan masih kekal memerintah, justru itu mereka yang kebimbangan akan kehilangan kuasa terus saja dengan gelojoh merebut 'harta rampasan perang'.
Mungkin bukan senang juga untuk jadi blogger, namun UMNO di bahagian-bahagian boleh mendapatkan khidmat blogger-blogger pro UMNO sediaada untuk menjadi adimn. blog UMNO bahagian-bahagian. Mungkin soal yang utama disini adalah; Ketua-ketua Penerangan UMNO Bahagian-bahagian semuanya masih dalam 'kegelapan', buta IT dan buta hati..
Cuaca seluruh negara yang mendung dan kadang-kadang, jarang-jarang...hujan sekarang ini mungkin akan menyejukkan hati mereka yang membaca entry bh kali ini. Ambillah segala yang baik untuk iktibar dan banyak-banyaklah bersabar dan beristirafar.....bh menyuarakannya untuk kebaikan bersama. Jika selaman ini dalam lebut tidak diendahkan, maka terpaksalah bh mencubit sikit.
Amat menarik bro bh. LJ amat setuju dgn pendapat yg mantop.
ReplyDelete