29 January, 2011

CINTA MALA BERSEGI-SEGI


Hehehe! Ini macam punya orang pun ada ka?


Kebetulan menemui seorang anak tempatan dari sebuah Kampong di DUN Tenang. Umurnya sudah hampir 60 atau sudah 60an. Bila saya perkenalkan diri sebagai blogger, dia agak terpingga-pingga, lalu saya katakan saya adalah wartawan (wartawan media sosial) dan beliau faham. (Beliau enggan namanya disiarkan)
Mencungkil darinya tentang PRK Tenang ini, dia terus katakan bahawa dia adaklah penyokong kerajaan dari dulu, kini dan selamanya. Saya hanya senyum. Darinya saya mendapat maklumat kisah calon Pas Cikgu Mala:

Normala Sudirman, pernah dahulu berkahwin dengan seorang pekerja fastfoods @ makanan segera, Abdul Rahman namanya. Mala memohon memasuki Maktab Perguruan Tengku Bainun, Pulau Pinang. Meskipun hanya memiliki sijil SAP namun Mala diterima masuk ke makhtab berkenaan berkat usaha bapa Mala yang mendapatkan sokongan kuat dari tokoh-tokoh UMNO.

Lama belajar di makhtab perguruan berkenaan dan jauh dari pelukan suaminya, hati mala bergoncang dan tidak dapat menahan gelora dan gelodak jiwa mudanya terutana apabila berkenalan dengan seorang jejala bernama Maarof yang sama-sama belajar di makhtab berkenaan. Mungkin kerana terlalu akrab dan selalu bersama membuatkan terbuka hatinya untuk jatuh cinta kali kedua.

Hanya setelah beberapa bulan berada di makhtab berkenaan, Abdul Rahman menerima pangilan telefon dari isterinya Mala dan meminta cerai. Sesiapapun yang dikedudukan Abdul Rahman pasti akan terkedu dengan berita itu yang tidak disangka-sangka.

Dimanakah kesetiaan Mala terhadap suaminya dulu? Kenapakah begitu cepatnya dia berubah hati? Apakah  harta atau benda atau hartabenda yang dikejarkan Mala dalam hidupnya? Atau apakah ada sesuatu berlaku dan mengubah hatinya akibat dari kesepiannya serta kegersangannya? 

Apakah kesetiaan Mala kepada suami sekarang ini dan parti akan dapat dipertahankan? Saya hanya teringat kata-kata; 'Anjing yang biasa makan tahi, kalau tak makan pun, akan mencium juga' - wallahualam! Hanya Allah yang lebih mengetahui!


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”