20 January, 2011

BEKAS UMNO SERTAI PKR - CMK PDO MEROYAN

Gambar hiasan: Sokongan padu dan padat.
Chup! Chup! Chup! Aww! Aww! Pas for Aww!1


Ramai yang terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penganalis politik Mohd Sayuti Omar (MSO). Dalam  blog peribadinya, beliau secara jelas mendedahkan terdapat ura-ura seorang "tokoh politik" UMNO Pahang bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Menurut beliau PKR Pahang mungkin akan menerima kedatangan seorang ahli baru tidak lama lagi apabila terdengar khabar seorang tokoh UMNO negeri berkenaan sedang menimbangkan untuk menyertai PKR. 


Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting diIbu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur. Kemasukan tokoh berkenaan akan diumumkan dalam satu majlis khas sempena lawatan penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri Pantai Timur berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa penyertaan tokoh bergelar "Datuk" itu kelak menyuntik semangat kepada PKR Pahang dan dalam masa sama ia memberi kesan kepada UMNO.


 Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin UMNO veteran di Kuala Lumpur katanya membuat pilihan itu kerana kecewa dengan apa yang berlaku di dalam UMNO hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya. Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran UMNO yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak langkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian. Katanya perkara ini sudah pun ke pengetahuan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan arahan memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama puak UMNO sedang dilakukan oleh mereka.

Demikian catatan sensasi dari blog Pahang Dailyonline tidak berapa lama dulu. Kita tidak usah bertanya mana dan bila 'kemasukkan' secara resmi itu akan berlaku. Rakyat sudah maklum bahawa segalanya hanyalah cerita-cerita kosong DS Anu arr semata-mata.

Janji Anu arr segalanya palsu belaka. Contoh paling ketara adalah janji 16 September. Mungkin Anu arr seronok diulit mimpi dan fantasinya sendiri. Mimpi kering atau mimpi basahnya, namun hakikatnya segala yang diimpikannya tidak menjadi kenyataan.

PDO adalah antara blog yang masih kuat menyokong Anu arr, mungkin kerana ada hubungan peribadi antara pengasasnya dahulu (CMK) dengan tokoh berkenaan. Mungkin atas sifat kekagumannya terhadap tokoh berkenaan atau mungkin masih ada janji-janji yang ditagihkan, apapun apabila CMK tewas dalam pemilihan baru-baru lalu beliau bagaikan hilang arah.

Menurut sumber, beliau cuba menawarkan diri untuk membawa PDO menyokong kerajaan dan bahkan beliau sendiri mengintai-intai sesuatu yang boleh mem'brruppp'kannya, namun UMNO Pahang tidak membuka ruang bagi orang-orang yang belot dan menikam belakang.

Pengasas PDO tewas di Bera dalam PRU lalu, ada ura-ura beliau ingin mencuba nasib di Pulau Tawar Jerantut kerana kononnya mendapat sokongan kuat disana atas sifat dan sokongan keluarga. Soalnya apakah benar orang Jerantut dan Pulau Tawar ingin menerima beliau? Mungkin jawapannya ya, tetapi untuk dilumatkan.

Saya cadangkan beliau supaya segera berubah arah sebelum terlewat, selagi pintu masih luas terbuka. Lihatlah sekeliling kita, ramai yang sudah berubah kerana cahaya kebenaran sudah jelas kelihatan. Saya sedia jadi penyokong kuat sahabat saya ini jika dia sertai dan sokong kerajaan. Mungkin saya boleh temukan dia  dengan MB Pahang jika beliau benar-benar berminat. Ini bukan soal tidak setia pada perjuangan, tetapi perjuangan juga mestilah berada pada asas yang kukuh.

Jangan kita namakan cita-cita kita sebagai satu perjuangan andainya kita berjuang hanya kerana kecewa. Pemimpin PKR Negeri dulu kecewa dalam UMNO? Admin PDO juga sudah kecewa sekarang ini? Hahahaha! Dunia melihat dan mencatat perjalanan kehidupan setiap kita dan jadikannya sejarah untuk anak-cucu masa depan.

Saya dituduh sebagai dulunya menghentam DSD Adnan tetapi sekarang sudah berubah dan tidak lagi. Apakah berubah itu satu kesalahan? Saya tidak menyokong DSD Adnan akan MB Pahang atau sesiapa tokoh pemimpin di Pahang ini secara peribadi,  tetapi saya tetap sokong UMNO dulu, kini dan selamanya. Saya masih bersendirian dan tidak berpasukan, namun saya akan teruskan bersuara menyatakan pendapat saya sendiri dengan cara sendiri.

Pembaca PDO bolehlah beralih kesini (klik) supaya dapat melihat segalanya dengan kenyataan dan bukan lagi dalam mimpi yang diciptakan oleh seseorang yang kecewa dalam politik


9 comments:

  1. Jangan MSO pun terikut-ikut staregi Anwar sudah lah...

    "16 September" ..... "We have the numbers"

    ReplyDelete
  2. hahaha kalau dengar cerita anwar sampai esok pagipun tak habis..cerita dia macam hikayat seribu satu malam ^_^

    ReplyDelete
  3. bro. napenya awak biarkan PDO tu ngaata awak mcm2 dlm blog dia.kwn rasa awak sumpah jer PDO tu biar jd auw, bau padan muka dia.blogger pon nak belasah.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Isac & YB Raz, thanks bagi sokongan moral.

    Orang Kampong, mengenai PDO tu? Biarlah dia sorang saja yg meroyan, kalau saya layan saya akan jadi mcm dia juga, hehe! Saya kenal sgt PDO dan CMK tu, kalau jumpa 'tahi' tgh kalan pun saya boleh pastikan mana satu dia punya. Lagipun itu blog dia, dia punya sukalah apa dia nk buat, an ini blog saya, jadi saya punya suka apa saya nak tulis, kan? hehe!

    ReplyDelete
  5. he, bagus tajuk tu bro. sokongan padu dan padat....masih ketat lagi ke? huhu

    ReplyDelete
  6. kaburator dunk ......

    ReplyDelete
  7. dengatr kabar beliau adalah FAUZI pendek

    ReplyDelete
  8. DENGAR KABAR SI-FAUZI KAWAN ANUWAR IBERAHIIM AKAN MENYERTASI PKR.

    KITA LIHAT DAN TUNGGU....

    ReplyDelete
  9. ya..ya...kita lihat dn tunggu serta kita tunggu dn lihat...siapa yg kena..!! hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”