Biarlah Cikgu Mala asyik berkempen. Kempen pangkah Mala dan kempen KFC tak sedap. Walau bagaiman kempen sekalipun, bayangan kekalahan sudah semakin jelas kelihatan, terutama selepas kes melawat mangsa banjir di DUN Tenang. Perubahan apa yang Cikgu Mala dan Pas boleh lakukan? Tak ada, No, Nihi, Nil.....
Bagaimanapun sebagai hiburan dan info kita semua, elok juga baca cnp dibawah ini:
Ini tentang Isteri Kuat Seks:
BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.
Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun. Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.
"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.
"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP
Sumber: Blog Keratan Akhbar
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”