Gambar Hiasan:
BH pun dah sama seperti anjing ini yang tidak lagi stabil emosinya
1.
Akhirnya rakyat sudah tidak merasai apa-apa terhadap sebarang langkah kerajaan. Saya sendiri tidak lagi tertarik dengan berita sebarang kenaikan harga termasuk barang-barang kawalan yang walaupun sering dinafikan oleh kerajaan dan menteri berkenaan tetapi kemudiannya berlaku juga. Kita mesti akui bahawa kerajaan kita dan menteri-menteri kita semuanya adalah species 'flip-flop'
Cuma saya ada beberapa soalan 'bodoh', namun tdak perlulah menteri-menteri 'bodoh' menjawabnya:
1) Apakah barangan yang diisthar barang kawalan harganya juga sudah tidak mampu dikawal oleh kerajaan?
2) Siapakah yang menguasai harga barangan kawalan, kerajaan dan menterikah atau peniagakah?
2.
Semalam timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barang dan 'menaikan' barang berharap rakyat jangan membuat pembelian panik terhadap minyak masak kerana bekalannya didakwa mencukupi. Di Pahang, Pengarah sebuah jabatan yang berkenaan memberi alasan bekalan tidak sampai kerana masalah penghantaran berikutan cuti umum. Dibebrapa tempat di Negeri Pahang memang sudah mengalami ketiadaan minyak masak. Esok atau lusa, kita akan dengar harga minyak masak akan dinaikan kemudian bekalan minyak masak akan melimpah dipasaran. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah menteri dan kerajaan masih berkuasa?
3.
Saya mendengar keluhan ibu-bapa serta para pelajar sendiri di Kolej Profesional Mara, Branang mengenai tindakan pihak pentadbiran mengenakan caj-caj berikut; 1) Penggunaan Telefon Charger RM10.00, 2) Komputer RM10.00, 3) Sterika RM10.00, 4) Hair Drier RM10.00
Kita faham niat pihak pentadbiran, namun melakukan sesuatu yang baik dengan alasan yang kurang baik juga merosakkan imej pada penglihatan umum. Kenapakah caj-caj berkenan tidak dimasukkan sahaja dibawah caj air dan eletrik?
Cuba kita bayangkan andai kolej berkenaan mengenakan caj RM0.20 sen setiap kali ke tandas, RM2.00 setiap kali memetik suis lampu, RM1.00 setiap kali membuka pintu bilik sendiri. Tidakkah semua itu nampak sangat remah dan bahkan kelakar? Hehehe! Lu pikirlah sendiri! (Klik ke web KPN Branang)
------------------------------
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter. (Sumber: MyMetro)
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter. (Sumber: MyMetro)
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”