28 January, 2011

KISAH EN. LABU BERCUTI 21 HARI

Sinar baru bermula di Tenang?
Bermakna selama ini mereka didalam kegelapan dan belum memulakan apa-apa pun?
Lagi kita tertipu oleh oleh Peliwat dan Tok Garu


En. Labu @ Cikgu Labu adalah suami kepada Cikgu Mala, calon dalam PRK DUN Tenang. Kerana isterinya seorang muslimat yang patuh kepada hukum agama Parti Tudung Tin Biskut, maka dia pun bersetujulah untuk dipertandingkan. 

Oleh kerana isteri En. Labu ni boleh tahan lah juga lawanya, maka hati En. Labu selalulah tidak tenteram kerana En. Labu sangat maklum bahawa didalam parti Tudung Tin Biskut ini terlalulah banyak 'abuaya-abuaya' yang sentiasa menunggu peluang untuk menyambar mangsanya.

Cikgu Mala ini pun sudah tercatat dalam sejarahnya gemar melompat dari satu dahan ke satu dahan, mungkin jika tidak dipantau betul-betul boleh menyebabkan En. Labu akan berputih mata nanti. Maklumlah, mana dengan ADUN Selinsing yang hensem itu, mana tau juga akan di ayat oleh Anu-arr juga kalau ada peluang nanti. Hidup Cikgu Mala bakal penuh dengan pancaroba selepas ini.

Kerana tidak percaya kepada kesetiaan Cikgu Mala, maka En. Labu telah mengambil cuti sakit selama 21 hari. Wah! 21 hari? Kejam sungguh kerajaan BN kerana memberinya cuti selama 21 hari itu. Bukan kejam kepada En. Labu dan Cikgu Mala, tetapi kejam kepada anak murid yang sudah tentu akan terjejas pelajaran mereka kelak. Tapi inilah pemngorbanan demi agama dan parti Tudung Tin Biskut yang di pimpin oleh Tok Garu. Jangan bimbang En. Labu, syurga sudah tentu untuk kamu nanti.

Andai kata kerana terlalu taksub kepada parti dan pemimpin parti, Cikgu Mala akan berubah arah sama ada kepada ADUN Selinsing, DIN Puduraya atau bahkan kepada Mat Sapu sekalipun, maka ini adalah dikira sebagai pengorbanan dan perjuangan juga agama dan parti. Bukan kita tidak pernah dengan bahawa ada yang sanggup menyerahkan dirinya kepada seseorang kerana percaya dengan berbuat demikian boleh mensucikan diri dan menempah tiket ke syurga.

21 hari cuti memang tidak cukup, apakah selepas 21 hari nanti Cikgu Mala akan bebas kesana kemari dengan pemimpin-pemimpin parti atas alasan perjuangan dan demi agama? Sepatutnya En. Labu mengambi cuti terus dan memberikan peluang seseorang CikGu lain yang lebih dedikasi untuk berkhidmat kepada anak bangsa. Lagi pun mungkin sudah cukup duit yang diterima dari kerajaan BN yang dikumpul selama ini, dan bolehlah mereka itu menderhaka.

 Sijil Perubatan En. Labu.


 Ini pula sijil Cuti Sakit En Labu.

Dulu En. Labu memburukkan kerajaan kununnya beliau dutukarkan sebagai tindak balas kejam kerajaan kerana Cikgu Mala menjadi calon Parti Tudung Tin Biskut sedangkan itu hanya fitnah semata-mata. Sekarang ini En. Labu mengambil cuti sakit selama 21 hari sedangkan beliau tidak sakit pun, malahan mengiringi Cikgu Mala keluar berkempen.

Apakah cuti sakit En. Labu itu sebagai simbolik bahawa hatinya sedang sakit kerana sudah dapat menduga rumahtangganya akan berantakan. Cikgu Mala akan jadi ketua rumah tangga sekiranya beliau menang dalam PRK ini  nanti dan En. Labu akan menjadi 'sura' (bukan suri)  rumahtangga sepenuh masa.


Lagi foto En. Labu @ suami Cikgu Mala

2 comments:

  1. Tuan kenyataan bahawa "Cikgu Mala ini pun sudah tercatat dalam sejarahnya gemar melompat dari satu dahan ke satu dahan, ..." adalah sangat tidak tepat. Dicadangkan penggantian seperti berikut:

    "Cikgu Mala ini pun sudah tercatat dalam sejarahnya gemar melompat dari satu BATANG ke satu BATANG, ..."


    Kakakakaka!

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,
    Cadangan tuan sangat bermakna tetapi sukar dipertimbangkan, melainkan PKR sendiri menukar nama struktur organisasi mereka dari ranting dan cabang kepada dahan dan batang. Insyallah, saya akan berbincang dengan Ketua UMUM PKR dan akan cuba laksanakan melalui jalan belakang, hikhikhik!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”